Permohonan KKTM IKM MJII Januari 2019 Online

Panduan terkini dikemaskini pada 24 Mei 2019 jam 12:47 PM

Permohonan Kemasukan Ke KKTM, IKM Dan MJII 2019 Online. Bagaimana cara memohon ke Institusi Pendidikan MARA (IPMA) iaitu KKTM, IKM dan MJII? Berita baik buat pelajar yang ingin membuat permohonan program pengajian lepasan SPM/Setaraf dan SIJIL/STPM/Setaraf sesi ambilan Januari 2019.

Menerusi makluman Portal Rasmi KKTM & IKM (TVET MARA), permohonan kemasukan ke KKTM, IKM dan MJII sesi Januari 2019 akan di buka bermula 1 Ogos 2018. Permohonan online melibatkan permohonan kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM) dan MARA Japan Industrial Institute (MJII).

permohonan ikm kktm

Permohonan IPMA MARA 2019 : KKTM IKM MJII Online

Untuk makluman, pengambilan pelajar dibuat dua kali setahun iaitu pada Januari dan Julai setiap tahun di mana pemohon dikehendaki membuat permohonan secara online seperti ketetapan berikut :-.

  1. Kemasukan Januari melalui www.ekemahiran.edu.my – percuma
  2. Kemasukan Julai melalui Permohonan UPU – perlu membeli no. pin atau melalui www.ekemahiran.edu.my – percuma

Permohonan KKTM IKM MJII Sesi Januari 2019 Online

Permohonan kemasukan ke IKM, KKTM dan MJII untuk pengambilan sesi Januari 2019 akan di buka seperti tarikh berikut :-

  • Tarikh Buka :  1 Ogos 2018
  • Tarikh Tutup :  30 Oktober 2018
  • Applikasi Permohonan Online : Sila klik SPUPIM

Permohonan Sesi Julai 2018 Online

1. Permohonan UPIM Online (Lepasan SPM dan IKM/ILKA)

  • Link applikasi permohonan : http://apponline.mara.gov.my/spupim
  • Tarikh Permohonan : Mac 2018

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan ini, sila rujuk Portal Rasmi TVET MARA KKTM & IKM di http://www.tvetmara.edu.my/ atau di FB Jom Daftar e-Kemahiran MARA.

Syarat Am Kelayakan Permohonan IPMa

Program Sijil

  • i.Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM). Bagi SPM 2013 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
  • ii.Bumiputera
  • iii.Warganegara Malaysia
  • iv.Berumur 18 hingga 40 tahun
  • v.Sihat tubuh badan
  • vi.Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)

Program Diploma

  • i.Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM) Atau LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA ≥ 2 (Permohonan lepasan IKM hanya memerlukan kepujian Bahasa Malaysia sahaja di peringkat SPM). Bagi SPM 2013 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
  • ii.Bumiputera
  • iii.Warganegara Malaysia
  • iv.Berumur 18 hingga 40 tahun
  • v.Sihat tubuh badan
  • vi.Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Unit Pengambilan Pelajar,
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur
Telefon: 03-26134611/4612/4618/4605
Fax: 03-26914510

Pemohon juga boleh menghubungi nombor berikut untuk maklumat lebih lanjut:-

  • KPM : 03-261 34087, 03-261 34075/ 34076/ 34077
  • UniKL : 03-2175 4031 / 03-2175 4033 / 4027
  • GMI : 03-8921 9047 / 9288
  • KKTM : 03-261 34605/ 34612
  • KPTM : 03-9281 0762 / 9285 6033

Selamat memohon buat pelajar yang berminat dan layak ke Permohonan KKTM IKM MJII 2019 Online. Diucapkan semoga anda berjaya.