Siaran Langsung Keputusan Perak Vs PKNS FC Piala Malaysia 2018

Panduan terkini dikemaskini pada 10 Oktober 2018 jam 08:12 PM

Siaran Langsung Keputusan Perak Vs PKNS FC Piala Malaysia 2018
Rate this post

Siaran Langsung Perak lawan PKNS FC Suku Akhir Piala Malaysia September 2018. Perak dan PKNS FC akan bertarung pada aksi suku akhir Unifi Piala Malaysia 2018 untuk merebut satu slot ke pusingan separuh akhir kejohanan bolasepak paling berprestij di Malaysia. Aksi pusingan Suku akhir pertama melibatkan kedua-dua pasukan akan berlangsung pada hari Selasa, 25 September 2018 di Stadium Perak, Ipoh, Perak.

Perlawanan suku akhir kedua pula akan diadakan di Stadium Shah Alam pada hari Ahad, 30 September 2018 bermula jam 9:00 malam. Siaran langsung perlawanan akan disiarkan di Unifi TV pada aksi pertama dan di TV9 pada perlawanan timbal balik. Selain Perak dan PKNS FC, 6 pasukan lain yang bersaing merebut 4 slot separuh akhir adalah Felda United vs Terengganu FC, Kelantan vs Sabah dan JDT vs Pahang.

Perak Vs PKNS FC

Live Streaming Keputusan Perak Vs PKNS FC : 25 Dan 30 September 2018

Berikut dikongsikan maklumat perlawanan Perak vs PKNS FC melibatkan tarikh, masa, stadium, saluran siaran langsung di TV, kesebelasan pemain dan keputusan terkini. Pemenang akan bertemu dengan pemenang diantara pasukan Kelantan lawan Sabah.

KEPUTUSAN PERAK VS PKNS FC SUKU AKHIR PERTAMA PIALA MALAYSIA 2018
Perlawanan akan diadakan di Stadium Perak, Ipoh pada hari Selasa, 25 September 2018
PERAK0 – 0PKNS FC

 –
9:00 MALAM

Kesebelasan Pemain Perak Vs PKNS FC 25 September 2018 (Pusingan Pertama Suku Akhir)

Senarai pemain 1st eleven untuk aksi pertama Perak dan PKNS FC adalah seperti berikut :-

  • PERAK : Hafizul Hakim, Amirul, Idris Ahmad, Shahrul Saad (C), Nazirul Naim, Brendan Gan, Leandro, Firdaus Saiyadi, Norhakim Hassan, Wander Luiz, Gilmar
  • PKNS FC : Zarif Irfan, Qayyum, Zac Anderson, Rodney, Nik Shahrul, M. Sivakumar, Romel Morales, Nurridzuan Abu Hassan, Faizat, Jafri Chew, Rafael Ramazotti
KEPUTUSAN PKNS FC VS PERAK SUKU AKHIR KEDUA PIALA MALAYSIA 2018
Perlawanan akan diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor pada hari Ahad, 30 September 2018
PKNS FC0 – 2PERAK
AGG 0 – 2
9:00 MALAM
Wander Luiz min 23, min 57

Kesebelasan Pemain PKNS FC Vs Perak 30 September 2018 (Pusingan Kedua Suku Akhir)

  • PKNS FC : Zarif Irfan, Qayyum, Zac Anderson, Rodney, Nik Shahrul, K. Gurusamy, Romel Morales, Nurridzuan Abu Hassan, Bruno Matos, Jafri Chew, Rafael Ramazotti
  • PERAK : Hafizul Hakim, Amirul, Idris Ahmad, Shahrul Saad (C), Nazirul Naim, Brendan Gan, Leandro, Firdaus Saiyadi, Norhakim Hassan, Wander Luiz, Gilmar

Selamat menyaksikan aksi perlawanan suku akhir Unifi Piala Malaysia 2018 yang dijangka menarik dan sengit. Tahniah kepada pasukan yang berjaya memenangi perlawanan ini.