Permohonan IPG 2019 Online Institut Pendidikan Guru PISMP

Panduan terkini dikemaskini pada 24 September 2019 jam 11:46 PM

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2019 (PISMP) – Permohonan Guru IPG Online. Anda seorang pelajar lepasan SPM dan berminat untuk menjadi guru atau cikgu dengan memasuki Institut Pendidikan Guru/ IPG (dahulunya Maktab Perguruan)? Permohonan kemasukan ke IPG online (Ijazah Sarjana Muda Perguruan) sesi Jun/ Julai 2019 akan dibuka dari 19 Mac hingga 25 Mac 2019.

Bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang berminat dan berkelayakan, jangan lepaskan peluang ini dan segeralah membuat permohonan secara atas talian/ online.

permohonan ipg

Permohonan PISMP 2019 Online Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPG)

Perhatian buat lepasan SPM yang berkelayakan, permohonan Calon Guru PISMP 2019 (Ijazah Sarjana Muda Perguruan) akan di buka seperti ketetapan berikut :

  • Tarikh Buka : 19 Mac 2019
  • Tutup Permohonan : 25 Mac 2019 (1159 malam)

Maklumat Permohonan Dan Semakan Keputusan IPG 2019

Sebagai rujukan berikut adalah tarikh penting permohonan IPG 2019 untuk panduan (Akan dikemaskini dari masa kesemasa).

  • Tahun 2019 : Permohonan online dari 19 Mac sehingga 25 Mac 2019
  • Semakan keputusan IPG 2019 online : UKCG, Panggilan temuduga sila rujuk di PISMP 2019

Pengumuman akan dibuat di Portal Rasmi KPM di bahagian pemberitahuan atau applikasi berkala.

Cara Memohon PISMP 2019 Online

Permohonan Kursus Maktab Perguruan PISMP 2019 boleh dibuat secara online dengan
mengakses applikasi permohonan IPG di bawah ini :-

Kursus Yang Ditawarkan

  1. PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) DENGAN KEPUJIAN
  2. PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) DENGAN KEPUJIAN BAGI CALON LALUAN KHAS LULUSAN UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE (UEC) DAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) ATAU SIJIL MENENGAH UGAMA (SMU)
  3. PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) DENGAN KEPUJIAN BAGI CALON LALUAN KHAS MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)

Berikut adalah maklumat penting mengenai permohonan IPG 2019 yang mengandungi informasi tentang program yang ditawarkan, syarat dan kelayakan khusus serta bidang pengkhususan yang ditawarkan.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2019

  1. Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
  2. Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  3. Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  4. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

Syarat Dan Kelayakan Asas

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2019 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1999.
  • Sihat tubuh badan.
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang. Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
  • i. Bahasa Melayu; dan
  • ii. Sejarah
  • iii. Bahasa Inggeris.
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online).
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

Bidang Pengajian PISMP Yang Ditawarkan

    • 1 BAHASA IBAN (SK)
      2 PENGAJIAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL) (SK)
      3 BAHASA KADAZAN DUSUN (SK)
      4 BAHASA MELAYU (SK)
      5 PENDIDIKAN ISLAM (SK/SJKC/SJKT)
      6 PENDIDIKAN JASMANI (SK)
      7 SEJARAH (SK)
      8 PENDIDIKAN SENI VISUAL (SK)
      9 BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SK)
      10 PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SK)
      11 PENDIDIKAN KHAS (SK)
      12 BAHASA CINA (SJKC)
      13 PENGAJIAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL) (SJKC)
      14 BAHASA MELAYU (SJKC)
      15 MATEMATIK (SJKC)
      16 SAINS (SJKC)
      17 PENDIDIKAN JASMANI (SJKC)
      18 SEJARAH (SJKC)
      19 PENDIDIKAN SENI VISUAL (SJKC)
      20 BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SJKC)
      21 PENDIDIKAN MUZIK (SJKC)
      22 PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SJKC)
      23 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SJKC)
      24 PENGAJIAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL) (SJKT)
      25 BAHASA MELAYU (SJKT)
      26 BAHASA TAMIL (SJKT)
      27 MATEMATIK (SJKT)
      28 SAINS (SJKT)
      29 PENDIDIKAN JASMANI (SJKT)
      30 SEJARAH (SJKT)
      31 PENDIDIKAN SENI VISUAL (SJKT)
      32 BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SJKT)
      33 PENDIDIKAN MUZIK (SJKT)
      34 PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SJKT)
      35 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SJKT)
      36 BAHASA CINA (SJKC) – LULUSAN UEC
      37 PENDIDIKAN ISLAM (SK) – LULUSAN SMA/SMU
      38 PPC – BAHASA ARAB – JORDAN
      39 PROGRAM KEMBAR – BAHASA PERANCIS

Calon Tidak Layak Memohon

Senarai calon yang tidak layak memohon adalah seperti berikut :-

  1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Maklumat Penting Permohonan

Berikut adalah maklumat penting tentang permohonan IPG 2019. Sila pastikan anda membaca dan merujuk kepada arahan sebelum memohon :-

  • Manual Permohonan dalam PDF, sila klik FAQ

* Peringatan kepada calon :

  1. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga
  2. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  3. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.
  4. Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima no rujukan.
  5. Pemohon hendaklah menyimpan no rujukan untuk tujuan semakan permohonan.
  6. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

* Maklumat penting lain sila rujuk di Maklumat PISMP

Tarikh Penting Permohonan PISMP 2019 Online

Berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi Permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) Ambilan 2019.

Sebagai panduan dan rujukan, berikut Kalendar aktiviti penuh Permohonan Guru IPG 2019 yang juga boleh di rujuk di Kalendar Aktiviti IPG.

  • Mac 2019 – Iklan permohonan PISMP Ambilan Jun 2018 dalam akhbar tempatan
  • 19 Mac hingga 25 Mac 2019 – Permohonan secara online di buka
  • 25 Mac 2019 (11.59 malam) – Permohonan ditutup (pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup)
  • 2 – 8 April 2019 – Semakan nama calon berjaya untuk menduduki UKCG
  • 16 – 24 April 2019- Semakan nama yang berjaya di temuduga secara dalam talian dan Ujian Kelayakan Fizikal (UKF). (Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang butiran Diri di laman sesawang KPM)
  • 22 – 30 April 2019 – Pelaksanaan Sesi temuduga. (Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, borang butiran Diri yang telah dilengkapkan dan Sijil Akakdemik/Kokurikulum)
  • 29 Mei – 17 Jun 2019 – Semakan tawaran calon yang berjaya ke IPG 2019. Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM manakala Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri.
  • 17 Jun 2019 – Pendaftaran calon di IPG. (Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Mengikuti Pengajian di IPG yang ditetapkan selepas pendaftaran)

Cara Hubungi IPG

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)

No. Telefon : 03-8312 6666/ 03-8312 6720/ 6678/ 6768/ 6693/ 6733/ 6731/ 6689/ 6760/ 6758/ 6769

emel : uppp.ipgm@gmail.com | uppp@ipgm.edu.my

iklan pismp 2019

Syarat Kelayakan Akademik Menjadi Guru

Berikut dikongsikan informasi bagaimana hendak menjadi guru atau cikgu. Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Awam adalah untuk menyediakan guru sekolah menengah/ SMK manakala program di IPGM (dahulunya Maktab Perguruan) adalah untuk sekolah rendah (sekolah kebangsaan/ SK)

  1. Lepasan Matrikulasi/ STPM/ Diploma – Mohon Universiti Awam (UA) Kursus Ijazah Pendidikan
  2. Mohon ke IPG untuk mendapatkan Ijazah

A) Guru Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

  1. Memohon Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (khusus dalam bidang tertentu) di UA. Permohonan melalui UPU online
  2. Diploma Pendidikan/ KPLI untuk lepasan Ijazah Sarjana Muda kini tidak
    lagi ditawarkan di sebabkan telah ada program Ijazah Sarjana Muda
    Pendidikan di atas.

B) Guru Sekolah Kebangsaan (SK)/ Sekolah Rendah

Memohon program pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG)

  1. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama setahun
  2. Jika lulus PPISMP, anda layak ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama 4 tahun
  3. Jika anda mempunyai Ijazah Lulusan Luar Negara, pelajar boleh menyambung pengajian di PISMP tahun ke 4

Kepada yang berminat sila bookmark page ini Permohonan IPG Institut Pendidikan Guru PPISMP 2019 Online. Tarikh rasmi permohonan di buka akan dikemaskini dari masa kesemasa. Semoga anda semua berjaya dalam permohonan IPG 2019 ini nanti.