Permohonan Kemasukan Ke UUM 2019 Online

Panduan terkini dikemaskini pada 13 Oktober 2018 jam 08:45 PM

Permohonan Kemasukan Ke UUM 2019 Online
Rate this post

Permohonan Kemasukan Ke UUM Ambilan Februari 2019 Secara Online. Permohonan melanjutkan pengajian semester 2 atau ambilan kedua (Februari 2019) ke Universiti Utara Malaysia (UUM) akan dibuka pada bulan Oktober/ November 2018. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke UUM 2019 akan dibuka bagi Program Ijazah Sarjana Muda UUM untuk lepasan Diploma dari institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti.

Selain UUM, terdapat beberapa Universiti Awam (UA) lain yang ada membuka permohonan kemasukan kedua Februari/ Mac 2019 seperti UiTM, UIAM, UMK, UMP, UPSI dan UTM.

permohonan uum dan semakan

Permohonan Universiti Utara Malaysia Ambilan Februari 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat permohonan UUM semester 2 sesi pengajian 2018/ 2019 yang mengandungi tarikh penting, syarat dan program yang ditawarkan.

  1. Tarikh buka permohonan : Oktober/ November 2018
  2. Tarikh tutup permohonan : Noember 2018
  3. Tarikh akhir penerimaan dokumen: Disember 2018
  4. Applikasi Permohonan : http://asisonline.uum.edu.my/online_app/menu_apply.aspx
  5. (Nota: Sila simpan no.borang sebagai rujukan permohonan)
  6. Tarikh Pendaftaran : Februari 2019

NOTA : Tarikh TEPAT akan dikongsikan dari masa kesemasa

Cara Membuat Permohonan Kemasukan Ke UUM 2019 Online

Calon-calon adalah dinasihatkan untuk membaca lampiran-lampiran berikut dalam PDF terlebih dahulu sebelum mengisi permohonan secara atas talian:

  1. Lampiran A: Program yang ditawarkan
  2. B: Syarat am dan syarat khas
  3. C: Bayaran wang proses
  4. D: Senarai semak

Syarat Am Permohonan

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
  2. Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; dan
  3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Semakan Keputusan UUM Ambilan Kedua 2018/ 2019

Keputusan kemasukan dijangka akan diumumkan pada minggu ke-3 bulan Januari 2019. Applikasi semakan adalah di SEMAKAN Asisonline UUM.

Maklumat Lanjut

Cara Hubungi atau untuk sebarang pertanyaan sila hubungi

  • Unit Kemasukan, Rekod dan Promosi (UKRP)
    Jabatan Hal Ehwal Akademik
    Universiti Utara Malaysia
    06010 UUM Sintok
    Kedah
    Tel: 04 928 3323/3324/3334/3335/3309
    Fax: 04-9283305
    e-mel: heanet@uum.edu.my

Selamat membuat Permohonan Kemasukan Ke UUM 2019 Online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universit Utara Malaysia ambilan Februari nanti.