Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat 2018

Panduan terkini dikemaskini pada 13 Oktober 2018 jam 01:20 PM

Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat 2018
Rate this post

Dipetik dari Portal Rasmi Tentera Darat Malaysia, adalah dimaklumkan bahawa sesi Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat terkini melibatkan permohonan secara online dan seterusnya menghadirkan diri di pusat pemilihan awal Perajurit Muda Tentera Darat kini dibuka untuk sesi 188 tahun 2018.

Pemilihan awal akan diadakan dari 6 hingga 15 September 2018 2018. Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat boleh menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki TD dengan mengisi borang permohonan secara online dan seterusnya hadir di lokasi pemilihan seperti dinyatakan dalam iklan di bawah ini.

Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat terkini

Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat 2018 (Siri 188)

Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara online di laman sesawang Jom Masuk Tentera di pautan :-

dan seterusnya menghadiri diri ke Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat (Lelaki) di lokasi dan tarikh yang dinyatakan dibawah ini.

Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir Perajurit Muda Lelaki Tentera Darat pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Calon-calon yang berjaya akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pemohon yang berminat menjadi Perajurit Muda TDM, anda boleh merujuk kepada maklumat lanjut berkenaan dengan perkara berikut dengan merujuk iklan pemilihan yang disertakan di bawah ini:-

Klik IKLAN PERMOHONAN PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TD SIRI 188

  • Kelayakan Akademik
  • Lain-Lain Kelayakan
  • Dokumen dan Sijil yang diperlukan
  • Gaji dan elaun
  • Pusat Pemilihan

Syarat Kelayakan Permohonan

Sila pastikan anda melepasi syarat kelayakan permohonan sebelum memohon dan menghadiri pemilihan awal:-

  • Memiliki Sijil SPM dan setaraf dengan keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki kepujian dalam ;-
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Sains
    • Matematik
  • Pemohon perlu berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 25 tahun pada tarikh 24 November 2018

Kelayakan Fizikal yang perlu dimiliki adalah seperti berikut :-

  • Tinggi (Minima) : 1.62m
  • Berat (Minima) : 47.5 kg
  • Body Mass Indek (BMI) : 18.0 hingga 26.0

Kelayakan Tambahan

  • Boleh berenang
  • Kelebihan mempunyai pencapaian sukan peringkat Negeri dan boleh bermain alat muzik/ pancaragam

Hanya calon yang layak sahaja akan disenarai pendek untuk menghadiri proses pemilihan akhir

Pemilihan Awal Terkini Siri 188 Tahun 2018

Sila bawa bersama dokumen-dokumen berikut semasa menghadiri pemilihan awal di lokasi berikut:-

tarikh pemilihan awal tdm siri 188

Dokumen Yang Perlu Di Bawa

  • Kad Pengenalan (Asal dan salinan)
  • Sijil SPM (Asal dan salinan)
  • Sijil Kelahiran (Asal dan salinan)
  • Salinan kad pengenalan ibu bapa/ waris terdekat
  • Salinan sijil nikah dan sijil kelahiran anak (Berkahwin)
  • Sijil Berhenti Sekolah (Asal dan salinan)
  • Salinan sijil kematian ibu bapa
  • Diploma dan transkrip (Asal & Salinan)
  • Sekeping gambar berukuran pasport
  • Sampul surat pos ekspres

Pakaian semasa menghadiri pemilihan awal adalah :-

  • Baju kemeja putih lengan panjang
  • Seluar slack gelap
  • Berkasut

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

  • SEL PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT
    CAWANGAN SUMBER MANUSIA,
    MARKAS TENTERA DARAT 2
    WISMA PERTAHANAN,
    JALAN PADANG TEMBAK
    50634 KUALA LUMPUR

Talian seperti berikut: Tel: No Tel: 03-2071 6030/ 3926/ 4254

Semakan Keputusan Perajurit Muda Online

Permohonan boleh disemak di lawam sesawang berikut :-

Kepada warganegara Malaysia yang berminat, jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada Tentera Darat Malaysia. Semoga anda berjaya dalam pemilihan nanti.