Panduan terkini dikemaskini pada

Panduan UKKM Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM

Panduan UKKM. Dipetik daripada Maklumat kemasukan permohonan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), pelajar diwajibkan untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi calon dan minat. Ianya membabitkan subjek Matematik, Sains dan bahasa Inggeris serta ujian Keperibadian untuk kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan 4 tahun 2024.

Bagi pemohon yang memohon program Ulul Albab, mereka diwajibkan menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan. Calon perlu lulus keempat-empat UKKM untuk melayakkan diri dipertimbangkan memasuki MRSM dan keutamaan diberikan kepada golongan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Panduan UKKM

Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM)

Berikut dikongsikan maklumat secara general berkaitan soalan UKKM yang dikongsikan dari Portal Rasmi MARA dan juga daripada pelajar-pelajar yang telah menduduki ujian sebelum ini. Untuk tahun 2024, UKKM diwajibkan manakala untuk pengambilan MRSM Program Ulul Albab, calon perlu menduduki Ujian Khas.

Tahun 2024

Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) akan menjalani UKKM seperti berikut:

Semua calon Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 wajib menduduki UKKM

Calon Tingkatan 1

  • Soalan merangkumi Tahap II Sekolah Rendah

Calon Tingkatan 4

  • Soalan merangkumi Menengah Rendah

Maklumat ringkas berkaitan format soalan adalah :-

1.Matematik

  • Masa menjawab 30 minit
  • Jumlah soalan 20 soalan objektif

2. Bahasa Inggeris

  • Masa menjawab 30 minit
  • Jumlah soalan 15 soalan objektif

3. Sains

  • Masa menjawab 30 minit
  • Jumlah soalan 30 soalan objektif

4. Keperibadian

  • Masa menjawab 30 minit
  • Jumlah soalan 100 soalan objektif

5. Ujian Khas Ulul Albab Tingkatan 1

  • Masa menjawab 35 minit
  • Ujian Hafazan dan Tulisan Jawi
  • Hanya untuk calon yang memohon Program Ulul Albab

Semakan UKKM Dan Ujian Khas Ulul Albab

Pihak MARA telah memanggil calon untuk menduduki Peperiksaan UKKM dan Ujian Hafazan Ulul Albab bagi sesi 2023 bermula 23 November 2022. Tarikh bagi sesi 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Ujian sebelum ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada 27 November 2022 sehingga 16 Disember 2022 bagi Tingkatan 1 dan 4 di pusat-pusat ujian terpilih

Jemputan untuk menduduki Ujian ini dilaksanakan secara berperingkat dan calon akan dimaklumkan melalui SMS dan emel

Calon adalah diminta untuk menyemak status tawaran menduduki ujian dari masa kesemasa melalui pautan berikut :-

makluman ukkm

Panduan UKKM Ulul Albab Tahun Sebelumnya

1. Semakan dan pendaftaran
2. Ujian Tulisan Jawi – 5 minit (Sila pastikan alat tulis dibawa bersama)
3. Hafazan Kuarantin

  • Hafaz semua ayat-ayat hafazan yang akan diberikan dalam masa 25 minit
  • Aspek yang dinilai adalah hafazan, tajwid dan kelancaran.

4. Ujian Hafazan
Hafazan Wajib

  • Ayat 1-12 Surah Al Mulk

Tahun 2017

Menurut makluman MARA, UKKM akan diadakan buat pelajar Tingkatan 1 (Kemasukan Sabah dan Sarawak) pada 14 hingga 18 Disember 2015. UKKM Tingkatan 4 (Semenanjung) pula akan diadakan dari 16 hingga 20 November 2015.

Contoh Format UKKM Tahun Sebelumnya

Mengikut pengalaman mereka yang pernah menduduki Peperiksaan UKKM Tingkatan 1, ianya dimulakan dengan sesi temuduga dahulu sebelum menjawab soalan matematik, sains dan keperibadian. Semasa sesi temuduga pelajar akan ditanyakan dengan soalan Bahasa Inggeris. Ianya mungkin berbeza sekarang, hanya pemohon yang telah menghadiri sahaja yang tahu.

  • Bahasa Inggeris – 15 soalan
  • Sains – 50 soalan
  • Matematik – 40 soalan
  • Psykologi – 100 soalan

atau

  • 1) Soalan Matematik (50 soalan) : 75 minit
  • 2) Soalan Sains (50 soalan) : 60 minit
  • 3) Soalan Keperibadian/ Personaliti (100 soalan) : 30 minit

Pemohon perlu membawa Cetakan Borang Permohonan dan semua dokumen berkaitan yang telah disahkan perlu di bawa ke Pusat Ujian semasa UKKM seperti Kad Pengenalan, Angka Giliran, Kalkulator dan lain-lain lagi.

Untuk sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 atau 03-2613 4513.

Semoga Panduan UKKM Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM secara asas ini serba sedikit dapat membantu pelajar/ pemohon dalam membuat persediaan ke ujian ini. Pelajar yang telah menduduki ujian UKKM ini boleh berkongsi pengalaman mereka untuk kemudahan dan rujukan pemohon untuk tahan berikutnya. Semoga berjaya dengan cemerlang.