Permohonan Universiti Malaya (UM) Sesi 2016/ 2017

Panduan terkini dikemaskini pada 15 Oktober 2018 jam 04:40 PM

Borang Permohonan Kemasukan Ke Universiti Malaya (UM) Sesi 2016/ 2017 Secara Online. Berikut disertakan makluman terkini dan cara-cara membuat permohonan kemasukan ke Universiti Malaya (UM) untuk lepasan SPM dan STPM/ setaraf.

Permohonan Lepasan STPM/ Setaraf UM Semester 1

1. Dipetik dari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, memaklumkan yang permohonan kemasukan ke Universiti Malaya untuk pemohon lepasan STPM/setaraf sesi akademik 2016/ 2017 perlu dilakukan menerusi laman web rasmi UM di www.um.edu.my.

* Terkini : Permohonan Kemasukan ke Program Asasi (Foundation) dan Pengajian Peringkat Ijazah Pertama
Universiti Malaya Sesi Akademik 2016/2017 akan dibuka dari 18 Januari hingga 5 April 2016
Sila layari portal permohonan di Bachelor & Foundation atau https://myum-id.um.edu.my/

  • Tarikh buka permohonan : 18 Januari 2016 (12 tengahari)
  • Tarikh Tutup : 5 April 2016
  • Manual Pengguna – Klik UM
  • Syarat Kemasukan – Klik Bachelor
um

Jenis Permohonan

1. Foundation atau Program Asasi

  • Permohonan di buka kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Pemohon perlu membeli No Pin Unik ID dari BSN seluruh Malaysia dengan harga RM15.60

2. Program Pengajian Peringkat Ijazah Pertama UM (Tempatan)

  • Permohonan hanya untuk lulusan STPM, Matrikulasi, Diploma, STAM/ atau setaraf
  • Tiada caj permohonan

3. Permohonan UM untuk lepasan SPM setaraf 

Permohonan masih melalui UPU. Sila rujuk di Permohonan UPU 2016 online.

umiklan

 

Permohonan UM Semester 2 Lepasan STPM/ Setaraf

Second intake untuk permohonan ke UM semester 2 sesi 2016/ 2017 akan dibuka secara online bermula hujung bulan Oktober 2016. Inay adibuka kepada pemohon berkelayakan STPM, Diploma, Matrikulasi dan setaraf. Permohonan boleh dibuat secara online di bermula dari 31 Oktober : 1200 tengahari sehingga 14 November 2016, jam 5 petang. Sumber FB Halatuju. Tarikh dan maklumat permohonan akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Diantara program pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :

  1. Academy of Malay Studies
  2. Academy of Islamic Studies
  3. Faculty of Economy & Administration
  4. Faculty of Sciences
  5. Faculty of Computer Science & Information Technology
  6. Faculty of Arts & Social Sciences
  7. Faculty of Law
  8. Cultural Centre

Pemohon boleh memuat turun atau download syarat kemasukan di  UM requirement

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan boleh hubungi talian 03 79673279 / 3441 / 3448/ 3502 /3440 /atau emel skr@um.edu.my

Semakan Keputusan Permohonan UM Online

Semakan Tawaran Kemasukan Semester II, Sesi 2015/2016
Tarikh semakan : 18 Januari 2016, 12:00 PM hingga 31 Januari 2016, jam 11:59 PM
Link semakan : https://myum-id.um.edu.my/

Permohonan Ke USM/ UUM Online

Berikut perkara penting untuk panduan semua pelajar yang ingin membuat permohonan ke UA/ IPTA nanti

  • Permohonan kemasukan ke Universiti Sains Malaysia (USM) bagi sesi akademik 2016/ 2017 perlu dilakukan di laman web USM di www.usm.my. Cara buat permohonan online ke USM boleh rujuk di Permohonan USM 2016 Online.
  • Program Asasi Universiti Utara Malaysia (UUM) telah diperkenalkan pada sesi 2015/ 2016. Layari laman web rasmi UUM di www.uum.edu.my

Makluman Permohonan Tahun Lepas Sesi 2015-2016

 

um 1
umapply

Selamat membuat Permohonan kemasukan ke Universiti Malaya (UM) Sesi 2016/ 2017(Pengambilan semester 1 dan 2). Tahniah kepada yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UM.