Panduan terkini dikemaskini pada

Pembinaan Negara Dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat

Pembinaan Negara Dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat. Dipetik dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Tema Umum bagi Kertas 3 Sejarah SPM 2015 adalah : Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat.

Walaupun menghadapi pelbagai rintangan, Persekutuan Malaysia berjaya dibentuk dan telah diisytiharkan pada 16 September 1963. Malaysia terus maju walaupun masih banyak rintangan yang terpaksa dilalui.

Pembinaan Negara Dan Bangsa

TEMA 11: 

PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Tema ini memfokuskan konsep negara dan bangsa melalui rentetan peristiwa di Malaysia. Konsep pembinaan negara dan bangsa juga berlaku di Eropah melalui pembentukan negara Jerman dan Itali. Sejarah pembinaan negara Malaysia bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kesinambungan pembinaan negara dan bangsa Malaysia dapat dilihat dengan jelas pada zaman kerajaan Johor dan Terengganu dengan perlembagaan bertulisnya, kerajaan Kelantan dengan sistem Jemaah Menterinya dan Negeri Sembilan dengan prinsip demokrasi dan konsep persekutuan.

Kemuncak kesedaran tentang pembinaan negara dan bangsa dapat dilihat melalui penentangan terhadap Malayan Union 1946 yang membawa kepada penubuhan Persekutan Tanah Melayu 1948, kemunculan negara berdaulat pada 31 Ogos 1957 dan seterusnya pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.Pengenalan kepada sistem pemerintahan dan pentadbiran yang cekap melalui demokrasi berparlimen telah memberi inspirasi untuk membangunkan ekonomi. Perpaduan negara dipupuk melalui ideologi dan dasar negara seperti  Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional.

Kesedaran tentang Pembinaan Negara dan Bangsa

  • a.  Latar belakang konsep negara-bangsa: Pembinaan negara dan  bangsa Jerman dan Itali
  • b.  Kesultanan Melayu Melaka
  • c.  Warisan negeri-negeri Melayu
  • d.  Malayan Union 1946 dan Persekutuan Tanah Melayu 1948
  • e.  Kemunculan negara berdaulat 31 Ogos 1957
  • f.   Pembentukan Malaysia 16 September 1963

Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Selepas Merdeka

  • a. Ciri-ciri demokrasi berparlimen
  • b. Kerajaan Persekutuan
  • c. Lambang-lambang negara

Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan

  • a. Pembangunan ekonomi
  • b. Pembangunan dan perpaduan bangsa

Malaysia ke Arah Negara Maju

  • a.  Wawasan 2020

Memahami latar belakang pembinaan negara dan bangsa

Aras 1

  • •  Mentakrifkan konsep negara dan bangsa
  • •  Menyenaraikan ciri-ciri negara dan  bangsa

Aras 2

  • •  Menerangkan latar belakang pembinaan negara Jerman dan Itali
  • •  Menghuraikan ciri-ciri negara dan bangsa

Aras 3

  • •  Menilai kepentingan pembentukan  negara dan bangsa
  • • Membandingkan proses pembinaan negara dan bangsa kerajaan Madinah, Itali dan Jerman

Memahami ciri-ciri negara dan bangsa yang wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan negeri-negeri Melayu selepas Melaka

Aras 1

  • •  Menyenarai ciri-ciri asas negara dan bangsa pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
  • •  Menyatakan ciri-ciri warisan Kesultanan Melayu Melaka dalam undang-undang Kerajaan Johor dan Terengganu
  • •  Menyatakan Sistem Jemaah Menteri di Kelantan
  • •  Memerihalkan prinsip demokrasi dan konsep Persekutuan di Negeri Sembilan

Aras 2

  • •    Menghuraikan ciri-ciri negara dan bangsa yang diamalkan pada zaman Kesultanan
  • Melayu Melaka
  • •    Membandingkan sistem pentadbiran yang diwarisi oleh negeri-negeri Melayu selepas Kesultanan Melayu Melaka Aras 3
  • •     Menghuraikan ciri-ciri negara dan bangsa di negara kita yang diamalkan masa kini
  • •     Merasionalkan  ciri-ciri negara dan  bangsa yang terdapat pada zaman Kesultanan
  • Melayu Melaka yang  diwarisi oleh  negeri-negeri Melayu
  • •     Membandingkan amalan demokrasi dalam adat pepatih dengan amalan demokrasi masa kini

Memahami proses  pembentukan Malayan Union dan Perlembagaan Tanah Melayu 1948 ke arah pembinaan negara dan bangsa

Aras 1

  • •     Menyatakan ciri-ciri Gagasan Malayan Union 1946
  • •     Menceritakan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union 1946
  • •     Menyenaraikan bantahan orang Melayu, Raja-raja Melayu dan sokongan orang dagang kepada Malayan Union 1946
  • •    Menyenaraikan isi-isi Perjanjian Persekutuan 1948
  • •     Menyenaraikan tokoh-tokoh yang terlibat dalam proses membentuk Persekutuan Tanah Melayu 1948
  • • Menyenaraikan langkah-langkah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Aras 2

  • • Menghuraikan isi-isi Perjanjian Malayan Union 1946
  • • Menghuraikan sebab-sebab penentangan orang Melayu dan sokongan orang dagang kepada Malayan Union 1946
    • Menghuraikan langkah-langkah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 (pembubaran Malayan Union 1946)
    • Membincangkan peranan tokoh-tokoh utama dalam proses pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Aras 3

  • • Menghubungkaitkan Malayan Union 1946 dengan pembinaan negara dan bangsa
  • • Menganalisis kepentingan Malayan Union 1946 kepada politik orang Melayu
  • • Menghuraikan kepentingan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam pembentukan negara dan bangsa
  • • Menghubungkaitkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dengan Perjanjian Merdeka 1957

Memahami usaha-usaha ke arah kemunculan negara dan bangsa yang berdaulat

Aras 1

  • •    Menyatakan maksud Sistem Ahli
  • •    Menyatakan hasil pakatan murni
  • •    Menyatakan syarat perjanjiaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
  • •    Menceritakan pergerakan politik di Sarawak dan Sabah

Aras 2

  • •    Menghuraikan kepentingan Sistem Ahli dan pakatan murni
  • •    Menghuraikan kepentingan pakatan murni
  • •    Menjelaskan usaha ke arah kemerdekaan negara
  • •    Menjelaskan senario pergerakan politik di Sarawak dan Sabah

Aras 3

  • •    Menghubungkaitkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 dengan kedaulatan  negara dan bangsa
  • •    Membincangkan kepentingan kemunculan pergerakan politik di Sarawak dan Sabah ke arah pembentukan kerajaan negeri.

Memahami matlamat pembentukan Malaysia

Aras 1

  • •    Menyatakan idea pembentukan gagasan Malaysia
  • •    Menyenaraikan sebab pembentukan Malaysia
  • •    Menyatakan reaksi dalam negara terhadap pembentukan Malaysia
  • •    Menyatakan reaksi negara-negara luar  terhadap pembentukan Malaysia
  • •    Menyenaraikan syarat perjanjian Malaysia 1963

Aras 2

  • •    Menghuraikan sebab-sebab pembentukan Malaysia
  • •    Menyusun secara kronologi peristiwa pembentukan Malaysia
  • •    Menjelaskan reaksi negara luar terhadap pembentukan  Malaysia

Aras 3

  • •    Menganalisis usaha pemimpin negara menangani reaksi luar bagi mengekalkan negara Malaysia yang berdaulat

Memahami ciri-ciri Demokrasi Berparlimen di Malaysia

Aras 1

  • •   Mentakrif Demokrasi Berparlimen
  • •   Menyenaraikan ciri-ciri Demokrasi Berparlimen
  • •   Menjelaskan konsep keluhuran perlembagaan
  • •   Menyenaraikan kuasa Yang Di Pertuan Agong
  • •   Menyenaraikan badan-badan pemerintah dan fungsinya
  • •   Menyatakan proses pilihanraya
  • •   Menyatakan pihak yang terlibat dalam pilihanraya
  • •   Menyenaraikan parti politik yang ditubuhkan sehingga tahun 1963

Aras 2

  • •   Menjelaskan ciri-ciri Demokrasi Berparlimen
  • •   Menjelaskan kepentingan perlembagaan
  • •   Menjelaskan proses pindaan perlembagaan
  • •   Membandingkan fungsi badan-badan pemerintah
  • •   Menghuraikan proses pilihanraya
  • •   Menggalurkan perkembangan parti politik di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah selepas Perang Dunia Kedua sehingga tahun 1963

Aras 3

  • •   Menjelaskan kepentingan pindaan perlembagaan
  • •   Merasionalkan perlembagaan memperuntukkan perkara-perkara yang tidak boleh dipersoalkan
  • •   Mewajarkan peranan rakyat dalam menentukan pemerintahan negara

Memahami bidang kuasa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri

Aras 1

  • •  Menyatakan kerajaan persekutuan
  • •  Menyatakan senarai kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri
  • •  Menyatakan bidang kuasa senarai bersama

Aras 2

  • •  Menghuraikan bidang kuasa kerajaan pusat, kerajaan negeri dan senarai bersama

Aras 3

  • •  Menghuraikan kepentingan kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri bagi mewujudkan sebuah kerajaan persekutuan yang kukuh
  • • Merasionalkan kepentingan pembahagian kuasa

Memahami kepentingan memartabatkan lambang-lambang negara

Aras 1

  • •   Menyenaraikan lambang- lambang negara
  • •   Menyatakan makna yang terdapat pada lambang-lambang negara

Aras 2

  • •   Mentafsir lirik lagu kebangsaan
  • •   Menghuraikan fungsi lambang-lambang negara

Aras 3

  • •   Mengaplikasikan cara-cara menghormati lambang- lambang negara
  • •   Menganalisis peranan lambang-lambang negara ke arah pengukuhan jati diri bangsa Malaysia

Menilai rancangan-rancangan pembangunan ekonomi negara untuk kesejahteraan rakyat

Aras 1

  • • Menyenaraikan rancangan pembangunan ekonomi negara
  • • Menyatakan matlamat dan usaha-usaha yang dilaksanakan dalam Rancangan  Lima Tahun
  • • Menyatakan dasar-dasar ekonomi negara

Aras 2

  • • Menghuraikan matlamat dan usaha-usaha yang dilaksanakan dalam Rancangan Lima Tahun
  • •  Mengelaskan objektif, matlamat dan usaha-usaha yang dilaksanakan  dalam Dasar
  • Ekonomi Baru
  • •  Menjelaskan dasar-dasar Pembangunan Ekonomi Negara

Aras 3

  • • Membincangkan kejayaan Dasar Ekonomi Baru DEB) ke arah perpaduan dan kesejahteraan rakyat

Memahami usaha-usaha ke arah pembangunan dan perpaduan bangsa

Aras 1

  • •  Menyenaraikan usaha ke arah pembangunan dan perpaduan bangsa
  • •  Melafazkan prinsip-prinsip Rukun Negara
  • •  Menyatakan langkah-langkah ke arah pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan
  • •  Menyatakan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • •  Menyatakan kandungan penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan
  • •  Menyatakan prinsip-prinsip Dasar  Kebudayaan Kebangsaan
  • •  Menyatakan kepentingan sukan untuk perpaduan

Aras 2

  • •  Menghuraikan kepentingan prinsip-prinsip Rukun Negara
  • •  Menjelaskan kepentingan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan •  Menjelaskan peranan Bahasa Kebangsaan, Kebudayaan Kebangsaan dan sukan ke arah membentuk perpaduan
  • •  Menghuraikan langkah-langkah ke arah memartabatkan Bahasa Melayu

Aras 3

  • •  Mengupas prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai ideologi ke arah perpaduan

Memahami usaha Malaysia menghadapi cabaran kontemporari dan masa depan ke arah negara maju

Aras 1

  • •   Menyatakan matlamat Waw asan 2020
  • •   Menyenaraikan sembilan cabaran Wawasan 2020
  • •   Menyatakan usaha-usaha untuk mencapai matlamat Wawasan 2020

Aras 2

  • •   Menghuraikan sembilan cabaran Wawasan 2020
  • •   Menjelaskan usaha-usaha yang diambil untuk mencapai matlamat Wawasan 2020

Aras 3

  • •  Membincangkan strategi Malaysia dalam menghadapi cabaran masa kini
  • •  Membincangkan tanggungjawab murid dalam merealisasikan Wawasan 2020