Permohonan Asrama Malaysia 2019 (AMal) KPM

Panduan terkini dikemaskini pada 11 Oktober 2018 jam 09:03 AM

Permohonan Asrama Malaysia 2019 (AMal) KPM
Rate this post

Borang Online Permohonan Asrama Malaysia (AMal) 2019 Dahulunya Asrama 1Malaysia A1M. Satu lagi permohonan asrama untuk pelajar kini dibuka. Dimaklumkan dari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu dan Tingkatan 4 ke Program Asrama Malaysia (AMal) kini dibuka sehingga hujung tahun 2018 seperti maklumat yang dikongsikan di bawah ini.

Permohonan kemasukan murid ke AMal tahun 2019 dibuka kepada semua murid Tahun 6 pada tahun 2018 yang bersekolah di sekolah rendah (SK/SJKC/SJKT) di seluruh negara dan kepada semua murid Tingkatan 3 tahun 2018 yang bersekolah di semua sekolah menengah di seluruh negara.

permohonan asrama malaysia amal

Permohonan Kemasukan Ke Asrama Malaysia KPM (AMal) Tingkatan 1 Dan 4 Ambilan Tahun 2019

Untuk makluman, Asrama Malaysia (AMal) menempatkan murid pelbagai kaum dalam satu asrama. AMal atau dahulunya A1M mula dilaksanakan di KL pada tahun 2010. Pendaftaran kohort pertama Tingkatan 1 adalah pada 9 Mei 2010 sebelum berpindah ke Jalan Kuantan, KL.

1. Dasar Pengambilan Murid AMal

  • Pengambilan Murid AMal terbuka kepada semua bangsa dan etnik yang terdapat di Malaysia (Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak dan lain-lain).
  • Permohonan AMal ke Tingkatan 1 terbuka kepada murid tahun 6 pada tahun semasa dari SK, SJKT dan SJKC di seluruh negara dan Permohonan AMal ke Tingkatan 4 terbuka kepada murid Tingkatan 3 tahun semasa dari sekolah menengah pemohon.
  • Jawatankuasa Pemilihan Murid AMal Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan pemilihan. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.

Borang Permohonan Asrama Malaysia 2019

Berikut adalah Proses Permohonan AMal 2019 :-

  1. Pemohon perlu mengisi borang dan menyediakan salinan dokumen yang diperlukan dengan lengkap.
  2. Permohonan tidak lengkap tidak akan diproses.
  3. Pemohon perlu memilih sekolah daripada senarai sekolah yang ada untuk ditempatkan bagi mengikuti program Asrama Malaysia (AMal).
  4. Permohonan bagi murid semenanjung ke Sabah atau Sarawak adalah digalakkan namun kos pengangkutan murid adalah bawah tanggungan sendiri.
  5. Pemohon perlu mendapatkan tandatangan Guru Besar atau Pengetua atau Pentadbir sekolah semasa pemohon sebelum menghantar borang permohonan.
  6. Pentadbir perlu memastikan borang permohonan lengkap diisi dan disertakan dengan dokumen yang telah disahkan.

Borang permohonan beserta salinan dokumen yang telah disahkan boleh dihantar kepada Urusetia Pengambilan Murid Amal 2019 melalui saluran berikut:

a. Melalui Sekolah Semasa:

Pemohon hantar kepada pihak sekolah, pihak sekolah hantar kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM, Putrajaya

b. Melalui Sekolah Asrama Malaysia (AMal) :

Pemohon menghantar terus ke 4 buah sekolah Asrama Malaysia (AMal) secara pos atau serahan tangan kepada:

  1. Victoria Institution, Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur; atau
  2. SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bharu, Johor; atau
  3. Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah; atau
  4. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri, Sarawak

c. Kementerian Pendidikan Malaysia :

Pemohon menghantar secara pos atau secara serahan tangan kepada :

  • Unit Pengurusan Asrama Harian
    • Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
    • Aras 4, Blok E2, Kompleks E
    • Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    • 62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut :

  • Tingkatan 1: 30 November 2018
  • Tingkatan 4: 29 Disember 2018

Sila klik link di bawah ini untuk muat turun borang dan brosur :-

Maklumat lanjut, sila rujuk kepada Maklumat Asrama Malaysia

Syarat-Syarat Permohonan AMal 2019 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan AMal ambilan tahun 2019 :-

  • Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia sahaja.
  • Terbuka kepada semua kaum.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang berpotensi daripada keluarga yang berpendapatan rendah atau sederhana.
  • Pencalonan hendaklah dibuat oleh Pentadbir di sekolah semasa di mana pemohon belajar.
  • Sekiranya Murid AMAL keluar daripada Program Asrama 1Malaysia (Keluar Asrama) pihak sekolah berhak mengambil tindakan dikeluarkan daripada sekolah AMAL sekiranya saluran kemasukan adalah melalui tawaran ke Program AMal KPM.
  • Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:-
    • Sijil lahir / Kad pengenalan pemohon dan ibu bapa (jika tidak disertakan permohonan tidak akan diproses).
    • Keputusan UPSR bagi permohonan ke Tingkatan 1 atau PT3 bagi permohonan ke Tingkatan 4 (jika tidak disertakan permohonan tidak akan diproses).
    • Sijil-Sijil Akademik , Kokurikulum dan sijil-sijil lain.
    • Slip Gaji / Penyata Pendapatan ibu bapa/penjaga dan Pengesahan oleh Suruhanjaya Sumpah / Ketua Kampung atau Penghulu sekiranya tiada slip gaji.
    • Dokumen Sokongan untuk ibu atau bapa tunggal.
    • Dokumen Sokongan hak penjagaan anak sekiranya ibubapa bercerai

Semoga pemohon yang membuat Permohonan 2019 Asrama Malaysia ALam KPM kali ini berjaya mendapat tawaran kemasukan. Tahniah.