Permohonan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu 2019 Online

Panduan terkini dikemaskini pada 12 Oktober 2018 jam 08:36 AM

Permohonan Online Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu 2019. Anda seorang pelajar UPSR yang berminat memasuki Sekolah Seni Malaysia pada tahun 2019? Berita baik seperti dipetik dari makluman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, Permohonan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2019 melalui e-SSeM boleh dibuat mulai 16 April 2018 sehingga 15 September 2018.

Sekolah Seni Malaysia

Sekolah Seni Malaysia adalah sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.

permohonan dan semakan keputusan sekolah seni malaysia

Permohonan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting permohonan Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2019 yang boleh di mohon secara online.

Tarikh Permohonan Dibuka

  • 16 April 2018 jam 1200 tengahari

Tarikh Tutup Permohonan

  • 15 September 2018

Syarat Permohonan

Berikut adalah syarat permohonan ke Sekolah Seni Malaysia 2019 :-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
  3. Sihat tubuh badan / Tidak cacat / Bukan dalam kalangan murid OKU
  4. Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses

Syarat Kemasukan

  1. Lulus semua mata pelajaran dalam UPSR sekurang-kurangnya 3B dalam UPSR
  2. Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat
  3. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
  4. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
  5. Mengemukakan rekod kesihatan murid
  6. Mengemukakan semua dokumen asal semasa temuduga
  7. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa temuduga

Sebarang pertanyaan dan masalah berkenaan Permohonan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu 2019 Online. Anda boleh hubungi Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Unit Pengurusan Sekolah Seni di talian 03-88721620 atau layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia .