Permohonan MRSM Tingkatan 4 2019 Online

Panduan terkini dikemaskini pada 24 Mei 2019 jam 12:24 PM

Bagaimana nak memohon ke MRSM 2019 buat pelajar PT3? Permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM 2019, Maktab Rendah Sains MARA (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) akan di buka mulai 9 September 2018 sehingga 30 November 2018. Pemohon adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi MARA untuk mendapatkan maklumat terkini permohonan.

MARA mempelawa pelajar TlNGKATAN TIGA 2018 yang berminat dan cemerlang dalam sahsiah diri dan akademik untuk kemasukan ke MRSM tingkatan 4 tahun 2019. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar. Calon adalah dinasihatkan untuk membuat permohonan awal tanpa menunggu keputusan UPSR diumumkan.

  • Permohonan ke SBP 2019 Tingkatan 1 dan 4 boleh klik di SBP 2019
  • Permohonan MRSM 2019 Tingkatan 1 – Klik MRSM Form 1

Permohonan MRSM Tingkatan 4 online

Cara Membuat Permohonan MRSM Tingkatan 4 2019 Online

MRSM menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti. Berikut dikongsikan maklumat permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2019 secara online.

Pemohon hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah:

  1. Memiliki sikap diri yang positif
  2. Memiliki pencapaian akademik yang cemerlang.
    • Syarat tahun sebelumnya adalah memperoleh keputusan minimum 6A 4B (Semenanjung Malaysia) dan 5A SB (Sabah & Sarawak) dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (P13) tahun 2018 (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian).
    • Pemohon perlu memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.
  3. Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan.
  4. Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA.

Program Yang Ditawarkan MRSM Tingkatan 4

Terdapat tiga program yang berteraskan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) dilaksanakan di MRSM:

i. MRSM Program Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM Premier)

Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM.

ii. MRSM Program Khas Pendidikan (MRSM PKP)

MRSM PKP memberi ruang serta peluang untuk pelajar-pelajar yang berpencapaian akademik tinggi bagi membangunkan dan mengembangkan potensi diri mereka hingga mampu menunjukkan ciri-ciri perlakuan bestari (gifted). Ciri-ciri bestari ini dipamerkan melalui interaksi tiga dimensi perlakuan iaitu berkebolehan tinggi (above average) dalam bidang am atau spesifik (termasuk bidang akademik), komitmen dan kreativiti yang tinggi untuk meyempurnakan sesuatu tugasan yang bermakna kepada masyarakat.

iii. MRSM Program SPMRSM Sains Keusahawanan

SPMRSM Sains Keusahawanan menerapkan elemen keusahawanan melalui mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas.

A. SYARAT-SYARAT MEMOHON SECARA ONLINE

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia
  3. Calon menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun 2018 yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometerik (PPsi)
  4. Pemohon perlu mengisi borang permohonan online
  5. Calon sihat tubuh badan, bebas daripada masalah mental, penyakit kronik sepert masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan – epilepsy dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan, membataskan serta menyukarkan pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum
  6. Pelajar kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain
  7. Calon mestilah berminat belajar di MRSM

B. CARA MEMOHON KATA LALUAN

Pemohon baru perlu mendapatkan kata laluan permohonan secara atas talian (online) melalui laman web seperti berikut:

Permohonan kata laluan adalah percuma. Tempoh permohonan kata laluan dibuka mulai 9 September hingga 30 November 2018.

C. MENGISI BORANG PERMOHONAN ONLINE

Selepas mendapat kata laluan, pemohon mestilah mengisi borang permohonan online me|a|ui laman web:

Pemohon perlu mengisi nombor telefon bimbit dan emel yang boleh dihubungi untuk memudahkan penyaluran maklumat permohonan.

Pemohon perlu memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program semasa mengisi borang permohonan online.

Pemohon perlu mengisi semua maklumat di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online dan dicetak.

D. ONLINE SELF-ASSESSMENT (OLSA)

Pemohon perlu menjawab OLSA bagi mata pelajaran Keperibadian dalam tempoh yang ditetapkan di pautan (link) yang akan diberikan dalam cetakan borang permohonan.

Tempoh mengisi borang permohonan online dan menjawab OLSA ialah mulai – September hingga – Oktober 2018.

E. MAKLUMAT TAMBAHAN

Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak dihantar secara online tidak akan dipertimbangkan.

Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga – April 2019, permohonan dianggap tidak berjaya. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.

Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh lntegrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan ditawarkan ke MRSM. Keputusan Jawatankuasa Pengambilan PelajarMRSM adalah muktamad.

* Maklumat Dan Panduan Kemasukan :

Pemohon dinasihatkan untuk merujuk kepada iklan dan syarat permohonan dalam PDF di bawah ini :-

[Iklan Permohonan Tingkatan 4 MRSM]

Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 4 2019

  1. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM jangkaan pada bulan Februari 2019.  Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga – April 2019, permohonan dianggap tidak berjaya
  2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak lengkap seperti tidak menghantar borang permohonan secara online tidak akan dipertimbangkan

Rayuan MRSM 2019 (Akan dikemaskini)

  1. Pemohon yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang mengemukakan rayuan secara online (tertakluk kepada markah ketika menduduki UKKM).
  2. Jika gagal ketika UKKM, pemohon tidak dibenarkan merayu (tiada butang rayuan ketika semakan dibuat).
  3. Begitulah seterusnya proses permohonan rayuan sehingga semua tempat pelajar MRSM telah dipenuhi

Selamat membuat Permohonan MRSM Tingkatan 4 2019 Online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan Empat Maktab Rendah Sains MARA ambilan 2019.