Permohonan PLKPK Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan

Panduan terkini dikemaskini pada 23 Oktober 2018 jam 12:17 PM

Perhatian buat pelajar lepasan SPM/ SPMV SKM. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menawarkan kemasukan ke Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) untuk peringkat pengajian Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Pengambilan adalah untuk kemasukan Januari 2019. Pengambilan seterusnya adalah pada sesi Julai 2019.

Permohonan adalah percuma dan hendaklah dibuat secara atas talian / online di Portal Rasmi MOA bermula dari 15 Oktober 2018 sehingga 25 November 2018.

permohonan plkpk

Permohonan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) Online

Berikut dikongsikan panduan cara membuat Permohonan online PLKPK Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan meliputi pautan borang permohonan, bidang yang ditawarkan dan syarat kelayakan memohon.

Syarat Kelayakan Permohonan PLKPK

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus SPM dan setaraf
    • Memiliki SPM/SPMV bagi semua bidang (kecuali untuk bidang Pemasaran – (Agriculture & Agrobased Product Sales And Marketing) – Sijil Wakil Pemasaran perlu memiliki SPM/SPMV serta kepujian Bahasa Malaysia, lulus Bahasa Inggeris dan Matematik)
  3. Sihat tubuh badan
  4. Berumur 18 hingga 25 tahun pada tarikh pendaftaran
  5. Sihat tubuh badan
  6. Belajar sepenuh masa

Bidang Pertanian Ditawarkan

Berikut adalah senarai 9 bidang pertanian yang ditawarkan :-

  1. Tanaman
  2. Teknologi Perikanan Tangkapan
  3. Ternakan (Ruminan)
  4. Ternakan (Poltri)
  5. Pengeluaran Padi
  6. Pemasaran
  7. Pemprosesan Makanan
  8. Akuakultur Air Tawar
  9. Akuakultur Marin

Senarai Pusat Latihan Pertanian

Berikut adalah 15 lokasi Pusat Latihan Pertanian pengajian di Semenanjung dan Sarawak

  1. Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah
  2. Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sitiawan, Perak
  3. Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang
  4. Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor
  5. Institut Pertanian Titi Gantong, Perak
  6. Institut Pertanian Bumbung Lima, Pulau Pinang
  7. Institut Pertanian Serdang, Selangor
  8. Institut Pertanian Sarawak, Kuching
  9. Institut Veterinar Malaysia, Kluang, Johor
  10. Institut Teknologi Unggas, Masjid Tanah, Melaka
  11. Institut Latihan FAMA, Kota Bharu, Kelantan
  12. Pusat Latihan MARDI, Serdang, Selangor
  13. MADA Rice Training Centre, Alor Setar, Kedah
  14. Akademi Perikanan Malaysia, Chendering, Terengganu

Faedah/ Kemudahan

Program PLKPK adalah :-

  1. Diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran
  2. Yuran pengajian PERCUMA
    • Bayaran Pendaftaran RM330
  3. Penginapan asrama dan makan disediakan
  4. Elaun bulanan sebanyak RM200 hingga RM300

Tarikh Penting Permohonan PLKPK

Berikut adalah tarikh penting iaitu tarikh buka dan tutup permohonan PLKPK :-

Sesi Januari 2019

  • 15 Oktober 2018 : Tarikh Buka
  • 25 November 2018 : Tarikh Tutup

Pautan Borang Online Permohonan PLKPK

Pemilihan Pusat Temuduga:

Keputusan akhir pemilihan pusat temuduga adalah tertakluk kepada kekosongan dan keputusan pihak Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP), MOA

Panduan Semasa Membuat Permohonan:

  • Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam borang permohonan anda
  • Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*)
  • Pastikan anda membuat semakan dengan teliti borang permohonan anda
  • Pastikan anda menekan butang (Hantar) bagi menghantar borang permohonan
  • KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu (Kemaskini boleh dilakukan 3 kali sahaja)
  • Pastikan anda menyimpan No. Kemaskini untuk membuat kemaskini seterusnya

Semakan Keputusan PLKPK Online

Tarikh semakan keputusan untuk mengikuti kursus kemahiran tajaan Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP) akan dibuka antara 10-12-2018 sehingga 21-12-2018.

Selamat membuat Permohonan PLKPK Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan. Moga permohonan andan berjaya.