Peraturan Peniaga Online Wajib Daftar Dengan SSM

Panduan terkini dikemaskini pada 4 Januari 2019 jam 07:11 AM

Peniaga dalam talian atau online, termasuk di laman sosial Facebook dan Instagram, diwajibkan mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pendaftaran perniagaan adalah perlu itu bagi memelihara dan melindungi hak pengguna daripada dieksploitasi dan ditipu oleh peniaga.

ssmonline

Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2014 pada persidangan Dewan Negara Rabu, 17 Disember 2014.

“Melalui Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna 2012, peniaga online juga diwajibkan untuk memaparkan nama perniagaan, nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat, alamat e-mel dan nombor telefon di laman web, Facebook atau Instagram mereka,”

Untuk mendaftar perniagaan anda boleh pergi ke laman web SSM