Cara Buat Permohonan Rayuan Haji Musim

Panduan terkini dikemaskini pada 19 Oktober 2018 jam 09:23 PM

Cara Buat Permohonan Rayuan Haji Musim
Rate this post

Cara Buat Permohonan Rayuan Haji Musim 2015. Dipetik dari  FB Langsung dari Masjidil Haram & Masjid Nabawi, dimaklumkan yang permohonan Rayuan Haji Musim 1436H/2015M telah dibuka pada 18 Disember 2014 dan akan ditutup pada 20 April 2015 bersamaan 1 Rejab 1436H.

Untuk permohonan rayuan haji, sila kemukakan surat rayuan dalam format surat rasmi yang lengkap bertandatangan kepada:Bahagian Operasi Domestik,

Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.

Isi kandungan surat rayuan:
i. Nama penuh
ii. Nombor akaun TH
iii. Nombor MyKad
iv. Tujuan rayuan
v. Tandatangan
th2014
Bakal Haji juga boleh melampirkan dokumen berkaitan sebagai sokongan
kepada rayuan tersebut. Surat rasmi rayuan tersebut boleh dihantar ke
Tabung Haji Contact Center (THCC) melalui:

i. e-mel – th-info@lth.gov.my,
ii. faks 03-77284959, atau
iii. menghantar surat rayuan haji ke cawangan TH berhampiran.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03-62071919 – THCC