Permohonan Sekolah Kawalan 2019 SMKA SABK KRK Dan KAA Online

Panduan terkini dikemaskini pada 24 Mei 2019 jam 11:23 PM

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Kawalan 2019. Bilakah tarikh permohonan Sekolah Kawalan 2019? Permohonan kemasukan ke Sekolah Kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tingkatan 1 yang meliputi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Kelas Rancangan Khas (KRK) dan Kelas Aliran Agama (KAA) untuk sesi 2019 dijangka akan dibuka bermula bulan September 2018.

Jangkaan tarikh adalah berdasarkan kepada tarikh-tarikh permohonan tahun sebelumnya. Calon yang berminat adalah dinasihatkan untuk sentiasa melayari Portal Rasmi KPM untuk mendapatkan maklumat terkini permohonan.

Permohonan Sekolah Kawalan

Permohonan Sekolah Kawalan 2019 Kemasukan Ke SMKA SABK KRK Dan KAA Online

Bermula tahun 2018, ibu bapa atau penjaga perlu membuat permohonan melalui borang manual di sekolah rendah anak mereka. Pelajar adalah dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan guru kelas atau guru kaunseling untuk panduan permohonan. Untuk tahun sebelumnya, permohonan Sekolah Kawalan SMKA SABK KRK Dan KAA yang dibuka kepada pelajar Darjah/ Tahun 6 (UPSR) adalah secara Online dengan melayari laman web https://public.moe.gov.my/.

Sehubungan dengan ketiadaan permohonan secara atas talian, para ibu bapa atau penjaga perlu membuat permohonan untuk anak jagaan mereka (murid tahun 6) melalui borang manual di sekolah rendah anak / jagaan masing-masing. Atau borang permohonan ini akan diedarkan oleh pihak sekolah kepada murid-murid darjah 6 yang layak.

Pengisian borang permohonan Sekolah Kawalan 2019 boleh dibuat oleh ibu bapa atau penjaga sekitar bulan September. Tarikh borang permohonan dikeluarkan / diedarkan adalah bergantung kepada pengurusan sekolah anak masing-masing. Ibu bapa adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada pihak sekolah dalam mendaptkan maklumat selanjutnya.

Senarai Sekolah Kawalan

  1. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  3. Sekolah Kawalan/ Sekolah Rancangan Khas (SRK)/ Sekolah Elit/ Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN)
  4. Kelas Aliran Agama (KAA)
  5. Kelas Rancangan Khas (KRK)/ Rancangan Khas Daerah (RKD)/ Sekolah Premier
  6. Kelas Kawalan/ Kelas Premier

Pertanyaan berkaitan syarat dan permohonan ke Sekolah Kawalan boleh merujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri di negeri pemohon. Jika terdapat sebarang masalah, sila rujuk ke :-

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA
Unit ICT
No. Tel. : 03-88849443 & 03-88849458
E-mel :apdm.team@moe.gov.my

Selamat membuat permohonan Sekolah Kawalan 2019 SMKA SABK KRK Dan KAA . Moga permohonan anda berjaya.