Permohonan Universiti Sains Malaysia (USM) Sesi 2019/ 2020 Online

Panduan terkini dikemaskini pada 19 Januari 2019 jam 09:11 PM

Permohonan Kemasukan Ke Universiti Sains Malaysia (USM) Sesi 2019/ 2020. Perhatian dan buat panduan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (USM). Mulai Sidang Akademik 2017/2018, permohonan kemasukan bagi Saluran Perdana (Lepasan STPM/ Matrikulasi KPM/ Asasi UiTM/ PASUM/ Diploma/ Setaraf) untuk program Ijazah Pertama (Penuh Masa) adalah melalui UPU Online.

Walaubagaimanapun, permohonan kemasukan ke USM sesi 2019-2020 mengikut saluran saluran / program seperti berikut adalah masih melalui Universiti Sains Malaysia iaitu melalui laman web pohon.usm.my :-

    • SALURAN ALTERNATIF
    • RANCANGAN PENGAJIAN JARAK JAUH (RPJJ)
    • PROGRAM ANTARABANGSA DOKTOR PERUBATAN USM‐KLE
    • DIPLOMA KEJURURAWATAN

permohonan usm online

Cara Buat Permohonan Online Ke USM 2019/ 2020

Berikut adalah senarai program untuk Permohonan Kemasukan ke USM Melalui Pohon USM. Permohonan program secara dalam talian (online application) berikut adalah melalui laman web:-

1. Ijazah Sarjana Muda (Sepenuh Masa) Saluran Alternatif

Permohonan Program Saluran Alternatif 2019/2020 dibuka mulai 15 Januari sehingga 15 April 2019. Ianya melibatkan calon :-

  • Kemasukan Khas
  • Saluran Kedua
  • Warga Budaya
  • Warga Sukan
  • Warga Emas

Yuran proses permohonan adalah RM 60 dimana calon perlu membeli No. PIN USM ALTERNATIF dari Bank Simpanan Nasional (BSN)

2. Permohonan Program Jarak Jauh (PPJJ)

Permohonan Program Pengajian Jarak Jauh Sidang Akademik 2019/2020 akan dibuka mulai 15 Januari sehingga 15 April 2019. Calon perlu membeli No. PIN USM PPJJ dari Bank Simpanan Nasional (BSN) berharga RM60.

3. Diploma Kejururawatan

Permohonan Program Diploma Kejururawatan USM Sidang Akademik 2019/2020 akan dibuka mulai 12 Februari sehingga 15 April 2019.

Program Diploma Kejururawatan USM merupakan satu program profesional yang berfokuskan kepada pendidikan akademik dan latihan klinikal bagi melatih jururawat profesional yang mahir dalam praktis kejururawatan klinikal moden yang selamat serta berupaya menyumbang kepada kesihatan masyarakat. Program ini terbuka kepada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Calon perlu membeli No. PIN USM JURURAWAT dari Bank Simpanan Nasional (BSN) berharga RM60.

4. Permohonan Lain

Permohonan program berikut juga adalah melalui Pohon USM yang dibuka mulai 15 Januari sehingga 15 April 2019:-

a. Program Antarabangsa Doktor Perubatan USM – KLE

Program Off Shore bersama Karnataka Lingayat Education (KLE) University di Belgaum, Bangalore, India mula ditawarkan pada pengambilannya yang pertama mulai Sidang Akademik 2010/2011. Pelajar akan mengikuti pengajian di India selama lima tahun dan dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan USM setelah menamatkan pengajian.

Calon perlu membeli No. PIN USM USM-KLE dari Bank Simpanan Nasional (BSN) berharga :-

  • RM 60 : Warga negara
  • USD 30 : Bukan warga

b. Program Persisir

Calon perlu membeli No. PIN USM PESISIR dari Bank Simpanan Nasional (BSN) berharga RM60.

5. Calon Yang Berjaya Ditawarkan Tempat Di USM

Calon perlu mengesahkan penerimaan atau penolakan terhadap tawaran yang diterima dari USM. Sekiranya calon tidak memberi sebarang maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan, calon akan dianggap sebagai MENOLAK tawaran.

6. Maklumat Am Permohonan USM

  • 4.1 Bagi Program Pengajian yang memerlukan temuduga, calon-calon wajib hadir dan lulus temuduga tersebut.
  • 4.2 Tarikh temuduga akan dimaklumkan mulai akhir bulan April dan boleh disemak di laman web
  • 4.3 Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temuduga adalah di bawah tanggungan calon.

Maklumat Lanjut Permohonan USM 2019-2020

Maklumat lanjut, calon/ pemohon boleh merujuk kepada iklan permohonan USM. Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan USM 2017, sila hubungi talian 1 300 888 876 atau email di admissions@usm.my. Alamat untuk dihubungi :-

PENGAMBILAN PELAJAR
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PENDAFTAR
ARAS 2, BANGUNAN CANSELORI
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
11800 USM, PULAU PINANG

Semoga panduan Permohonan Ke Universiti Sains Malaysia (USM) Sesi 2019/ 2020 ini bermanfaat kepada semua. Moga anda berjaya dalam permohonan ke USM.