Permohonan UMP Februari 2019 Online

Panduan terkini dikemaskini pada 23 Mei 2019 jam 05:07 PM

Peluang baik buat pelajar-pelajar lepasan Diploma/Setaraf yang yang ingin menyambung pengajin ke peringkat yang lebih tinggi. Permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda UMP Ambilan Februari 2019 akan dibuka pada bulan September 2018.

Selain UMP, beberapa Universiti Awam lain juga ada membuat pengambilan second intake untuk lepasan SPM/ SRPM serta setaraf bagi sesi pengajian 2018-2019 seperti UiTM, UPSI, UMK, UIAM, UUM dan UTM.

permohonan ump

Permohonan Kemasukan Ke UMP Februari 2019 Online

Universiti Malaysia Pahang (UMP) adalah sebuah universiti awam yang ditubuhkan pada tahun 2002. UMP ada menawarkan pelbagai program teknikal yang berteraskan Kejuruteraan dan Teknologi. Dalam bidang penyelidikan pula, UMP memberi tumpuan kepada penyelidikan gunaan dan projek-projek industri dengan industri setempat bagi memperkayakan pengajaran dan pembelajaran di samping mempromosikan aktiviti-aktiviti pengkomersilan produk penyelidikan.

Berikut dikongsikan maklumat penting tarikh dan applikasi permohonan kemasukan ke UMP (Universiti Malaysia Pahang) ambilan kedua Februari 2019.

  • Tarikh Permohonan : 24 September sehingga 10 Disember 2018 (Tarikh yang tepat akan dikemaskini)
  • Applikasi semakan atas talian : http://umpadvanced.ump.edu.my/

Syarat Kemasukan UMP Ambilan Februari 2019

Berikut adalah syarat am dan khas untuk permohonan UMP ambilan Februari 2019 :-

Syarat Am

  • Lepasan Diploma/ Matrikulasi/ Politeknik/ STPM/ STAM/ A-Level/ IB dan setaraf
  • Minnimum kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dan Lulus Sejarah pada peringkat SPM

Syarat Khas

  • Tertakluk kepada program pengajian

Program Pengajian UMP Yang Ditawarkan Pada Sesi Februari 2019

Berikut adalah senarai program pengajian Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan pada pengambilan kedua UMP Februari 2019. Permohonan kemasukan adalah terbuka untuk pelajar lepasan Diploma.

1. Fakulti Kejuruteraan Kimia Dan Sumber Asli

  • Kejuruteraan Kimia
  • Teknologi Kejuruteraan Kimia

2. Fakulti Kejuruteraan Awam Dan Sumber Alam

  • Kejuruteraan Awam

3. Fakulti Sains Komputer Dan Kejuruteraan Perisian

  • Sains Komputer (Kejuruteraan Perisisan)
  • Sains Komputer (Teknologi Grafik dan Multimedia)
  • Sains Komputer (Sistem Komputer dan Rangkaian)

4. Fakulti Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik

  • Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)
  • Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa)

5. Fakulti Sains Dan Teknologi Industri

  • Kimia Industri
  • Bioteknologi Industri
  • Teknologi Bahan

6. Fakulti Kejuruteraan Pembuatan

  • Kejuruteraan Pembuatan
  • Kejuruteraan Mekatronik

7. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)

8. Fakulti Pengurusan Industri

  • Pengurusan Projek
  • Pengurusan Teknologi Industri

Maklumat Lanjut

Kelebihan menyambung pengajian di UMP adalah hostel disediakan, sijil kompetensi pada akhir tahun pengajian dan percuma subjek pengukuhan.

Iklan permohonan boleh dirujuk seperti berikut.

iklan ump

Untuk Pertanyaan, sila hubungi :-

Selamat membuat Pemrohonan UMP ambilan Februari 2019 secara online. Moga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Malaysia Pahang untuk program pengajian Ijazah Sarjana Muda yang dihajati.