Permohonan UTHM Semester 2 Online Sesi 2018/ 2019

Panduan terkini dikemaskini pada 24 September 2019 jam 10:54 PM

Permohonan Kemasukan Ke UTHM Semester 2 Online Sesi 2018/ 2019. Berita baik buat pelajar yang ingin melanjutkan pengajian tinggi ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk program Ijazah Sarjana Muda. Dipetik dari FB Rasmi UPU, adalah dimaklumkan yang Iklan Permohonan Kemasukan ke Program Sarjana Muda Semester 2 Sesi 2018/2019 akan disiarkan pada 28 Oktober 2018.

Selain UTHM, kemasukan second intake Februari dan Mac 2019 juga ada ditawarkan di beberapa Universiti Awam (UA) yang lain seperti UIAM, Universiti Malaya UM, UUM, UiTM, UMK dan UPSI.

permohonan uthm

Permohonan Kemasukan UTHM Ambilan Februari 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat Permohonan Kemasukan ke Program Sarjana Muda UTHM Semester 2 Sesi 2018/2019. Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) :-

  • Tarikh Iklan : 28 Oktober 2018
  • Tarikh Buka & Tutup Permohonan : 28 Oktober 2018 hingga 25 November 2018
  • Tarikh Pendaftaran Pelajar : 10 Februari 2019
    • Applikasi Permohonan : Klik UTHM
  • Pemohon perlu mempunyai akaun untuk membuat pemohonan. Sila ikuti langkah-langkah di applikasi permohonan dalam membuat akaun baru

Panduan Membuat Permohonan UTHM

Berikut adalah prosedur permohonan UTHM semester 2 sesi 2018/ 2019 online.

  • 1. Pastikan anda mengisi maklumat yang lengkap semasa permohonan.
  • 2. Sila muatnaik salinan dokumen berikut yang telah disahkan:
  • a. Salinan Kad Pengenalan
  • b. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • c. Salinan Transkrip Akademik Diploma
  • d. Salinan Sijil MUET
  • e. Salinan Keputusan Bahasa Melayu / Matematik Julai (Jika Ada)
  • f. Salinan Akreditasi MQA (http://www.mqa.gov.my/MQR/CAkreditasi.cfm)
  • 3. Sila pastikan semua dokumen di atas di muat naik ke dalam sistem permohonan.

Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan permohonan tidak akan diproses

Iklan Permohonan UTHM Ambilan Kedua 2018-2019

iklan uthm ambilan kedua

Syarat Permohonan Kemasukan UTHM

Berikut dikongsikan syarat am permohonan beserta syarat tambahan kemasukan ke UTHM ambilan Februari 2019 :-

SYARAT AM

Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian (C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia kertas Julai dan Lulus Mata Pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) dalam peperiksaan SPM;

DAN

Memiliki kelulusan STPM atau Diploma atau kelulusan lain yang setaraf dengannya dalam bidang berkaitan oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;

DAN

Mendapat keputusan tahap 2 (Band 2) dalam MUET

DAN

Menyertakan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan kepada pihak Universiti;

  1. Salinan Kad Pengenalan/MyKad calon;
  2. Salinan SPM/Setaraf;
  3. Salinan Transkrip Diploma Penuh Akademik (Semester 1 hingga akhir);
  4. Salinan Sijil MUET;
  5. Salinan MQA Diploma
  6. Salinan Keputusan Bahasa Melayu/Matematik Julai (Jika ada)

SYARAT TAMBAHAN

  1. Pelajar yang aktif di mana-mana IPT tidak layak memohon
  2. Tidak pernah disabit atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu untuk prosiding

Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di UTHM Ambilan Februari 2019

Kursus/ Program Sarjana Muda yang ditawarkan untuk pengambilan semester 2 sesi 2018/ 2019 di UTHM beserta kod adalah seperti berikut :-

FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM DAN ALAM SEKITAR (FKAAS)

  1. BFF : Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian
  2. Sarjana Muda Teknologi Kejuteraan Awam (Perkhidmatan Bangunan) dengan kepujian

FAKULTI KEJURTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (FKEE)

  1. BEJ : Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian
  2. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Automasi) Industri) dengan kepujian

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN (FKMP)

  1. BDC : Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik (Penerbangan Profesional) dengan Kepujian#
  2. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik (Penyenggaraan Pesawat Terbang) dengan Kepujian#

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (FKMP)

  1. BBA : Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Pemesinan Am) dengan Kepujian#
  2. BBB : Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Binaan Bangunan) dengan Kepujian#
  3. BBC : Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Katering) dengan Kepujian#
  4. BBD : Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Kimpalan dan Fabrikasi Logam) dengan Kepujian#
  5. BBE : Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik dan Elektronik) dengan Kepujian#
  6. BBF : Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Multimedia Kreatif) dengan Kepujian#
  7. BBG : Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Penyejubekuan dan Penyamanan Udara) dengan Kepujian#

Bagi calon yang sedang bekerja dikehendaki mengemukakan surat pelepasan dari majikan dan surat tajaan sewaktu mengemukakan permohonan.

Semakan Keputusan Permohonan UTHM Semester 2 Online

Keputusan permohonan boleh disemak di Laman Web UTHM pada bulan Januari 2019. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas Februari 2019 dianggap gagal dan tidak berjaya.

Tarikh Penting Permohonan UTHM 2018/2019

  • Maklumat Tarikh Penting Permohonan Dan Semakan Pengambilan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional UTHM Februari 2019
    1. Semakan Ujian Medsi dan panggilan temuduga di pautan https://wapps.uthm.edu.my/ppa/tawaran : 4 Disember sehingga 10 Disember 2018
    2. Pelaksanaan Ujian Medsi dan Temuduga : 11 Disember sehingga 15 Disember 2018
    3. Keputusan Permohonan : 15 Januari 2019 sehingga 10 Februari 2019
    4. Pendaftaran pelajar : 10 Februari 2019

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-
PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja
Batu pahat
Johor Darul Takzim

Waktu Operasi

  1. Ahad – Rabu : 8.00 pagi – 5.00 petang
  2. Khamis         : 8.00 pagi – 3.30 petang
  3. No Telefon : 07-453 7696 / 7689 / 7375 / 7685 / 7687 / 7690
  4. Faks : 07-453 6085
  5. Email : pa@uthm.edu.my

Diucapkan semoga berjaya buat pelajar yang membuat Permohonan UTHM Semester 2 Online Sesi 2018/ 2019. Semoga impian anda berada di menara gading tercapai nanti.