Panduan terkini dikemaskini pada

Permohonan UPU Online Ke IPTA Sesi 2024/ 2025

Permohonan UPU 2024 Online Ke IPTA/UA ILKA Dan Politeknik Sesi 2024/2025 Online. Berikut adalah panduan penting berkenaan dengan application UPU secara online untuk kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA)/ Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi sesi akademik 2024/2025. Borang UPU 2024 juga di buka untuk kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi ambilan tahun 2024.

* Tarikh UPU online 2024/ 2025 adalah dari 29 Februari hingga 29 Mac 2024. Tarikh pembelian PIN Unik UPU pula adalah dari 28 Februari 2024 hingga 8 Jun 2024. Jangan dedahkan Nombor Unik ID  kepada orang lain, kerana ianya adalah SULIT. Tarikh penting dan semakan keputusan UPU 2024 boleh dirujuk di result UPU 2024.

permohonan upu 2021 online UA IPTA Politeknik ILKA

Permohonan UPU 2024-2025 Online

Sistem UPU 2024/ 2025 Online IPTA ILKA Dan Politeknik dibuka pada tarikh yang telah diumumkan  dengan tarikh pembelian PIN Unik ID BSN. Kebiasaannya pada bulan Jun/Julai adalah sesi kemasukan ke program asasi/diploma/sijil bagi lepasan SPM yang mana proses permohonan bermula seawal Februari (pembelian no pin) dan akan ditutup 2 – 3 minggu selepas keputusan SPM diumumkan.

BKPA JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan bagi Program Pengajian Lepasan SPM yang dikategorikan kepada enam (6) saluran kemasukan iaitu :

  • 18 Universiti Awam (UA)
  • 36 Politeknik
  • 105 Kolej Komuniti (KK); dan
  • 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

BPKA JPT juga menyelaras untuk kemasukan ke Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf di 20 buah Universiti Awam (UA).

Jenis Kategori Pemohon

1. Lepasan SPM/ Setaraf

  • Kategori A : Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun semasa sahaja
  • Kategori B : Pemohon yang menggunakan keputusan SPM bukan tahun semasa; SPM 2022 & SPM 2021

2. Lepasan STPM/ Setaraf

i) STPM (Kategori A, S) Pemohon yang menggunakan kelayakan STPM tahun semasa sahaja:

  • Kategori A : Aliran Sastera
  • Kategori S : Aliran Sains

ii) Pelajar Matrikulasi KPM/ Asasi PASUM/ ASASIpintar UKM / Asasi UiTM tahun semasa seperti pecahan berikut:

  • Kategori N : Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, Asasi PASUM , ASASIpintar UKM dan Asasi UiTM
  • Kategori P : Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM
  • Kategori U : Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM
  • Kategori L : Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)
  • Kategori K : Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
  • Kategori J : Aliran Kejuruteraan Calon Matrikulasi KPM

iii) Kategori T

Calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM):

  • STAM Tahun 2022
  • STAM Tahun 2023

iv) Kategori E

DKM / DLKMK / DVM / DIPLOMA IPTS / LUAR NEGARA / LAIN-LAIN KELAYAKAN :

  • Diploma Kemahiran Awam (DKM)
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
  • Diploma Vokasional Malaysia
  • Diploma IPTS/ Luar negara / Lain-lain Kelayakan

v) Kategori F

Kelayakan Setaraf :

  • A Level
  • International Baccalaureate Diploma (IBD)
  • Sekolah Sukan (SSBJ/SSTMI/SSMP)
  • STPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
  • Matrikulasi KPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
  • STAM (Dua (2) Tahun Sebelum Tahun Semasa)
  • AUSMAT/ SAM / ADFP
  • Asasi IPTS

vii) Kategori G

Diploma (Universiti Awam/Politeknik):

  • Diploma Universiti Awam
  • Diploma Politeknik

Syarat Am Permohonan

Syarat Am permohonan kemasukan adalah seperti berikut :-

1) Lepasan SPM

Hanya warganegara Malaysia yang mempunyai No. KP / MyKad sahaja yang layak mengemukakan permohonan.

Syarat am kemasukan adalah :

a) UA / Politeknik Premier

i. Asasi

Memiliki Sijil SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM

ii. Diploma

Memiliki Sijil SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM.

b) Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA

i. Diploma

Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dalam peperiksaan SPM

ii. Sijil

Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan

Boleh membaca, menulis dan mengira

syarat am lepasan spm upu mengikut kategori

2) Lepasan STPM/ Setaraf

Kategori STPM/ Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ ASASIpintar UKM/ Asasi UiTM/ STAM

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira;

DAN

SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am;

ATAU

MATRIKULASI / ASASI

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

ATAU

SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid;

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan

3) Lepasan Diploma/ Setaraf

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira;

DAN

DIPLOMA/SETARAF

a) Mempunyai kelulusan Diploma IPTA / ILKA / IPTS atau Kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti (syarat khas program mengikut jenis program yang ditawarkan di UA);

ATAU

b) Lulus peperiksaan STPM tahun 2023 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am;

ATAU

c) Matrikulasi/Asasi tahun 2023 dan sebelumnya dengan mendapat sekurangkurangnya PNGK 2.00;

ATAU

d) STAM tahun 2023 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid;

ATAU

e) Lulusan Pra-U Sekolah Sukan Malaysia/ GCE A-Level/ International Baccalaureate Diploma/  Australian Matriculation (AUSMAT) serta kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat UA.

DAN

f) Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan

KELAYAKAN DIPLOMA TVET (DKM /DLKM/ DVM)

a) Mempunyai kelulusan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) atau Diploma Vokasional Malaysia (DVM) yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Malaysia (Syarat Khas program mengikut jenis program yang ditawarkan di UA);

DAN

b) Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan

syarat kelayakan am lepasan stpm setaraf

Syarat Khas Permohonan

Calon perlu memenuhi syarat-syarat khas pengajian program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM dalam ePanduan Permohonan Kemasukan ke UA

Penentuan Aliran

i) Aliran Sains

Penentuan aliran bagi sains ialah calon mengambil mana-mana EMPAT (4) daripada LIMA (5) mata pelajaran berikut:

i. Mathematics
ii. Additional Mathematics
iii. Physics
iv. Chemistry
v. Biology atau mata pelajaran berikut:-

Additional Science / Pengajian Kejuruteraan Awam / Elektrik & Elektronik / Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Grafik Komunikasi Teknikal / Teknologi Kejuruteraan / Asas Kelestarian / Ekonomi Rumah Tangga / Sains Rumah Tangga / Sains Pertanian / Pertanian / Information and Communication Technology / Sains Komputer / Prinsip Perakaunan / Perdagangan / Perniagaan / Ekonomi Asas / Ekonomi / Pengetahuan Sains Sukan / Sains Sukan /Pengurusan Makanan

ii) Aliran Sastera

Calon yang tidak memenuhi komponen Aliran Sains secara automatik dimasukkan ke Aliran Sastera.

Cara Buat Permohonan Secara Online

Permohonan ke IPTA, Politeknik & ILKA melalui UPU hanya boleh di pohon secara online. Baca juga kenapa pelajar gagal dalam permohonan di FAQ UPU (Sesi 2021/2022) – akan dikemaskini. Berikut adalah cara-cara membuat permohonan kemasukan melalui borang permohonan UPU:-

NOTA

i) Fasa permohonan akan dibuka mulai 29 Februari 2024 jam 12.00 tengah hari dan ditutup pada 29 Mac 2024 jam 5.00 petang

ii) Permohonan baharu dan fasa pengemaskinian pilihan program untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam akan ditutup pada : –

iii) Pembukaan Semula Permohonan UPUOnline Bagi Lepasan SPM Sesi Akademik 2024/2025 Bagi pemohon yang tidak sempat dan tidak pernah memohon UPUOnline, boleh membuat permohonan pada : –

iv) Fasa Kemaskini dan Permohonan Baru UPU Bagi Lepasan SPM dan setaraf bermula pada minggu pertama Julai 2024, calon lepasan STPM dan setaraf boleh membuat permohonan baru bagi program pengajian yang tiada temuduga atau ujian kelayakan. Kemaskini pilihan program juga dibuka bagi lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM untuk program yang tiada temuduga dan ujian. Lepasan Diploma diingatkan untuk kemaskini keputusan akademik dan muat naik dokumen yang berkenaan sahaja.

v) Kemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar. Untuk lepasan SPM, 5 hari selepas keputusan SPM sebenar diumumkan. Untuk lepasan STPM/Setaraf, minggu ke-4 Julai 2024 (kecuali Diploma/setaraf)

Grafik Permohonan

Gambarajah di bawah ini mungkin dapat membantu dengan lebih jelas cara buat permohonan ke UPU.

Permohonan-UPU-2024-2025

Tips Mohon UPU

Infografik-15-panduan-permohonan-UPU

Dasar dan Kriteria Pemilihan

Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai :

i) SPM

UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA : 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.

Kriteria pemilihan kemasukan adalah seperti berikut:-

a) Pencapaian akademik dalam peperiksaan SPM;
b) Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
c) Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon;
d) Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
e) Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh IPTA dan ILKA;
f) Lulus temu duga dan/atau ujian bagi program pengajian bertemu duga dan/atau ujian;
g) Program pengajian pilihan calon mengikut keutamaan; dan
h) Bilangan tempat yang disediakan oleh IPTA dan ILKA;
i) Melepasi tahap minimum Ujian MEdSI (bagi Program Pengajian ISMP); dan
j) Lulus ujian khas yang ditetapkan dan diperaku temu duga (bagi Program Pengajian ISMP).

ii) Lepasan STPM/ setaraf

Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.

Kriteria pemilihan kemasukan adalah seperti berikut:-

a) Pencapaian akademik dalam peperiksaan STPM/Setaraf dan SPM;
b) Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
c) Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian yang dipohon;
d) Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
e) Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh UA;
f) Telah mengambil MUET dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1);
g) Lulus temu duga dan/atau ujian bagi program bertemu duga dan/atau ujian;
h) Program pengajian pilihan calon mengikut keutamaan; dan
i) Bilangan tempat yang disediakan oleh UA.

Kriteria tambahan bagi Program Pengajian Pendidikan (ISMP):-

a) Melepasi tahap minimum Ujian MedSI

Kalkulator Pengiraan Merit

Klik UPU MOHE

Cara Hubungi UPU

Untuk Maklumat Terkini, Lengkap Dan Tepat, sila layari Facebook page rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) atau laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di pautan http://upu.mohe.gov.my.

Maklumat lanjut boleh juga diperolehi dengan menelefon talian helpline UPU di 03-8684 2363.

Oleh itu kepada pemohon yang berminat dan layak, sila bookmark page ini untuk maklumat lanjut UPU 2024/ 2025 online.

Related : untuk membeli, portal rasmi, lepasan spm stpm, 15 jun 2021, upu sesi, penting permohonan, maklumat penting