Pendaftaran Calon Persendirian 2018 SPMU, PT3, STAM Dan SPM

Panduan terkini dikemaskini pada 13 Oktober 2018 jam 03:26 PM

Anda calon persendirian dan ingin mendaftar peperiksaan SPMU (SPM Ulangan) 2018 dan peperiksaan lain seperti PT3, SPM dan STAM? Pendaftaran calon persendirian 2018 peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), SPM Ulangan (SPMU), PT3 dan STAM boleh dibuat bermula dari 1 Mac hingga 31 Mac setiap tahun. Peperiksaan SPM (U) 2018 (sesi Jun) hanya melibatkan maksima 3 kertas subjek iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah dan dijadualkan berlangsung pada 25 hingga 27 Jun nanti. Rujuk Takwim Peperiksaan Awam 2018 di Tarikh Peperiksaan 2018 untuk maklumat lanjut.

Untuk sesi November, semua subjek SPM ada ditawarkan dan akan diadakan sama seperti peperiksaan SPM calon sediada iaitu pada bulan November/ Disember.

pendaftaran spmu

Pendaftaran Calon Persendirian 2018 : SPMU, PT3, STAM Dan SPM

Pemohon yang berminat boleh mendapatkan borang pendaftaran di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Pejabat Pendidikan Negeri yang berhampiran atau dimuat turun di

* Nota Penting : Sebarang permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan

Tatacara Pendaftaran Peperiksaan

  1. Isi borang pendaftaran secara manual dan sediakan bayaran secukupnya dan hantar permohonan terus ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang berdekatan
  2. Semasa menghantar permohonan, anda boleh memohon pertimbangan kepada pegawai bertugas untuk menduduki peperiksaan di pusat peperiksaan yang terdekat dengan temat kediaman masing-masing.
  3. Setelah selesai membuat pendaftaran, anda diwajibkan untuk mengisi permohonan secara online. Permohonan online WAJIB dibuat walaupun calon telah mengemukakan permohonan manual di PPD atau JPN.
  4. Sekiranya anda tidak mengisi permohonan online, secara automatik anda dikira TIDAK MENDAFTAR. Pendaftaran online boleh dibuat di Aplikasi Pendaftaran Calon SPMU

Kenyataan Media KPM

Berikut dikongsikan kenyataan media mengenai pendaftaran calon persendirian PT3, SPM, SPMU dan STAM tahun 2017.
kenyataanmediaspmu2017

APLIKASI PENDAFTARAN PEPERIKSAAN TAHUN 2017

Berikut adalah capaian applikasi pendaftaran peperiksaan lain untuk tahun 2017 untuk Setiausaha Peperiksaan, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Lembaga Peperiksaan.

  1. SPM Ulangan )SPMU) : Klik https://spmu.moe.gov.my/daftar/
  2. Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) : https://daftarupsr.moe.gov.my
  3. Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) : https://pt3.moe.gov.my
  4. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) : https://sppat.moe.gov.my
  5. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) : https://estam.moe.gov.my

spmu

TAHUN 2016 (Tahun 2018 akan dikemaskini)

BILPERKARATARIKH
1Pendaftaran peperiksaan peringkat sekolah (calon sekolah sahaja)1 Januari hingga 28 Februari 2016
2Mula pendaftaran peperiksaan secara dalam talian1 Mac 2016
3Tamat pendaftaran peperiksaan secara dalam talian31 Mac 2016
4Pengesahan kenyataan pendaftaran peperiksaan oleh ibu bapa calon (UPSR sahaja) atau calon (PT3, SPM, SPMU, BJBJ dan STAM)1 Mac hingga 31 Mac 2016
5Pembetulan maklumat calon dan pembetulan mata pelajaran (tanpa bayaran)*1 April hingga 15 April 2016
6Pembetulan maklumat calon dan pembetulan mata pelajaran (dengan bayaran)*16 April hingga 15 Mei 2016
* Kecuali bagi PT3

Semoga panduan Pendaftaran SPMU 2018 Online serta SPM, PT3 & STAM Dan Calon Persendirian ini bermanfaat.