Permohonan Program Diploma Tahfiz Al-Quran 2015 Online

Panduan terkini dikemaskini pada 19 Oktober 2018 jam 09:23 PM

Permohonan Program Diploma Tahfiz Al-Quran 2015 Online
Rate this post

Permohonan Program Diploma Tahfiz Al-Quran 2015 Online. Berita baik Pengambilan Pelajar Bagi Program Diploma Tahfiz Al-Quran Sesi 2015/2016 kini di buka sehingga tarikh tutup selepas 7 hari dari keputusan SPM 2014 dikeluarkan. Calon-calon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 4 Mei 2015 adalah tidak berjaya dalam permohonan.

Maklumat lanjut boleh layari Program Diploma Tahfiz Al-Quran

Permohonan Online Program Diploma Tahfiz Al-Quran 2015 Online – Klik SINI

Program Diploma Tahfiz Al-Quran

Kelayakan Masuk

Kelayakan asas untuk mengikuti program Diploma adalah seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia
b) Belum berkahwin
c) Berumur tidak melebihi 21 tahun
d) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan syarat minimum ‘Gred B’ dalam mata pelajaran :

i) Bahasa Melayu
ii) Pendidikan al-Quran an Sunnah atau Pendidikan Syariah
iii) Bahasa Arab
iiv) Lulus Bahasa Inggeris dan Sejarah, atau;
Kelulusan yang diiktiraf dan setaraf dengannya serta:
v) Lulus temuduga
DiplomaTahfizAl Quran

Sistem Pengajian
Pengajian Program Diploma Tahfiz al-Quran dijalankan mengikut sistem
semester iaitu selama 6 semester (3 tahun). Pelajar-pelajar yang
mengikuti program ini akan melalui tiga komponen kursus iaitu:

i) Kursus Teras Darul Quran – Kursus ini wajib diikuti oleh setiap pelajar bagi memenuhi keperluan pengajian Darul Quran.
ii) Kursus Umum Pengajian Islam – Kursus ini wajib diikuti oleh semua pelajar dan dikehendaki lulus untuk layak menerima Diploma
iii) Kursus Syukbah – Kursus
ini ditetapkan oleh Darul Quran. Pelajar dikehendaki mencapai tahap
kemahiran yang cukup dalam kursus yang ditawarkan iaitu :
a) Syukbah Qiraat
b) Syukbah Dakwah
c) Syukbah Syariah
d) Syukbah Hadith
e) Syukbah Muamalat

Semua program, peraturan serta pengurusan akademik yang dijalankan di
Darul Quran adalah dilaksanakan berdasarkan keputusan Lembaga Darul
Quran yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia.

Yuran Pengajian & Biasiswa
Yuran pengajian
tidak dikenakan. Biasiswa akan dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia untuk pelajar-pelajar Darul Quran yang memerlukan.

Prospek
Pemegang Diploma Tahfiz al-Quran Darul Quran layak
memasuki perkhidmatan awam atau swasta sebagai Penolong Pegawai Hal
Ehwal Islam, pendidik atau pendakwah atau imam dan lain-lain bidang yang
memerlukan tahap profesionalisme, wibawa serta personaliti diri yang
tinggi.

Kemudahan Pembelajaran 

 i. Kemudahan Asas – Dewan
kuliah, makmal komputer, makmal al-Quran, makmal bahasa, perpustakaan ,
surau, asrama lelaki dan perempuan, dewan makan, auditorium dan lain-
lain.
ii. Kemudahan Riadah – Padang permainan untuk sepak takraw, bola sepak, badminton, bola tampar, bola jaring, bola keranjang dan trek jogging.

Pengiktirafan
 Diploma Tahfiz al-Quran yang dikeluarkan oleh Darul
Quran diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan universiti dalam dan
luar Negara khususnya di Timur Tengah. Graduan dari Darul Quran
berpeluang mengikuti program ijazah pertama di pusat-pusat pengajian
tinggi antaranya :

  • Maahad Qiraat Al-Azhar Al Syariff, Mesir
  • Universiti Islam Negeri, Sultan Syarif Kassim, Pekan Baru, Riau, Sumatera, Indonesia
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia USIM)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI

Selamat membuat Permohonan Program Diploma Tahfiz Al-Quran 2015 Online.