Permohonan Laskar Muda TLDM 2018 Online

Panduan terkini dikemaskini pada 13 Oktober 2018 jam 07:38 PM

Permohonan Dan Pemilihan Laskar Muda TLDM 2018 Secara Online. Permohonan TLDM terkini? Pemilihan dan temuduga terbuka TLDM terkini tahun 2018 siri 218/ 2018, syarat kelayakan dan lokasi permilihan? Anda berminat untuk berkhidmat di TLDM atau Navy Malaysia? Berita baik seperti dipetik dari makluman rasmi Facebook Tentera Laut DiRaja Malaysia. Ianya memaklumkan bahawa Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ingin mempelawa Warganegara Malaysia lelaki dan wanita yang berkelayakan dan berminat, bujang serta sihat tubuh badan untuk berkhidmat sebagai anggota Lain-Lain Pangkat TLDM (LLP).

tldm

Cara Buat Permohonan Laskar Muda TLDM 2018 Online

Dikongsikan dari Portal Jom Masuk Tentera, berikut dikongsikan maklumat pengambilan permohonan Perajurit Muda TLDM tahun 2018. Tarikh tutup permohonan atas talian adalah pada 30 Mac 2018.

Maklumat lanjut, klik Permohonan Perajurit Muda TLDM Siri 218/18

Pengambilan LASKAR MUDA TLDM siri 217/2018.

  1. Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dengan ini mempelawa belia dan beliawanis tanah air yang berminat untuk berkhidmat sebagai anggota TLDM Peringkat Rendah (Lain-lain pangkat) melalui pengambilan Laskar Muda 217/2018.
  2. Calon-calon perlu memasukkan maklumat peribadi diri yang lengkap di dalam laman web JOMMASUKTENTERA. Calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi pemilihan awal LASKAR MUDA 217/2018.
  3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 September 2017

Iklan Terkini Permohonan Laskar Muda Siri 217/ 2018

Berikut adalah iklan pengambilan Laskar Muda TLDM siri 217/ 2018 yang memaparkan kelayakan akademik, syarat kelayakan dan cara hubungi. Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Sept 2017. Permohonan hendaklah dibuat secara online.

Syarat permohonan

iklanpermohonanlaskarmudatldm2018

  • Klik Iklan siri 217/ 2018

Siri 216/ 2017

Sila klik NAVY MALAYSIA untuk paparan yang jelas.

Temuduga Terbuka Laskar Muda TLDM Oktober Dan November 2016

Berikut adalah makluman tawaran kerjaya dari FB TLDM pada 22 September 2016. Temuduga terbuka kemasukan anggota lain-lain pangkat #TLDM (Laskar Muda TLDM) siri 215/17 kini telah dibuka. Sila rujuk iklan pengambilan di bawah ini untuk panduan penting – cara hadir temuduga, syarat kelayakan dan lokasi pemilihan.

tldmtemudugaterbuka2016
Klik TLDM untuk gambar yang jelas

Permohonan Laskar Muda TLDM 2016 Online (Bulan September)

Permohonan kemasukan Laskar Muda TLDM akan dilaksanakan secara online di laman sesawang JOM MASUK TENTERA sehingga tarikh tutup pada 26 September 2016. Syarat kelayakan terperinci adalah seperti berikut:

1. KELAYAKAN AKADEMIK

  • a. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau setaraf dengan LULUS
    dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
  • b. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang ketukangan yang
    ditetapkan oleh TLDM serta Lulus dalam mata pelaaran Bahasa Melayu dalam peringkat SPM. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon
    yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa
    Inggeris

2. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • a. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 25 tahun. Keutamaan kepada pemohon yang berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 23 tahun pada tarikh 20 Februauri 2017.
  • b. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota. Tidak pernah mengalami
    kecederaan teruk seperti patah tulang, tidak mengidap penyakit asma/
    lelah dan penyakit kronik yang lain.
  • c. Taraf perkahwinan bujang.
  • d. Berat badan minima 47.5 kg (Lelaki) 46.5 kg (Wanita), tinggi
    sekurang-kurangnya 1.62 meter (Lelaki) 1.60 meter (Wanita), Body Mass
    Index (BMI) di antara 18 – 25 (Lelaki) 18 – 23 (Wanita).
  • Ukuran dada biasa/ kembang Lelaki : 76sm
  • Cara pengiraan:
    BMI : Berat (kg)
    Tinggi(meter) / Tinggi(meter)
  • e. Ukuran dada minima 76 sm (lelaki).
  • f. Penglihatan hendaklah terang dan jelas (6/6) tanpa cermin mata atau kanta sesentuh serta tidak rabun warna.
  • g. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik, pemeriksaan dokumentasi dan pemeriksaan fizikal. Kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.

4. KEISTIMEWAAN LLP TLDM

  • Peluang mengikuti Pengajian di bawah Program Skim Pengajian Tinggi.
  • Kemudahan pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer.
  • Rawatan perubatan dan pergigian percuma.
  • Bayaran insentif bagi yang berkhidmat di Sabah/Sarawak
  • (Tertakluk kepada syarat/kelayakan).
  • Bayaran insentif Semenanjung Malaysia
  • (Tertakluk kepada syarat/kelayakan).
  • Pakaian seragam percuma.
  • Makan dan tempat tinggal percuma.
  • Waren perjalanan tahunan percuma untuk cuti bersama keluarga.

Iklan Pengambilan Laskar Muda TLDM 2016 Terkini

Berikut adalah maklumat terkini mengenai pengambilan Laskar Muda TLDM :-

Siri 215/17 – September 2016

Sumber TLDM

Siri 213/16 yang dikongsikan dari FB TLDM.

laskarmudatldm
Iklan Pengambilan TLDM Mac & April 2016

Sesi Pengambilan Laskar Muda TLDM 2016 : 3 Mei 2016

laskarmuda

5. Sebarang pertanyaan

Sila hubungi:

Markas Tentera Laut
Cawangan Pengurusan Sumber Manusia – Bantuan
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak,
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP)
Telefon: 03 – 2071 3177 / 03 – 2071 6925
Emel: pengambilantldm@navy.mil.my
Laman Web: www.navy.mil.my

atau

Sebarang pertanyaan berkenaan pengambilan, sila hubungi nombor berikut:

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan
Isnin – Jumaat 9.00am – 5.00pm : (03) 2059 8400 ext 4524/2387/4526

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat
Isnin – Jumaat 9.00am – 5.00pm : (03) 2059 8400 ext 4696/2969

Pengambilan Laskar Muda Tentera Laut
Isnin – Jumaat 9.00am – 5.00pm : (03) 2071 3303/3177
kecuali Hari Rabu 9.00am – 1.00pm

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara
Isnin – Jumaat 9.00am – 4.00pm : (03) 2681 2412/2413/2414

Selamat membuat Permohonan Laskar Muda TLDM 2018 Online. Diucapkan semoga anda berjaya dalam pengambilan TLDM siri 217/ 2018 ini.