• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Panduanmalaysia.com

Panduanmalaysia. Portal rangkuman maklumat tepat meliputi Informasi, Semakan, Pendidikan, Sukan, Agama, Penjawat Awam dan Resepi.

  • Home
  • Pendidikan
  • Informasi
  • Agama
  • Sukan
  • Resepi
  • Penjawat Awam
  • Penafian
  • Privacy Policy
  • Contact Us

Permohonan Kemasukan Khas Skim Perkhidmatan PTD Online

ShareTweet

Permohonan Kemasukan Khas Ke Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Online. Berita baik seperti yang dikongsikan dari Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Permohonan.my. Berikut dikongsikan makluman penting berkaitan Iklan Permohonan Kemasukan Khas Skim Perkhidmatan PTD.

Penjawat Awam adalah dijemput untuk menyertai Skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Permohonan adalah di kalangan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan (PAP) / Perkhidmatan Awam Negeri (PAN) / Badan Berkanun (yang menggunapakai sistem saraan Kerajaan) Gred 41 dan ke atas yang sedang berkhidmat secara tetap atau kontrak.

PermohonanKemasukanKhasSkimPerkhidmatanPTDOnline

Permohonan Kemasukan Khas Skim Perkhidmatan PTD Secara Online

Kepada penjawat awam yang berminat dan berkelayakan, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Kemasukan Khas Ke Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD). Antara maklumat yang dikongsikan termasuk applikasi serta cara buat permohonan, deskrispi tugas, syarat kelayakan dan permohonan.

Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD)

  1. Skim Perkhidmatan : Pegawai Tadbir dan Diplomatik
  2. Kumpulan : Pengurusan dan Profesional & Pengurusan Tertinggi
  3. Gred Jawatan : M41 sehingga JUSA C
  4. Status Jawatan : Tetap

Syarat Lantikan Dan Kemasukan Permohonan Khas PTD

Berikut adalah syarat lantikan dan kemasukan PTD :-

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun di skim perkhidmatan semasa;
  3. Memperolehi Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terkini 90% dan ke atas ATAU penilaian kompetensi yang setara;
  4. Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan memperoleh CGPA sekurang-kurangnya 3.00 atau setara;
  5. Bebas dari sebarang tindakan tatatertib;
  6. Memiliki tahap kecergasan fizikal, mental dan tingkahlaku (karakter) yang bersesuaian dengan keperluan perkhidmatan;
  7. Mendapat perakuan dan pelepasan daripada Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan; dan
    h) hadir dan lulus dengan jayanya Kursus Persediaan PTD selama sepuluh (10) bulan anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Deskripsi Tugas PTD

Tugas PTD adalah merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ daerah/ tempatan/ tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Cara Memohon

Pemohon perlu membuat Permohonan Kemasukan Khas Skim Perkhidmatan PTD melalui laman web JPA (www.jpa.gov.my) atau SPA (www.spa.gov.my).

  • Applikasi Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Ogos 2017 (Jumaat)

Sumber JPA

Selamat membuat Permohonan Kemasukan Khas Skim Perkhidmatan PTD buat penjawat awam yang berkelayakan. Semoga permohonan kemasukan anda berjaya nanti.

Artikel Berkaitan:

  • Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9 Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa
  • Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 5 Bab 8 SPM
  • Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 Peningkatan Tamadun
  • Permohonan UPU Ke IPTA Sesi 2019/ 2020 Online
  • Permohonan IPG 2018 Online Institut Pendidikan Guru PISMP
  • Skema Jawapan Pembangunan Dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan

Filed Under: Kerja

Reader Interactions

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Artikel

  • Keputusan PRK Semenyih Selangor 2019 (N24)
  • Senarai Pemain Pahang FA 2019 Skuad Tok Gajah
  • Senarai Pemain Selangor 2019 Skuad The Red Giants
  • Senarai Pemain Melaka United 2019 Liga Super Malaysia
  • Senarai Pemain Perak 2019 Skuad The Bos Gaurus
  • Keputusan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2019
  • Permohonan UPU Ke IPTA Sesi 2019/ 2020 Online
  • Senarai Pemain JDT 2019 Johor Darul Ta’zim
Copyright © 2018 panduanmalaysia.com