Panduan terkini dikemaskini pada

Pendaftaran Tahun 1 2022/ 2023 Online SPATKPM (Darjah 1)

Borang Permohonan Murid Ke Tahun 1 2022 Dan 2023 Online. Anda ibu bapa yang ingin mendaftar anak anda ke sekolah rendah kerajaan tahun 2022 dan 2023 nanti? Permohonan pendaftaran murid ke tahun satu (Darjah 1 tahun 2022/ 2023) di seluruh Negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan WP Labuan ambilan 2022 dan 2023 akan di buka secara online.

Permohonan online akan dibuka pada 1 Mac 2021 sehingga 30 April 2021 di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) untuk sekolah di Semenanjung Malaysia, Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan.

daftar murid tahun 1

Cara Pendaftaran Murid Tahun 1 Ambilan 2022/ 2023 Online (public.moe.gov.my)

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan kemasukan murid ke Tahun 1 ambilan 2022/ 2023 meliputi tarikh penting permohonan, rayuan dan borang online.

Ianya adalah untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan WP Labuan secara online menggunakan applikasi SPATKPM.

Siapa Yang Layak Mendaftar Pendaftaran Tahun 1 2022/ 2023

Kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut :

  1. Lahir pada 2 januari 2015 sehingga 1 Januari 2016 (Sesi persekolahan tahun 2022)
  2. 2 Januari 2016 sehingga 1 Januari 2017 (Sesi persekolahan tahun 2023)

Cara Daftar Tahun 1 Online (public.moe.gov.my)

  1. Kawasan : Negeri Di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan WP Labuan
  2. Tarikh Buka Permohonan : 1 Mac 2021 Hingga 30 April 2021
  3. Applikasi Permohonan : https://public.moe.gov.my/
  4. Pengguna SPATKPM yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PENGGUNA BARU
  5. Panduan permohonan online : Klik

Tindakan/ Langkah Selepas Mendaftar Kemasukan Anak Secara Online

Ibu bapa atau penjaga yang telah berjaya membuat pendaftaran online perlu membuat tindakan berikut bagi melengkapkan permohonan pendaftaran :-

  1. Mencetak bukti permohonan
  2. Dan membawa dokumen seperti yang dinyatakan di dalam sistem ke sekolah untuk membuat pengesahan dalam tempoh 14 hari.
  3. Ianya perlu dibuat dalam tempoh pendaftaran dibuka iaitu dari 1 Mac sehingga 30 April 2021.

Berikut adalah dokumen-dokumen berkaitan (secara umum) yang diperlukan semasa penghantaran dokumen. Ianya bergantung kepada pentadbiran sekolah negeri yang dipohon.

  1. Sijil lahir kanak-kanak berkenaan/ Sijil Anak Angkat (Salinan asal beserta 1 satu salinan)
  2. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa)
  3. Surat nikah / Sijil Daftar Perkhawinan/ surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan)
  4. Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
  5. Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
  6. Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)

Nota 

  • * Bagi yang daftar lewat kelahiran dan pendaftaran secara online tidak dapat dilakukan, minta ibu bapa daftar secara manual di PPD selepas bulan Disember 2021 dengan mengisi borang ASBS
  • * Bagi permohonan tahun 1/2021 untuk murid tanpa dokumen,mohon mendaftar di PPD melalui borang MWTD selepas bulan Disember 2021.

Soalan Lazim

Berikut diantara soalan lazim berkenaan permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 ambilan 2022/ 2023 Online :-

  • 1. Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan bagi memudahkan permohonan ke tahun 1 tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.
  • 2. Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1.
  • 3. Hanya Ibu bapa dan penjaga yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna.
  • 4. Cara untuk mendaftar sebagai pengguna baru
  • Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar

  • Sila daftar dengan menggunakan No. Mykad yang betul
  • 5. Cara untuk mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa
  • Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan Maklumat Diri dan Maklumat Akuan-> Semak Jawapan.

Pendaftaran Murid Tahun 1 2022/ 2023 Sabah, Sarawak & WP Labuan

Untuk Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan, permohonan pendaftaran murid ke Tahun 1 adalah juga melalui pendaftaran secara atas talian di applikasi sama.

Cara Hubungi

Jika terdapat sebarang masalah sila hubungi :-

  • E-mel: admin_spatkpm@moe.gov.my

Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 untuk Pertanyaan berkenaan masalah teknikal sahaja, sila hubungi :-

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA
Unit ICT.

E-mel : daftartahun1@moe.gov.my

Rujukan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing, sila klik JPN

Semakan Keputusan Kemasukan Ke Tahun 1

Keputusan permohonan pendaftaran murid Tahun 1 akan diumumkan sekitar bulan Ogos 2021 (Tarikh akan dikemaskini). Semakan boleh dibuat secara online di SPATKPM.

Berikut adalah tarikh penting pendaftaran dan keputusan beserta rayuan untuk ambilan tahun lepas. Untuk tahun semasa, tarikh akan dikemaskini dari masa kesemasa:-

  • *Tarikh Pendaftaran dibuka : 01/03/2021
  • *Tarikh tutup pendaftaran : 30/04/2021
  • *Tarikh pendaftaran lewat dibuka : –
  • *Tarikh pendaftaran lewat ditutup : –
  • *Tarikh Rayuan Dibuka : 08/2021
  • *Tarikh Rayuan Ditutup : –
  • *Tarikh Mula Pengesahan Penempatan : 08/2021
  • *Tarikh Tamat Pengesahan Penempatan : –
  • *Tarikh Surat penempatan/ keputusan pendaftaran : 08/2021
    *Tarikh Keputusan Rayuan : –

Selamat memohon buat ibu bapa semua. Moga sistem permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 ambilan 2022/ 2023 Online dapat mempercepatkan dan memudahkan urusan permohonan anda semua.

Related : kementerian pendidikan malaysia kpm secara dalam talian, id pengguna laman web, 2023 secara online, tahun 1 sesi persekolahan, mulai 1 mac 2021,