Permohonan SMA Terengganu 2019 Online

Panduan terkini dikemaskini pada 1 Disember 2018 jam 11:50 AM

Permohonan SMA Terengganu 2019 Online
Rate this post

Permohonan Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu 2019 Online. Berita baik buat pelajar UPSR 2018. Permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu (SMANT) dan Madrasah Moden MAIDAM kemasukan ke Tingkatan 1 kini dibuka. Permohonan boleh dibuat secara online bermula dari 30 November sehingga 4 Disember 2018. Kepada pelajar yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk memohon.

Permohonan Kemasukan Ke SMA Terengganu 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan SMA Terengganu 2019 secara online. Untuk makluman, borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan bimbingan ibu bapa/ penjaga.

Tarikh Permohonan

Permohonan kemasukan ke SMANT akan dibuka/ ditutup seperti tarikh berikut:-

  • 30 November 2018 jam 900 pagi : Tarikh Buka
  • 4 Disember 2018 jam 3.00 petang : Tarikh Tutup

Cara Buat Permohonan SMANT Secara Online

Sila layari applikasi permohonan di SMANT. Sila Pilih Kategori dan Klik Gambar Untuk Membuat Permohonan. Pemohon perlu merujuk kepada nota dan syarat kemasukan setiap sekolah dan kemudiannya Klik Applikasi permohonan SMA Online untuk memohon.

A. Sekolah Berasrama Penuh : Tingkatan 1 SMA(A)SZA

Syarat Kemasukan Ke SMA (A) Sultan Zainal Abidin

  1. Mendapat 3A 3B dalam peperiksaan UPSR 2018 (27 Unit tanpa C, D, E)
  2. Rakyat Terengganu
  3. Beragama Islam
  4. Lulus Sijil KAFA atau setaraf dengannya
  5. Umur tidak melebihi 13 tahun

B. Sekolah Bukan Berasrama Penuh (SMANT Harian)

syarat kemasukan smant

C. Madrasah Moden Maidam

Murid tahun enam (6) yang telah menduduki UPSR 2018 dan berminat dan layak boleh memohon. Syarat Kemasukan ke Madrasah Moden MAIDAM adalah seperti berikut :-

  • 1. Pemohon perlulah mendapat sekurang-kurangnya 23 unit dalam peperiksaan UPSR 2018 dan WAJIB lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Pemahaman dan Penulisan).
  • 2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia rakyat Terengganu iaitu :
  •    – Bapa lahir di Terengganu Darul Iman ATAU
  •    – Ibu bapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.
  • 3. Lulus Ujian KAFA atau setaraf dengannya.
  • 4. Lulus dalam sesi temuduga yang merangkumi ujian Al-Quran, personaliti dan jawi
  • 5. Bersetuju menerima ketiadaan PT3 dalam Madrasah Moden MAIDAM Negeri Terengganu (3MNT).
  • 6. Bersetuju menerima 3MNT yang ditawarkan – penempatan pelajar berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh pengurusan 3MNT.
  • 7. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan daripada 3MNT yang berkaitan.

Senarai Madrasah Moden MAIDAM Negeri Terengganu (3MNT) adalah seperti berikut :-

  • 1. Madrasah Moden MAIDAM Kuala Nerus (3MKN) untuk pelajar lelaki sahaja
  • 2. Madrasah Moden MAIDAM Besut (3MB) untuk lelaki dan perempuan
  • 3. Madrasah Moden MAIDAM Kuala Berang (3MKB) untuk pelajar perempuan sahaja (Tiada pemgambilan untuk tahun 2019)

Semakan Ujian Bertulis SMANT

Ujian Bertulis boleh disemak pada 7 Disember 2018 (Jumaat jam 900 pagi). Ujian akan diadakan pada tarikh seperti berikut :

  1. 11 Disember 2018 : Kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Terengganu
  2. 16 Disember 2018 : Kemasukan ke SMA(A) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu
  3. 16 Disember 2018 : Kemasukan ke Madrasah Moden MAIDAM Terengganu

Semakan Keputusan Tawaran

Pemohon boleh membuat semakan keputusan permohonan dan tawaran secara online pada 24 Disember 2018. Pendaftaran sekolah bagi tingkatan 1 tahun 2019 adalah seperti berikut :

  1. Sekolah Menengah Agama Terengganu pada 30 Disember 2018
  2. SMA(A) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 06 Januari 2019
  3. Madrasah Moden MAIDAM Terengganu pada30 Disember 2018

Untuk makluman, permohonan untuk pelajar PT3 2018 (kemasukan Tingkatan 4) dan kemasukan Tingkatan 6 juga melalui applikasi permohonan ini. Tarikh permohonan akan dikemaskini dari masa kesemasa. Sumber SMA online

Selamat membuat permohonan SMA Terengganu 2019 Online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan untuk pengajian ambilan tahun 2019.