Permohonan Maktab Tentera DiRaja 2019-2020 MTD Online

Panduan terkini dikemaskini pada 12 Oktober 2018 jam 08:26 AM

Permohonan Maktab Tentera DiRaja 2019-2020 MTD Online
Rate this post

Bagaimana cara memohon kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja secara online? Untuk perhatian pelajar Tingkatan 3, permohonan Kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja Tingkatan 4 Sesi 2019-2020 kini di buka untuk pelajar PT3 tahun 2018 dari bulan Julai 2018.

Permohonan kemasukan adalah untuk ke Tingkatan 4 dengan syarat kelayakan akademik adalah mendapat 7A dalam peperiksaan PT3.

Permohonan Maktab Tentera DiRaja

Permohonan MTD 2019-2020 Secara Online

Berikut dikongsikan panduan dan maklumat penting dalam membuat permohonan kemasukan Putera 2019 Maktab Tentera DiRaja online :-

  • Permohonan kemasukan adalah melalui pengisian borang permohonan secara atas talian (online) melalui laman web www.rmc.edu.my
  • Permohonan dibuka untuk pelajar – pelajar lelaki warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 2018
  • Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Pemilihan MTD di talian telefonĀ 03-89465562/5565 dari Isnin-Jumaat (8.15pagi hingga 5.00 petang)

Syarat Permohonan MTD 2019-2020

Syarat-syarat kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja Tingkatan 4 tahun 2019 adalah seperti berikut:-

Kelayakan Akademik Dan Dizikal/ Kesihatan Permohonan MTD

  • Warganegara – Malaysia
  • Jantina – Lelaki
  • Keputusan PT3 2018 (tahun semasa) : Sekurang-kurangnya 7A (termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains)
  • Tinggi Minimum – 152 cm
  • Berat Minimum – 40.5 kg
  • Body Mass Index (BMI) – 18 hingga 27
  • Ukuran Dada – 74 cm (biasa) dan 79 cm (tarik nafas)
  • Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna (jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12)
  • Kesihatan – Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti
  • *Keutamaan – Diberi kepada calon yang aktif dalam sukan, kelab, persatuan, pasukan beruniform dan muzik

Panggilan Menghadiri Ujian Pemilihan Dan Temuduga Awal

  • ^ Maklumat tahun lepas 2017

Senarai calon yang layak dipanggil menghadiri Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal akan disiarkan menerusi Facebook rasmi MTD (Maktab Tentera DiRaja) dan Laman Web Rasmi MTD seminggu (7 hari) selepas tarikh tutup permohonan.

  • Tambang, kos perjalanan bagi menghadiri Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal adalah atas tanggungan calon-calon, manakala kerperluan penginapan dan sajian akan disediakan oleh pihak MTD

Semakan Tawaran Kemasukan Ke MTD

Calon-calon yang Lulus Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal dikira berjaya apabila memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam peperiksaan sebenar PT3 2018 serta lulus Ujian Kepimpinan dan Temuduga Akhir oleh Lembaga Panel Pengambilan MTD.

  • Surat tawaran kemasukan (BERJAYA/ GAGAL) akan dimaklumkan kepada calon-calon selepas Temuduga Akhir dan akan disiarkan di Laman Facebook Rasmi MTD dan Laman Web rasmi MTD dijangka pada penghujung bulan Disember 2018

Yuran Pengajian Dan Elaun MTD

Sepanjang tempoh pengajian, pelajar tidak dikenakan sebarang bayaran (kecuali yuran PIBG, yuran kecemerlangan akademik, insuran Putera dan kebajikan). Semua kemudahan yang disediakan adalah diberi secara percuma yang meliputi sajian, penginapan, buku teks, buku kerja, buku tulis dan alat tulis serta uniform. Selain itu, pelajar juga akan diberikan elaun wang saku sebanyak RM100.00 pada tiap-tiap bulan

Selamat membuat permohonan Maktab Tentera DiRaja 2019 MTD Online kepada pelajar PT3 2018. Diucapkan semoga anda berjaya dalam permohonan kemasukan Putera MTD nanti.