Panduan terkini dikemaskini pada

Permohonan KISS Kasih Ibu Smart Selangor Online

Borang Permohonan KISS Kasih Ibu Smart Selangor 2019. Cara mohon bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)? Perhatian buat wanita yang berkelayakan di Selangor. Melalui pembentangan Bajet 2018 Negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor atau ringkasnya KISS. Inisiatif baru yang diumumkan ini adalah untuk membantu golongan ibu di Selangor dan dikhususkan kepada keluarga berpendapatan RM2,000 ke bawah.

Setiap ibu yang layak akan menerima bantuan berjumlah RM 2,400 setahun, atau RM 200 setiap bulan. Ramai mengatakan bantuan ini lebih baik dari Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Melalui Kad KISS pula, seramai 30,000 golongan ibu di Selangor akan mendapat bekalan makanan asas seperti beras, minyak masak dan tepung. Peralatan dan pakaian sekolah untuk anak-anak di pasaraya serta kedai runcit yang akan dikenal pasti juga akan diberikan.

Maklumat terkini KISS Selangor 2019:-

Kerajaan negeri Selangor akan menangguhkan tempoh menggantung sementara bayaran Inisiatif Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) bagi tujuan mengemas kini maklumat penerima bermula dari tarikh 15 Jun 2019 sehingga 15 Julai 2019. Setelah proses mengemas kini selesai, penerima KISS yang tersenarai di dalam eKasih atau senarai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) boleh terus menggunakan kad KISS dengan jumlah manfaat yang sama.

Borang Permohonan KISS Selangor online

Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor Online Dan Manual

Pelaksanaan KISS adalah merupakan sebahagian daripada Inisiatif Peduli Rakyat Selangor yang akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor dengan implikasi kewangan sebanyak RM 72 juta. Mereka yang layak adalah golongan para ibu yang berpendapatan isu rumah di bawah RM2,000 sebulan.

Cara Membuat Permohonan KISS Selangor

Buat masa kini, permohonan hanya boleh dibuat dengan pengisian borang secara manual. Difahamkan applikasi permohonan secara atas talian/ online akan diperkenalkan kemudian.

Borang pendaftaran KISS boleh di download atau di muat turun dari Laman web www.kiss.com.my atau boleh diambil di lokasi berikut :-

  1. Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
  2. Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
  3. Pusat Wanita Berdaya
  4. Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis

Borang permohonan yang telah lengkap di isi hendaklah diserahkan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri. Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Web KISS. Untuk makluman, pendaftaran melalui borang secara manual telah dibuka pada 13 Disember 2017 yang lalu.

Syarat Kelayakan Permohonan KISS

Berikut adalah diantara syarat asas kelayakan permohonan KISS seperti berikut :-

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun atau pemilih berdaftar di Negeri Selangor; dan
  3. Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/ tanggungan di bawah umur 21 tahun; dan
  4. Pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan

Manfaat Kad KISS ​

Berikut dikongsikan manfaat yang diberikan untuk penerima bantuan:-

  1. Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak
  2. Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
  3. Urusniaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai (cashless)
  4. Pembelian barangan keperluan asas adalah terhad sebanyak RM 200 sebulan
  5. Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan
    Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM 200 pada setiap bulan secara automatik

Maklumat Lanjut KISS

Untuk sebarang masalah/ pertanyaan /cadangan, sila hubungi :-

  • No Telefon : 03.5525.6600
    No Faks: 03.5525.6900
    Emel : admin@selcare.my

Selamat membuat Permohonan KISS Kasih Ibu Smart Selangor. Tahniah kepada mereka yang berjaya menerima bantuan. Gunakan bantuan yang diberikan dengan berhemah.