Permohonan SMA MAIWP 2019 Dan SMISTA Tingkatan 1 Online

Panduan terkini dikemaskini pada 12 Oktober 2019 jam 09:52 PM

Permohonan Online SMA Dan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP Ambilan Tahun 2019. Berita baik buat pelajar UPSR 2018 terutama anak-anak Wilayah Persekutuan. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama (SMA) dan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP (SMISTA) 2019 akan dibuka secara online.

Tarikh permohonan secara online adalah dari 29 November 2018 hingga 5 Disember 2018. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan permohonan SMA dan SMISTA MAIWP sesi ambilan tahun 2019 untuk panduan para pemohon.

permohonan sma maiwp

Permohonan Kemasukan Ke SMA MAIWP Dan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) 2019 Online

Berikut dikongsikan panduan dan maklumat permohonan kemasukan ke SMA MAIWP dan SMISTA tahun 2019. Maklumat dikongsikan termasuk syarat permohonan, applikasi permohonan dan cara hubungi.

Syarat Am Permohonan

Sebelum memohon, sila pastikan anda adalah :-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pendaftaran dibuka bermula dari 29 November sehingga 5 Disember 2018
    • Tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada keputusan UPSR dan UPSRA diumumkan.
  3. Keutamaan diberikan kepada anak-anak Wilayah Persekutuan. Peruntukan 10% dibuka kepada anak-anak yang dilahirkan di luar Wilayah Persekutuan
  4. Minat dan mahir dalam Pengajian Al-Quran, Tilawah dan Hafazan

Syarat Kelayakan Akademik

Ambilan 2019 adalah seperti berikut :-

  1. Menduduki peperiksaan UPSR dan UPSRA atau yang setara dengannya
  2. Mencapai kelayakan minimum Pelaporan Penilaian Sekolah Rendah (PPSR)
  3. Lulus Ujian temuduga

Disamping itu, pemohon perlu menghadiri sesi temuduga dan dikehendaki lulus.

Cara Memohon

  • Applikasi Permohonan :
    • Klik MAIWP SMAM
  • Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun anaknya sendiri sebelum membuat permohonan ke Tingkatan 1
  • Menghantar borang yang telah lengkap diisi dan dikemaskini sebelum atau pada 5 Disember 2018
  • Menghadiri temuduga bagi yang layak
  • Hanya permohnan atas talian yang lengkap sahaja akan diproses
  • Pendaftaran Baru :  DAFTAR MASUK
  • Iklan Permohonan

Nota Permohonan

Ibu Bapa perlu mengemaskini keputusan UPSR dan UPSRA/PSRA/SETARAF selepas keputusan diumumkan. Butang penghantaran permohonan online hanya akan diaktifkan selepas keputusan UPSR diumumkan.

Semakan Keputusan SMA MAIWP 2019

Semakan panggilan temuduga, keputusan permohonan/ tawaran dan permohonan rayuan boleh dirujuk di

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

  • SMISTA -MAIWP
    D/A Masjid Saidina Othman Ibn Affan
    Jalan Budiman
    56000 Cheras
    Kuala Lumpur
    Tel : 03-9171 1005
    Faks : 03-9171 1499

atau

  • Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
    Sekolah Kluster Kecemerlangan
  • No tel : 03-9171 3661

Selamat membuat Permohonan SMA MAIWP dan SMISTA 2019 Tingkatan 1 Online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Menengah Agama dan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP untuk tahun 2019.