Permohonan UiTM 2018-2019 Online Sesi Akademik 2

Panduan terkini dikemaskini pada 11 Oktober 2018 jam 08:40 AM

Permohonan UiTM 2018-2019 Online Sesi Akademik 2
Rate this post

Anda berminat menyambung pengajian tinggi anda di UiTM? Berita baik menerusi makluman yang dikongsikan dari Facebook Rasmi UPU, Permohonan UiTM 2018-2019 Online Sesi Akademik 2 akan dibuka bermula dari 1 Oktober sehingga 6 November 2018. Pengambilan UiTM ini melibatkan sesi kemasukan Februari 2019 untuk pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/ setaraf.

Permohonan adalah dibuka kepada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA  yang berkelayakan untuk mengikuti Program pengajian yang ditawarkan melibatkan lepasan STPM/ setaraf.

permohonan uitm online

Permohonan UiTM Ambilan Februari 2019 Online (Lepasan STPM/ Setaraf)

Untuk panduan pemohon, berikut dikongsikan maklumat penting Permohonan UiTM Sesi Akademik 2 2018/ 2019 Online. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh penting permohonan, syarat kemasukan, program yang ditawarkan dan link applikasi permohonan.

Permohonan kemasukan ke UiTM sesi akademik 2 2018/2019 untuk lepasan STPM/ setaraf akan dibuka seperti tarikh berikut :-

TARIKH PENTING PERMOHONAN UiTM AMBILAN KEDUA FEBRUARI 2019
DibukaDitutup
1 Oktober 2018
6 November 2018
Pemohon dikehendaki membuat permohonan melalui pautan URL berikut :-

Iklan permohonan akan disiarkan pada 30 September 2018

Pelajar/ pemohon adalah dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan program yang ingin di mohon di

Pemohon dikehendaki membeli No. Slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pembelian hendaklah dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/ Mesin ATM/ MyBSN/ SMSBanking.
Iklan Permohonan UiTM Februari 2019
iklan permohonan uitm ambilan kedua
Maklumat Semakan Keputusan UiTM Dan Tarikh Pendaftaran
Semakan keputusan permohonan boleh disemak pada 12 Februari 2019 (Tertakluk kepada perubahan)
Tarikh pendaftaran pelajar adalah pada 24 Februari 2019

Syarat Kemasukan Ke UiTM 

Pemohon mestilah :-

  1. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan
    Warganegara Malaysia dan Takrifan Melayu/ Anak Negeri Sabah/ Anak Negeri Sarawak/ Orang Asli mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia
  2. Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program yang dipohon
  3. Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
  4. Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT tidak dibenarkan memohon kecuali pelajar UiTM

Program Pengajian UiTM Yang Ditawarkan

Berikut adalah program pengajian yang ditawarkan untuk ambilan UiTM Februari 2019:-

  • Sarjana Muda – 133 program : Lepasan STPM/ Matrikulasi/ STAM/ Asasi UiTM & Asasi Sains UM/ Diploma UiTM/ KKB UiTM/ Diploma IPT lain
  • Penerapan – 133 program : Semester akhir Diploma UiTM/ KKB UiTM ke Sarjana Muda UiTM dan Semester akhir asasi Undang-Undang UiTM (PI005) ke Sarjana Muda UiTM
  • Profesional : 6 Program
    • Maklumat lanjut Program Pengajian Yang Ditawarkan, sila layari https://online.uitm.edu.my/

Maklumat Penting Permohonan UiTM

Semasa Mengisi Borang Permohonan, sila pastikan anda :-

  1. Mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam borang permohonan anda
  2. Mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*)
  3. Membuat semakan dengan teliti borang permohonan anda
  4. Menekan butang (Sah & Hantar) bagi menghantar borang permohonan
    Mencetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem

Selepas Membuat Permohonan, sila pastikan anda :-

  1. Membuat semakan semula Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN bagi memastikan anda telah BERJAYA mengemukakan permohonan.
  2. KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu.
  3. Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN sebagai bukti Permohonan.

IKLAN PERMOHONAN UiTM 2018-2019 SESI AKDEMIK 2

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada iklan kemasukan UiTM di pautan beriikut :-

Selamat membuat Permohonan UiTM 2018-2019 Online Sesi Akademik 2 dan semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Teknologi MARA dalam bidang pengajian yang dihajatkan.