Permohonan JPA PIDN 2018 Online Program Ijazah Dalam Negara

Panduan terkini dikemaskini pada 12 Oktober 2018 jam 08:57 AM

Permohonan JPA PIDN 2018 Online Program Ijazah Dalam Negara
Rate this post

Cara Memohon Biasiswa JPA PIDN 2018 Online. Perhatian buat pelajar yang berniat untuk mendapatkan pinjaman pendidikan boleh ubah JPA PIDN. Dipetik dari Portal eSILA, permohonan pinjaman boleh ubah JPA PIDN 2018 Online Program Ijazah Dalam Negara akan dibuka bermula dari 16 Mei 2018 bermula jam 500 petang hingga 22 Mei 2018.

PIDN merupakan program penajaan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government Linked University (GLU) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

pidn

 

Permohonan JPA PIDN 2018 Program Ijazah Dalam Negara Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkenaan dengan Permohonan JPA PIDN 2018 Online yang mengandungi tarikh penting, syarat permohonan, bidang pengajian, soalan lazim dan applikasi permohonan.

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang sedang berada di tahun pertama Ijazah Pertama dan telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian untuk memohon penajaan di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2018. Pelajar akan ditaja di peringkat ijazah pertama di institusi yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara kaedah Pinjaman Boleh Ubah (PBU).

  • Tarikh Buka : 16 Mei 2018
  • Tarikh Tutup : 22 Mei 2018, jam 500 petang
  • Bentuk Penajaan Pelajar : Pinjaman Boleh Ubah

Applikasi Permohonan JPA PIDN

Syarat Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2018

Berikut adalah syarat permohonan JPA PIDN 2018 Online Program Ijazah Dalam Negara :-

  1. Warganegara Malaysia,
  2. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit- penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya;
  3. Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  4. Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
  5. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama;
  6. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tarikh permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan);
  7. Berada di tahun pertama Ijazah Pertama dan telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian;
  8. Memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.30 dan setara dalam peperiksaan semester peringkat Ijazah Pertama.
  9. Maklumat lanjut syarat permohonan klik SYARAT PIDN

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada maklumat di bawah ini :-

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 2, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA, MALAYSIA

(u/p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)

Pertanyaan Penajaan

W: 9:00 pagi – 5.00 petang
T: 03-8885 3049 (5 talian)
E: http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do

Selamat membuat Permohonan JPA PIDN 2018 Online Program Ijazah Dalam Negara. Semoga anda berjaya mendapat tawaran penajaan ini nanti.