Permohonan IKB 2019-2020 Online Institut Kemahiran Baitulmal

Panduan terkini dikemaskini pada 15 Oktober 2019 jam 08:53 PM

Permohonan IKB Institut Kemahiran Baitulmal Sesi Kemasukan 2019-2020 Secara Online. Berita baik buat mereka yang berkelayakan untuk mengikuti latihan kemahiran di Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Permohonan kemasukan sesi 2019/2020 kini dibuka menerusi makluman FB Baitulmal MAIWP.

Syarat dan maklumat permohonan boleh dirujuk di bawah ini. Untuk makluman, IKB ditubuhkan bertujuan untuk menjadi sebuah institusi peneraju pendidikan kemahiran berkualiti demi memartabatkan ekonomi Masyarakat Islam.

Permohonan IKB

Permohonan Kemasukan Ke IKB Institut Kemahiran Baitulmal 2019/ 2020 Online

Permohonan IKB adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam, berpendapatan rendah dan khususnya yang bermastautin di Wilayah Persekutuan.

  1. Minima kelulusan akademik tamat darjah 6 sekolah bantuan kerajaan (boleh membaca dan menulis)
  2. Terbuka kepada lelaki dan wanita
  3. Pendapatan ketua keluarga adalah mengikut had kifayah yang ditetapkan oleh MAIWP
  4. Sihat tubuh badan & Berminat
  5. Warganegara Malaysia dan beragama Islam

Kursus Yang Ditawarkan

  • Kursus Kejuruteraan Elektrik
  • Kursus Penyediaan Dan Penyajian Makanan
  • Kursus Rekaan Fesyen Pakaian Lelaki
  • Kursus Rekaan Fesyen Pakaian Wanita
  • Kursus Seni Lukis Dan Seni Reka
  • Kursus Teknologi Binaan Bangunan

Maklumat lengkap kursus pengajian yang ditawarkan, sila klik SENARAI KURSUS

Tempoh Masa Kursus

  • Tempoh kursus selama 2 tahun.
  • Mengguna pakai sistem semester (4 semester).
  • Isnin – Jumaat  (8.00 pagi – 5.00 petang)

Permohonan IKB Institut Kemahiran Baitulmal 2019/ 2020 Online

Calon yang berminat boleh membuat permohonan secara online seperti maklumat berikut :-

  • Borang Permohonan sila klik IKB MAIWP
  • Arahan Mengisi Borang Permohonan
  • 1) Sila pastikan nombor kad pengenalan diisi dengan betul dan tepat
  • 2) Data yang diisi hendaklah betul dan tepat
  • 3) ruangan yang bertanda ** adalah wajib diisi
  • 4) permohonan yang lengkap diisi sahaja akan diproses
  • 5) Pemohon diminta untuk memasukkan email yang sah dan masih digunapakai kerana sebarang maklum balas adalah melalui email
  • 6) Sila cetak borang permohonan setelah selesai mengisi borang permohonan
  • 7) Bagi pemohon yang berjaya ke sesi temu duga, sila sediakan dokumen yang berkaitan
  • 8) Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini maklumat permohonan sekiranya ada kesilapan
  • 9) Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak institut di ikbmaiwp91@gmail.com atau ditalian 03-92830385
  • 10) Tarikh tutup permohonan adalah pada 12 Oktober 2018

Selamat membuat Permohonan IKB Institut Kemahiran Baitulmal 2019/ 2020 Online. Semoga anda berjaya dalam permohonan dalam kursus yang dihajati.