Permohonan UPSI Februari 2019 Online Ijazah Sarjana Muda

Panduan terkini dikemaskini pada 24 Mei 2019 jam 12:14 PM

Perhatian buat lepasan STPM, STAM, Asasi, Matrikulasi dan Diploma yang gagal dalam permohonan UPU ambilan sesi 1 dan berminat untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Pendidkan Sultan Idris (UPSI) Sesi Akademik 2018/2019 (Ambilan Februari). Dikongsikan dari Facebook Bahagian Hal Ehwal Akademik UPSI, permohonan kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Lepasan STPM/ Setaraf second intake Februari 2019 akan mula di buka mulai 5 September 2018 mulai jam 1200 tengahari.

Untuk makluman, semua program ISMP adalah program berbentuk pasaran terbuka (Open Market) iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang tiada jaminan untuk lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) di bawah Kemneterian Pendidikan Malaysia (KPM) selepas tamat pengajian kelak.

Permohonan UPSI Februari pm

Permohonan UPSI Februari 2019 Online : Program Ijazah Sarjana Muda

Berikut adalah maklumat berkaitan Permohonan Kemasukan ke UPSI ambilan kedua sesi kemasukan Februari 2019.

Permohonan terbuka untuk :-

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Lepasan STPM/ Matrikulasi/ STAM/ Diploma UA /DIPLOMA US/ DVM / DKM / DLKM /SETARAF

Pemohon hendaklah membeli PIN BITARA ID IJAZAH SARJANA MUDA berharga RM26.00 dan dijual di semua Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Tips Panduan Memohon

  • Kenalpasti program yang ditawarkan
  • Semak syarat program
  • Jika berminat dan layak, sila beli BITARA ID IJAZAH SARJANA MAUDA di BSN  dengan harga RM26.00
  • Membuat permohonan secara online di www.upsi.edu.my/online
  • Pemohon boleh mula mengakses sistem permohonan kemasukan mulai 5 September 2018 (Hari Rabu) bermula jam 1200 tengahari
  • Tarikh tutup permohonan : 5 November 2018
  • Sila pastikan no Bitara ID Ijazah yang dibeli adalah tertera di Slip Pembelian sebelum meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no Bitara TIADA pemulangan bayaran
  • Permohonan yang lewat tidak akan diproses dan permohonan yang tidak menerima jawapan selepas awal Mac 2019 (minggu keempat kuliah) dianggap tidak berjaya

Syarat Am Kemasukan Program Sarjana Muda UPSI

Berikut adalah syarat am kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda di UPSI :-

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/Setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya 6C/Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

DAN

  • Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan:
  • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan
  • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain;

ATAU

  •  Lulus Matrikulasi/Asasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

ATAU

  • Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid;

ATAU

  • Memiliki Diploma dalam bidang pengkhususan yang relevan dengan program yang dipohon dari institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50;

DAN

  • Memiliki Sijil Malaysian University English Test (MUET) dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Satu (1)/Band Satu (1).

Iklan Permohonan UPSI Ambilan Kedua Sesi 2018-2019

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada iklan permohonan kemasukan ke UPSI untuk program Ijazah Sarjana Muda dan Diploma sesi ambilan kedua 2019.

iklan upsi

Program Pengajian Yang Ditawarkan

Program-program yang ditawarkan bagi sesi kemasukan UPSI Februari 2018 adalah seperti berikut :

Untuk tahun 2019 akan dikemaskini selepas permohona secara online dibuka.

1. Lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

Lepasan STPM : Aliran Sains

  1. AT11 – ISMP (Biologi)
  2. AT12 – ISMP (Fizik)
  3. AT13 – ISMP (Kimia)
  4. AT14 – ISMP (Matematik)
  5. AT16 – ISMP (Sains)
  6. AT48 – ISMP Sains (Matematik)
  7. AT04 – ISMP (Bimbingan dan Kaunseling)
  8. AT19 – ISMP (Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
  9. AH16 – ISM Reka Bentuk (Pengiklanan)
  10. AH17 – ISM Reka Bentuk (Animasi)
  11. AC10 – ISM Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan)
  12. AT59 – ISMP (Pendidikan Jasmani)
  13. AS74 – ISM Sains Sukan (Sains Kejurulatihan)
  14. AT22 – ISMP (Muzik)
  15. AA16 – ISM (Psikologi)
  16. AT35 – ISMP (Pendidikan Islam)
  17. AT41- ISMP (Pendidikan Moral)
  18. AT58 – ISMP (Pengajian Malaysia dengan Pendidikan)
  19. AC33 – ISM Reka Bentuk (Permainan Digital)
  20. AT20 – ISMP (Teknologi Maklumat)
  21. AT23 – ISMP (Seni)
  22. AT46 – ISMP (Multimedia)
  23. AT07 – ISMP (Ekonomi Rumah Tangga)
  24. AT09 – ISMP (Sains Pertanian)
  25. AT55 – ISMP (Reka Bentuk dan Teknologi)

Lepasan STPM : Aliran Sastera

  1. AT32 – ISMP (Sejarah)
  2. AT33 – ISMP (Geografi)
  3. AT35 – ISMP (Pendidikan Islam)
  4. AT41 – ISMP (Pendidikan Moral)
  5. AT58 – ISMP Pengajian Malaysia dengan Pendidikan
  6. AT04 – ISMP (Bimbingan dan Kaunseling)
  7. AT19 – ISMP (Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
  8. AH16 – ISM Reka Bentuk (Pengiklanan)
  9. AH17 ISM Reka Bentuk (Animasi)
  10. AC10 – ISM Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan)
  11. AT59 – ISMP (Pendidikan Jasmani)
  12. AS74 – ISM Sains Sukan (Sains Kejurulatihan)
  13. AT22 – ISMP (Muzik)
  14. AC33 – ISM Reka Bentuk (Permainan Digital)
  15. AT20 – ISMP (Teknologi Maklumat)
  16. AT23 – ISMP (Seni)
  17. AT46 – ISMP (Multimedia)
  18. AT07 – ISMP (Ekonomi Rumah Tangga)
  19. AT55 – ISMP (Reka Bentuk dan Teknologi)

2. Lepasan Matrikulasi/ Asasi

MATRIK : Aliran Sains

  1. AT33 – ISMP (Geografi)
  2. AT11 – ISMP (Biologi)
  3. AT12 – ISMP (Fizik)
  4. AT13 – ISMP (Kimia)
  5. AT14 – ISMP (Matematik)
  6. AT16 – ISMP (Sains)
  7. AT48 – ISMP Sains (Matematik)
  8. AT19 – ISMP (Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
  9. AH16 – ISM Reka Bentuk (Pengiklanan)
  10. AH17 – ISM Reka Bentuk (Animasi)
  11. AC10 – ISM Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan)
  12. AT59 – ISMP (Pendidikan Jasmani)
  13. AS74 – ISM Sains Sukan (Sains Kejurulatihan)
  14. AT22 – ISMP (Muzik)
  15. AA16 – ISM (Psikologi)
  16. AT04 – ISMP (Bimbingan dan Kaunseling)
  17. AT35 – ISMP (Pendidikan Islam)
  18. AT41 – ISMP (Pendidikan Moral)
  19. AC33 – ISM Reka Bentuk (Permainan Digital)
  20. AT20 – ISMP (Teknologi Maklumat)
  21. AT46 – ISMP (Multimedia)
  22. AT07 – ISMP (Ekonomi Rumah Tangga)
  23. AT09 – ISMP (Sains Pertanian)
  24. AT55 – ISMP (Reka Bentuk dan Teknologi)

MATRIK : Aliran Sastera

  1. AT19 – ISMP (Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
  2. AH16 – ISM Reka Bentuk (Pengiklanan)
  3. AH17 – ISM Reka Bentuk (Animasi)
  4. AC10 – ISM Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan)
  5. AT59 – ISMP (Pendidikan Jasmani)
  6. AS74 – ISM Sains Sukan (Sains Kejurulatihan)
  7. AT22 – ISMP (Muzik)
  8. AT04 – ISMP (Bimbingan dan Kaunseling)
  9. AT32 – ISMP (Sejarah)
  10. AT35 – ISMP (Pendidikan Islam)
  11. AT41 – ISMP (Pendidikan Moral)
  12. AC33 – ISM Reka Bentuk (Permainan Digital)
  13. AT20 – ISMP (Teknologi Maklumat)
  14. AT46 – ISMP (Multimedia)
  15. AT07 – ISMP (Ekonomi Rumah Tangga)
  16. AT55 – ISMP (Reka Bentuk dan Teknologi)

3. Lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

STAM : Aliran Sastera

  1. AT04 – ISMP (Bimbingan dan Kaunseling)
  2. AT19 – ISMP (Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
  3. AH16 – ISM Reka Bentuk (Pengiklanan)
  4. AH17 – ISM Reka Bentuk (Animasi)
  5. AT59 – ISMP (Pendidikan Jasmani)
  6. AS74 – ISM Sains Sukan (Sains Kejurulatihan)
  7. AT32 – ISM Sains Sukan (Sejarah)
  8. AC10 – ISM Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan)
  9. AT46 – ISMP (Multimedia)

4. Lepasan Diploma/ Setaraf

DIPLOMA : Aliran Sains

  1. AT33 – ISMP (Geografi)
  2. AT11 – ISMP (Biologi)
  3. AT12 – ISMP (Fizik)
  4. AT13 – ISMP (Kimia)
  5. AT14 – ISMP (Matematik)
  6. AT16 – ISMP (Sains)
  7. AT48 – ISMP Sains (Matematik)
  8. AT04 – ISMP (Bimbingan dan Kaunseling)
  9. AT19 – ISMP (Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
  10. AH16 – ISM Reka Bentuk (Pengiklanan)
  11. AH17 – ISM Reka Bentuk (Animasi)
  12. AC10 – ISM Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan)
  13. AT59 – ISMP (Pendidikan Jasmani)
  14. AS74 – ISM Sains Sukan (Sains Kejurulatihan)
  15. AT22 – ISMP (Muzik)
  16. AA16 – ISM (Psikologi)
  17. AE11 – ISM Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia)
  18. AT35 – ISMP (Pendidikan Islam)
  19. AT41 – ISMP (Pendidikan Moral)
  20. AT58 – ISMP (Pengajian Malaysia dengan Pendidikan)
  21. AC33 – ISM Reka Bentuk (Permainan Digital)
  22. AT20 – ISMP (Teknologi Maklumat)
  23. AT23 – ISMP (Seni)
  24. AT46 – ISMP (Multimedia)
  25. AT07 – ISMP (Ekonomi Rumah Tangga)
  26. AT09 – ISMP (Sains Pertanian)
  27. AT55 – ISMP (Reka Bentuk dan Teknologi)

DIPLOMA : Aliran Sastera

  1. AT33 – ISMP (Geografi)
  2. AT35 – ISMP (Pendidikan Islam)
  3. AT58 – ISMP Pengajian Malaysia dengan Pendidikan
  4. AT04 – ISMP (Bimbingan dan Kaunseling)
  5. AT19 – ISMP (Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
  6. AE11 – ISM Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia)
  7. AH16 – ISM Reka Bentuk (Pengiklanan)
  8. AH17 – ISM Reka Bentuk (Animasi)
  9. AC10 – ISM Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan)
  10. AT59 – ISMP (Pendidikan Jasmani)
  11. AS74 – ISM Sains Sukan (Sains Kejurulatihan)
  12. AT22 – ISMP (Muzik)
  13. AT32 – ISMP (Sejarah)
  14. AT41 – ISMP (Pendidikan Moral)
  15. AC33 – ISM Reka Bentuk (Permainan Digital)
  16. AT20 – ISMP (Teknologi Maklumat)
  17. AT23 – ISMP (Seni)
  18. AT46 – ISMP (Multimedia)
  19. AT07 – ISMP (Ekonomi Rumah Tangga)
  20. AT55 – ISMP (Reka Bentuk dan Teknologi)

Petunjuk :

  1. ISMP – Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
  2. ISM – Ijazah Sarjana Muda

Cara Hubungi

Penolong Pendaftar Kanan,
Unit Kemasukan,
Bahagian Hal Ehwal Akademik,
Bangunan Canselori,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim Perak

No Telefon : 05-4506 932/ 5172/ 6930/ 6929
Laman Facebook : https://www.facebook.com/UPSIMalaysia/

Semakan Keputusan UPSI 2019

Semakan Jaya Kemasukan ke UPSI bagi lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2018/2019 (Februari) boleh mula di buat pada pertengahan Januari 2019. Semakan dan tarikh penting UPSI ambilan Februari 2019 boleh dirujuk dibawah ini:-

  • Semakan Panggilan Temuduga bukan pendidikan dan Ujian MEDSI : November/ Disember 2018
  • Ujian MEDSI dan Temuduga Bukan Pendidikan : November/ Disember 2018
  • Semakan panggilan temuduga pendidikan : Disember 2018/ Januari 2019
  • Temuduga dan Ujian Khas Pendidikan : Januari 2019
  • Hebahan jaya kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda (ISM) : Januari 2019
  • Pendaftaran Pelajar : 11 Februari 2018

* Tarikh akan dikemaskini dari masa kesemasa dan perubahan pada tarikh adalah tertakluk kepada sebarang pindaan dari semasa ke semasa.

Kepada pelajar yang berminat, bolehlah mengikuti maklumat terkini Permohonan UPSI Februari 2019 Online Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana/ Ijazah Doktor Falsafah di Facebook Bahagian Hal Ehwal UPSI. Selamat memohon dan semoga anda berjaya nanti.