Permohonan Program Dermasiswa B40 JPA 2016 Online

Panduan terkini dikemaskini pada 12 Oktober 2019 jam 09:53 PM

Permohonan Program Dermasiswa B40 JPA 2016 Online. Satu program penajaan baru JPA berbentuk biasiswa iaitu Program Dermasiswa B40 akan dilaksanakan pada tahun 2016. Ianya adalah sebahagian daripada model baru penajaan pendidikan JPA 2016 yang telah diumumkan pada 5 April 2016 yang lalu.

b40

Permohonan Program Dermasiswa B40 JPA Online

Dikongsikan dari Portal Rasmi e-Sila, permohonan Program Dermasiswa B40 tahun 2016 akan dibuka secara online bermula dari 23 Mei 2016.

  • Tarikh buka permohonan : 23 Mei sehingga 30 Mei 2016
  • Permohonan Online : Rujuk di
    http://esilaV2.jpa.gov.my

Syarat Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat
permohonan biasiswa Program Dermasiswa B40 JPA buat panduan kepada pemohon :-

  1. Warganegara Malaysia,
  2. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit- penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya;
  3. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2015;
  4. Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
  5. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama;
  6. Jumlah pendapatan bulanan isi rumah ibu bapa/penjaga adalah RM6,540 ke bawah; dan
  7. Memenuhi syarat akademik yang ditetapkan (akan dimaklumkan semasa permohonan dibuka).

Program Tajaan

Sebanyak 1,000 tempat akan diperuntukkan bagi penajaan pelajar di bawah program-program berikut:

A. Program Diploma Institusi Pengajian Tinggi Awam

Program
Diploma Institusi Pengajian Tinggi Awam merupakan penajaan kepada
pelajar daripada keluarga dalam golongan B40 yang telah berjaya mendapat
tawaran kemasukan ke Universiti Awam atau Politeknik bagi mengikuti
pengajian peringkat Diploma.

  • Sebanyak 700 tempat penajaan diperuntukkan
    di bawah program ini.

B. Program Diploma UNITEN & MMU

Program
Diploma UNITEN & MMU merupakan penajaan kepada pelajar daripada
keluarga dalam golongan B40 yang layak untuk mengikuti pengajian
peringkat Diploma samada di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) atau
Multimedia University (MMU). Bidang pengajian yang ditaja adalah
kejuruteraan, teknologi maklumat, perakaunan dan pentadbiran perniagaan.

  • Sebanyak 200 tempat penajaan diperuntukkan di bawah program ini.

C. Program Sijil Profesional (PSP)

Program
Sijil Profesional (PSP) adalah penajaan kepada pelajar daripada
keluarga dalam golongan B40 yang layak untuk mengikuti pengajian
peringkat Sijil Profesional dalam bidang kejuruteraan dan perakaunan.
Pelajar yang dipilih akan ditempatkan di Universiti Kuala Lumpur bagi
Program sijil Profesional dalam bidang kejuruteraan, dan Kolej Poly-Tech
MARA bagi pengajian Certified Accounting Technician (CAT).

  • Sebanyak
    100 tempat penajaan diperuntukkan di bawah program ini.

Apa Itu Program Dermasiswa B40 2016?

Program Dermasiswa B40 adalah program penajaan JPA kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2015 yang berada daripada keluarga dalam golongan B40 untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Sijil Profesional di Institusi Pengajian Tinggi yang dikenalpasti.

Golongan B40 adalah terma yang digunapakai oleh Kerajaan bagi kumpulan isi rumah di Malaysia yang berpendapatan 40% terendah.

Objektif Program Dermasiswa B40 adalah untuk membantu pelajar daripada keluarga dalam golongan B40 mengikuti pengajian dalam bidang TVET dan profesional yang mempunyai prospek tinggi kepada industri.

Sehubungan itu, penajaan akan menjurus kepada bidang teknikal dan vokasional selaras dengan usaha Kerajaan membangunkan bakat yang mempunyai kemahiran tinggi bagi menampung keperluan pekerja mahir dalam pasaran kerja.

Kepada pemohon yang berminat, anda dinasihatkan untuk merujuk kepada Portal Rasmi e-Sila untuk pengumuman dan tarikh terkini Permohonan Program Dermasiswa B40 JPA 2016 Online.

Sumber : e-sila PDF