Permohonan ILJTM 2019 Online – ILP, ADTEC Dan JMTI

Panduan terkini dikemaskini pada 24 Mei 2019 jam 12:13 PM

Permohonan Kemasukan Ke ILJTM Online. Belajar di ILJTM adalah antara pilihan pelajar lepasan SPM/ SKM/ ST di Malaysia. Berita baik kerana permohonan kemasukan ke ILP, ADTEC dan JMTI sesi Januari 2019 akan dibuka secara online bermula pada bulan Oktober 2018 jika berdasarkan kepada tarikh pengambilan tahun sebelumnya. Pelajar adalah dinasihatkan untuk sentiasa melayari Portal Rasmi Jabatan Tenaga Manusia (JTM) untuk medapatkan maklumat permohonan terkini.

Permohonan adalah untuk kemasukan ke Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).

Permohonan ILJTM

Permohonan Kemasukan Ke ILJTM Online – ILP, ADTEC Dan JMTI Sesi Januari 2019

Pengambilan kemasukan ke Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai. Tujuan ILJTM ditubuhkan adalah untuk menyediakan program latihan kemahiran pra-perkerjaan untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian di Malaysia disamping meningkatkan taraf kemahiran pekerja untuk sektor perindustrian.

Permohonan kemasukan ILJTM boleh di buat menggunakan Aplikasi Atas Talian (online) seperti berikut :-

  • 1) Permohonan Kemasukan Sesi Januari/ Julai 2019: Melalui Laman Web JTM
    (www.jtm.gov.my/online). Untuk lepasan SPM dan lepasan SKM/ ST
  • 2) Permohonan khas ADTEC Shah Alam – kursus Pra-Diploma & Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyelenggaraan Kapal Terbang.

Tarikh Penting Permohonan ILJTM Sesi Januari 2019

Panduan buat pelajar yang ingin memnyambung pengajian ke ILJTM di seluruh Malaysia. Berikut adalah tarikh penting permohonan ILJTM Sesi Januari 2019 :-

  • 30 September 2018 : Sistem Permohonan Online dibuka
  • 30 Oktober 2018 : Sistem Permohonan Online ditutup
  • 1 November 2018 : Semakan Panggilan Temuduga (kursus bertanda #)
  • 7 – 8 November 2018 : Sesi Temuduga (kursus bertanda #)
  • 30 November 2018 : Hebahan Keputusan Permohonan
  • 6 Disember 2018 : Tarikh Akhir Maklum Balas Setuju Terima Tawaran
  • 6/ 7 Januari 2019 : Pendaftaran Pelajar Baharu

Nota : Perubahan tarikh akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi dari Portal ILJTM.
Sebagai rujukan, berikut adalah tarikh penting permohonan ILJTM sesi Julai 2018 :-

  • Mac 2018 : Sistem Permohonan Online dibuka
  • April 2018 : Sistem Permohonan Online ditutup
  • Mei 2018 : Semakan Senarai Temuduga (kursus bertanda #)
  • Mei 2018 : Sesi Temuduga (kursus bertanda #)
  • Jun 2018 : Hebahan Keputusan Permohonan
  • Jun 2018 : Maklum Balas Setuju Terima Tawaran
  • Julai 2018 : Pendaftaran Pelajar Baharu

PERINGATAN: Semua makluman mengenai temuduga dan keputusan perlu disemak di laman web ILJTM sahaja. Tiada surat menyurat secara manual dikeluarkan.

Senarai ILJTM Dan Kursus Yang Ditawarkan

Pada masa kini terdapat 32 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia iaitu 8 ADTEC, 1 JMTI dan 23 ILP. Kesemuanya di bawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Semua kursus yang dijalankan di ILJTM diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK – nama dulu MLVK) dan satu bonus tambahan kepada mereka yang mengikuti latihan di ILJTM dimana terdapat penambahan terhadap subjek – subjek yang diajar supaya pelajar berkenaan lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak.

Jangkamasa kursus yang ditetapkan adalah antara 6 bulan hingga 3 tahun 6 bulan. Namun ia bergantung kepada program yang ingin diikuti samada sijil, diploma dan diploma lanjutan.

JTM, pada dasarnya tidak menetapkan sebarang had umur untuk memboleh semua masyarakat untuk mengikuti latihan di ILJTM, sesuai dengan slogan pembelajaran sepanjang hayat. Namun demikian oleh kerana beberapa sebab tertentu seperti pemberian pinjaman dan sebagainya maka penetapan umur perlu di tetapkan iaitu antara 17 tahun hingga 35 tahun (bergantung kepada program yang ingin diikuti). Namun demikian, mereka yang tidak layak dengan had umur berkenaan masih boleh lagi mengikuti latihan dalam beberapa program seperti latihan jangka pendek yang ada ditawarkan di ILJTM.

Halatuju Pelajar ILJTM

Lepasan pelajar dari ILJTM berpeluang untuk meneruskan latihan mereka samada di ILJTM sendiri ataupun di institusi latihan lain yang menawarkan kursus berteraskan kemahiran.

Kesemua kursus – kursus yang dijalankan adalah berdasarkan kepada standard latihan yang ditetapkan oleh JPK. Kursus – kursus yang dijalankan juga sesuai untuk pekerjaan di sektor swasta (industri). Mengikut statistik kami, menunjukkan sejumlah 80 % dari lepasan ILJTM berjaya mendapatkan pekerjaan selepas 6 bulan tamat latihan dalam pelbagai sektor industri yang ada.

ILJTM menawarkan pelbagai kursus kemahiran dalam pelbagai bidang antaranya Mekanikal & Pengeluaran, Elektrik & Elektronik, Teknologi Maklumat, Sivil & Bangunan, Percetakan dan Bukan Logam. Sehingga kini, ILJTM menawarkan 45 kursus di peringkat Sijil, 43 kursus di peringkat Diploma dan 10 kursus di peringkat Diploma Lanjutan.

Selamat membuat permohonan ke ILJTM sesi Januari 2019 secara online. Semoga anda berjaya dalam permohonan anda.