Permohonan SM Imtiaz YT 2019 Tingkatan 1 Online

Panduan terkini dikemaskini pada 23 Mei 2019 jam 04:41 PM

Berita baik buat pelajar UPSR tahun 2018 yang berminat untuk memasuki Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu sesi kemasukan tahun 2019. Berikut dikongsikan maklumat permohonan SM Imtiaz YT tahun 2019 untuk kemasukan ke Tingkatan 1 (Form 1).

SM Imtiaz adalah sekolah elit yang menawarkan pendidikan yang selari dengan sistem pendidikan kebangsaan (bidang sains) yang dirangkumkan secara bersepadu dengan hafazan Al-Quran dan pendidikan agama. Ianya diuruskan oleh Bahagian Pengurusan IMTIAZ Yayasan Terengganu.

Permohonan SM Imtiaz

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 SM Imtiaz Yayasan Terengganu Ambilan Tahun 2019

Berikut adalah panduan dan maklumat penting berkaitan Permohonan SM Imtiaz YT tahun 2019 untuk kemasukan ke Tingkatan meliputi tarikh penting permohonan, aplikasi permohonan dan syarat kelayakan.

Senarai sekolah SM Imtiaz di Negeri Terengganu adalah seperti berikut :-

  • 1. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Besut
  • 2. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Berang
  • 3. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Terengganu
  • 4. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Nerus
  • 5. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Setiu
  • 6. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Marang
TARIKH PENTING PERMOHONAN SM IMTIAZ YT 2019 (TINGKATAN 1)
DibukaDitutup
29 November 2018
8 Disember 2018
Pemohon dikehendaki membuat permohonan secara melalui pautan URL berikut :-

Hanya calon yang berkelayakan dan memohon secara online sahaja akan di panggil ke temuduga

Maklumat Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu (SMIYT)
Sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan merupakan sekolah elit pertama di bawah Kerajaan Negeri Terengganu. Senarai SM Imtiaz adalah seperti berikut :-
Visi : Melahirkan Generasi Ulul Albab
Misi : Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik)
FALSAFAH IMTIAZ

I – Itqan (Kesungguhan)
M – Mahabbah (Kasih Sayang)
T – Taqwa (Taat kepada Allah)
I – Istiqamah (Berterusan)
A – Akhlak (Budi Pekerti)
Z – Za’amah (Kepimpinan)

PROGRAM ULUL ALBAB

  • Objektif utama pelaksanaan Program Ulul Albab adalah untuk melahirkan Generasi Ulul Albab yang bercirikan tiga komponen iaitu:
    • Quranik – Hafaz 30 juzuk Al-Quran serta memahami tuntutan Al-Quran berdasarkan konsep Baca, ingat, Faham Fikir, Amal, Sebar (BIFFAS). (Program Hafazan Al-Quran)
    • Ensiklopedik – Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, menjadi tempat rujukan serta menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa asing. (Kelas Bahasa Mandarin dan Bahasa Arab)
    • Ijtihadik – Berkeupayaan memberikan pandangan dalam penyelesaian umat, memaksimumkan keupayaan otak dan minda, berfikiran kreatif dan inovatif serta berteknologi tinggi. (Kelab Avionik, Solarik, Robotik).
SENARAI SEKOLAH

  • 1. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Besut
  • 2. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Berang
  • 3. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Terengganu
  • 4. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Nerus
  • 5. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Setiu
  • 6. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Marang

Syarat Kelayakan Permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2019

Calon perlu melepasi syarat kelayakan berikut sebelum memohon :-

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN :

  1. Mendapat minimum 4A 2B dalam UPSR 2018
  2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia rakyat Terengganu:
  3. ibu atau/dan bapa lahir di Terengganu; ATAU
  4. ibubapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.
  5. Lulus dalam sesi temuduga yang merangkumi ujian hafazan, personaliti dan jawi.
  6. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
  7. Bersetuju menerima SMIYT yang ditawarkan – penempatan pelajar berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh pengurusan Yayasan Terengganu.
  8. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan SMIYT yang berkaitan.

 

Tahun 2018 adalah seperti berikut :-

  1. Mendapat minimum 4A 2B dalam UPSR 2017
  2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia rakyat Terengganu:-
    • Ibu atau/dan bapa lahir di Terengganu; ATAU
    • Ibu bapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu
  3. Lulus dalam sesi temuduga yang merangkumi ujian hafazan, personaliti dan jawi
  4. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit
  5. Bersetuju menerima SMIYT yang ditawarkan : Penempatan pelajar berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh pengurusan Yayasan Terengganu
  6. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan SMIYT yang berkaitan

Semakan Keputusan Permohonan SM Imitiaz Terengganu 2019

Keputusan permohonan boleh disemak melalui pautan berikut :-

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

  • Imtiaz Yayasan Terengganu
    • Bangunan Yayasan, Jalan Sultan Ismail,
    • 20200 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
  • Tel:09-6221733 Fax:09-6232944
  • Laman Web : http://www.myimtiaz.com.my

Diucapkan selamat membuat permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2019 Tingkatan 1 secara online. Moga permohonan online anda berjaya.