Panduan terkini dikemaskini pada

Permohonan Program Diploma PPUM 2024 Online

Permohonan PPUM 2024 Online Program Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaya. Anda seorang lepasan SPM yang berminat serta layak dan ingin menceburi bidang kejururawatan dan perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)?

Dikongsikan dari Portal Rasmi Pusat Perubatan Universiti Malaya,  permohonan kemasukan ke program Diploma Kejururawatan dan Diploma Radiografi serta Diploma Teknologi Makmal Perubatan akan dibuka mulai 11 Mac hingga 16 Jun 2024. Maklumat semakan keputusan temuduga dan tawaran PPUM juga dikongsikan di bawah ini buat rujukan pemohon.

permohonan diploma ppum

Permohonan Diploma PPUM 2024 Online (Pusat Perubatan Universiti Malaya)

Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan PPUM 2024 secara online yang dikongsikan dari iklan di akhbar utama tempatan.

  • Tarikh Buka : 11 Mac 2024
  • Tarikh Tutup : 16 Jun 2024
  • Tarikh Pendaftaran : 1 September 2024

Program Diploma Yang Ditawarkan Di PPUM

Program diploma yang ditawarkan untuk sesi kemasukan 2024 adalah seperti berikut :-

  1. Diploma Kejururawatan
  2. Diploma Radiografi
  3. Diploma Teknologi Makmal Perubatan

Tempat Pengajian : Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Fakulti Perubatan Universiti Malaya

Syarat-Syarat Am Permohonan Diploma PPUM 2024

Sebelum memohon, sila pastikan anda terlebih melepasi syarat kelayakan asas seperti berikut :-

  • Warganegara Malaysia
  • Umur : Berumur 18 hingga 25 tahun
  • Jantina : Lelaki dan Perempuan
  • Taraf Perkahwinan : Bujang
  • Tempoh Program : 3 Tahun (Sepenuh Masa)

Syarat Kelayakan Akademik

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan mendapat :-

  • (a) Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah, SERTA
  • (b) Bagi Program Diploma Kejururawatan – memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran dan salah satu mata pelajaran adalah Sains Teras atau Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Biologi)
  • (c) Bagi Program Diploma Radiografi – memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Fizik dan Biologi)
  • (d) Bagi Program Teknologi Makmal Perubatan – memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Kimia dan Biologi)

Taraf Kesihatan : Sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk mengikuti latihan.

Penajaan

Pada tahun sebelumnya, calon-calon yang terpilih mengikuti pengajian Diploma Kejururawatan akan ditaja oleh Pusat Perubatan Unversiti Malaya. Namun sejak tahun 2019, calon Diploma Kejururawatan serta calon Diploma Radiografi dan Diploma Teknologi Makmal Perubatan perlu memohon pinjaman/pembiayaan daripada badan-badan yang memberikan pinjaman pengajian seperti PTPTN.

Tiada lagi juga ikatan perjanjian sejak tahun 2019 dimana pada tahun sebelumnya, calon-calon yang berjaya menamatkan program Diploma Kejururawatan dikehendaki berkhidmat dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya selama 5 tahun.

Panduan Permohonan Program Diploma PPUM 2024 Online

Berikut adalah panduan ringkas dalam membuat permohonan PPUM tahun 2024 :-

  • 1. Permohonan hanya boleh dibuat secara online sahaja melalui http://spp.ummc.edu.my. Pemohon perlulah membeli ID PPUM yang boleh didapati di Bank Simpanan Nasional berharga RM10.00 untuk membuat permohonan (termasuk RM1.00 caj perkhidmatan Bank Simpanan Nasional). Pemohon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan baru atau salinan kad pengenalan baru pemohon untuk mendapatkan ID PPUM. Slip pembayaran hendaklah disimpan sebagai rujukan dan ID PPUM perlulah dirahsiakan.
  • 2. ID PPUM juga boleh digunakan untuk menyemak panggilan temu duga (Program 1 sahaja) melalui laman web PPUM
  • 3. Borang permohonan secara online perlu diisi dengan lengkap dan maklumat yang betul.

PERHATIAN : Hanya calon yang disenarai tapis sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.

Iklan Permohonan Program Diploma PPUM 2024 Online

Maklumat lanjut permohonan PPUM, sila rujuk iklan berikut :-

Iklan-Permohonan-Program-Diploma-PPUM-2024-Online

Semakan Keputusan Diploma PPUM Online

Semakan status permohonan kepada mereka yang berjaya disenarai pendek bagi sesi temuduga boleh disemak seperti tarikh dan kaedah berikut :-

  • akan dikemaskini (Temuduga program Diploma Kejururawatan sahaja)
  • Applilasi Semakan : Klik PPUM Online

Keputusan permohonan/ temuduga boleh disemak pada tarikh berikut :-

  • akan dikemaskini

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

  • Talian : 03 -2028 7047 / 03-2028 7071 / 03-2028 7077
  • Dari jam 08:00 pagi hingga 5:00 petang (Isnin – Jumaat KECUALI Hari Kelepasan Am).
  • atau E-mel : spp@ummc.edu.my

Selamat membuat Permohonan Program Diploma PPUM 2024 Online kepada mereka yang layak. Semoga anda berjaya dalam permohonan ini nanti.