Permohonan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional UTHM 2020

Panduan terkini dikemaskini pada 15 Oktober 2019 jam 09:03 PM

Peluang keemasan buat lepasan Diploma/ DVM/ DKM yang gagal dalam permohonan UPU online. Menersui makluman Facebook FPTV, UTHM permohonan kemasukan untuk Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional dengan kepujian Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional, Universi Teknologi Tun Hussein Onn (UTHM) akan dibuka pada 20 Oktober 2019 untuk sesi ambilan Februari 2020.

Permohonan adalah di buka untuk lepasan Diploma Sahaja dari IPTA/IPTS, DKM, DVM dan Politeknik. Mereka yang berjaya menamatkan program pengajian ini adalah berpeluang untuk bekerja dalam bidang sebagai tenaga pengajar TVET/ Industri/ Usahawan.

Permohonan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional UTHM

Permohonan Kemasukan Ke Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional UTHM Ambilan Sesi Februari 2020

Berikut dikongsikan maklumat pernting permohonan UTHM untuk program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional UTHM meliputi tarikh-tarikh penting, syarat kemasukan dan program pengajian yang ditawarkan.

  • Tarikh permohonan dalam talian : 20 Oktober (1200 tengahari)¬† sehingga 15 November 2019 (1159 malam)

Cara Memohon Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional UTHM

Berikut adalah panduan permohonan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan UTHM sesi Februari 2020 secara online.

  1. No Pin : Tidak perlu nombor pin
  2. Isi Borang (EBorang) – Isi borang permohonan kemasukan melalui http://wapps.uthm.edu.my/intake/
  3. Pilih Program – Pilih mana-mana program mengikut keutamaan
  4. Pastikan pilihan pertama dan kedua di FPTV, UTHM.
  5. Hantar Permohonan : Pastikan anda klik butang Hantar maklumat permohonan
  6. Cetak pengesahan permohonan : Pengemaskinian borang permohonan boleh dibuat tanpa had sehingga tarikh tutup

Senarai Kursus Yang Ditawarkan

Berikut adalah senarai kursus yang ditawarkan buat calon pelajar :-

  1. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik & Elektronik) dengan kepujian
  2. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Penyejukbekuan & Penyamanan Udara) dengan kepujian
  3. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Pemesinan Am) dengan kepujian
  4. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Binaan Bangunan) dengan kepujian
  5. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Kimpalan & Fabrikasi Logam) dengan kepujian
  6. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Multimedia Kreatif) dengan kepujian
  7. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Katering) dengan kepujian

Syarat Kemasukan

Sebelum memohon, sila pastikan anda melepasi syarat kemasukan berikut berdasarkan kepada kategori :-

Lepasan Diploma/ DKM

Lepasan DVM

  • DVM (PNGK > 3.0)
  • Sijil Vokasional Malaysia (PNGK Akademik >3.33 dan PNGK Vokasional >3.67
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM (Kod 1104)
  • Lulus Sejarah SPM bagi Kohort 2015-2016
  • Kompeten semua modul Vokasional
  • MUET Band 2
  • Lulus Ujian Medsi dan Temuduga

Tarikh Penting Permohonan Dan Semakan Pengambilan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional UTHM Februari 2020

  1. Semakan Ujian Medsi dan panggilan temuduga di pautan https://wapps.uthm.edu.my/ppa/tawaran : Awal Disember 2019
  2. Pelaksanaan Ujian Medsi dan Temuduga : Pertengahan Disember 2019
  3. Keputusan Permohonan : Januari-Februari 2020
  4. Pendaftaran pelajar : Februari 2020

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada info berikut :-

Selamat membuat permohonan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan UTHM Februari 2020 ambilan kedua. Moga permohonan anda berjaya.