Permohonan Kebenaran Berkahwin Secara Online Negeri Melaka

Panduan terkini dikemaskini pada 27 Mei 2019 jam 10:30 PM

JAIM

Permohonan Berkahwin Secara Online Negeri Melaka | Berita baik buat umat Islam di negeri Melaka apabila Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Mohd Zin Mansor memaklumkan yang mereka kini boleh membuat permohonan kebenaran berkahwin secara dalam talian mulai Selasa depan 15 Julai 2014

Pendaftaran Dan Permohonan Online Kebenaran Berkahwin

Pendaftaran itu boleh dilakukan di laman sesawang www.sppim.gov.my atau pautan di www.jaim.melaka.gov.my dengan menggunakan Modul Benar Nikah Online (BNO) untuk negeri Melaka.

Modul itu sedang diselaraskan dengan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) dengan kerjasama Jabaan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kebaikan Guna Modul Benar Nikah Online (BNO)

“Penggunaan BNO ini akan membantu pelanggan dalam urusan permohonan kebenaran berkahwin dengan lebih cepat, mudah dan telus melibatkan negeri yang menggunakan SPPIM,” SPPIM diguna pakai di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Kedah dan Perak.

Pertanyaan lanjut boleh dibuat di Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam di talian 06-3333333 sambungan 5631/5634/5636 atau Pejabat Agama Islam daerah di negeri ini.

PANDUAN RINGKAS MODUL BENAR NIKAH ONLINE (BNO)