Permohonan Program Sijil Kemahiran Malaysia Kolej Vokasional 2018 Online

Panduan terkini dikemaskini pada 24 September 2019 jam 08:19 AM

Permohonan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Kolej Vokasional Jun 2018. Berita baik seperti dipetik dari makluman rasmi Portal Rasmi KPM, Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2017 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah dipelawa untuk Program Sijil Kemahiran Malaysia di Kolej Vokasional terpilih.

Ianya bagi Ambilan Jun 2018 di Kolej Vokasional terpilih yang dikongsikan di bawah ini.

PermohonanProgramSijilKemahiranMalaysiaKolejVokasional

Permohonan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 2018 Online Di KV Terpilih

Program Sijil Kemahiran Malaysia di Kolej Vokasional adalah selama dua (2) tahun di Kolej Vokasional terpilih seperti berikut :-

permohonansijilkemahiran

 

Maklumat Dan Panduan Permohonan

Permohonan dibuka mulai 16 April hingga 18 Mei 2018. Borang permohonan boleh diperolehi di KV Kota Bharu, KV Pasir Gudang , KV Tanjung Piai dan KV Batu Pahat (bagi permohonan ke KV Tun Hussein Onn) berdasarkan kursus yang dipohon.

Syarat Umum Dan Syarat Khusus Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Di Kolej Vokasional (KV)

  1. Calon adalah Warganegara Malaysia;
  2. Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / SekolahBantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM;
  3. Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2017yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani,Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) sertaPentaksiran Tingkatan Tiga (PT3);
  4. Calon sihat tubuh badan ;
  5. Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarahpenyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan danmenyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali ;
  6. Calon bebas daripada masalah mental;
  7. Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira);
  8. Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA; dan
  9. Calon berminat dengan program dipohon

Dokumen Yang Diperlukan

Borang permohonan hendaklah diisi lengkap dan dikepilkan bersama-sama dengan dokumen yang telah disahkan seperti berikut :

  1. a. Salinan Kad Pengenalan calon
  2. b. Salinan Keputusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 2017 yang merangkumi :
  3. Pentaksiran Sekolah (PS)
  4. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
  5. Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  6. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus ke KV Kota Bharu, KV Pasir Gudang dan KV Tanjung Piai kecuali borang permohonan ke KV Tun Hussein Onn hendaklah dihantar ke KV Batu Pahat.
Calon yang berjaya ditawarkan akan dihubungi oleh KV berkaitan

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :

Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6, Blok E14, Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

(u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid
di talian 03-88845154 / 5088 /

5067 / 5089 / 5094)