Permohonan Biasiswa Yang DiPertuan Agong JPA Sesi 2017/ 2018

Panduan terkini dikemaskini pada 12 Oktober 2019 jam 09:54 PM

Permohonan Biasiswa Yang DiPertuan Agong JPA Sesi 2017 /2018. Anda seorang pelajar yang berminat untuk memohon biasiswa untuk melanjutkan pengajian? Berita baik, menurut Portal Rasmi e-sila, adalah dimaklumkan yang Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2017/2018 telah dibuka secara online. Kepada pelajar yang berminat, sila rujuk kepada perkongsian maklumat permohonan BYDPA Jabatan Perkhidmatan Awam di bawah ini.

PermohonanBiasiswaYangDiPertuanAgongJPASesi2017

Permohonan Biasiswa Yang DiPertuan Agong JPA 2017 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan yang mengandungi informasi tentang syarat permohonan, keterangan biasiswa dan garis panduan permohonan.

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka seperti ketetapan tarikh berikut :-

  • Tarikh Buka : 8 Februari 2017
  • Tarikh Tutup : 3 Mac 2017

Syarat Permohonan

1. Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2016/2017 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.

2. Maklumat Permohonan dalam PDF

  • Keterangan Biasiswa
  • Syarat-Syarat Permohonan
  • Garis Panduan Permohonan
  • Garis Panduan Menulis Cadangan Penyelidikan/Pengajian
bydpa2017

3. Borang permohonan hendaklah diisi secara dalam talian (on-line) melalui portal www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my mulai 8 Februari 2017.

4. Tarikh tutup permohonan dalam talian (on-line) dan penghantaran borang permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2017/2018 ialah pada 3 Mac 2017.

5. Pertanyaan mengenai Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian
2017/2018 boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853546/3569/3879 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang atau e-mel di alamat ldp@jpa.gov.my

Selamat memohon dan semoga berjaya buat pemohon Permohonan Biasiswa Yang DiPertuan Agong JPA Sesi 2017 /2018.