Carta Kedudukan Pingat SUKMA 2018 Perak

Panduan terkini dikemaskini pada 11 Oktober 2018 jam 09:02 AM

Mampukah kontijen Selangor mengekalkan juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) tahun 2018 di Perak? Semuanya akan terjawab apabila SUKMA edisi ke 19 di Perak akan diadakan dari 11 sehingga 22 September 2018. Seramai 12,000 atlet termasuk pegawai akan memeriahkan acara sukan ini di mana 29 acara akan dipertandingkan termasuk sukan utama iaitu bola sepak.

Kesemua acara sukan akan dipertandingkan di 12 buah daerah di Negeri Perak dan mempertaruhkan 427 butir pingat emas buat semua 14 kontijen negeri yang bertanding dan kontijen jemputan Brunei.

sukma 2018 perak

SUKMA XIX Perak Tahun 2018

Berikut dikongsikan sedikit maklumat berkaitan penganjuran Sukan Malaysia 2018 di Negeri Perak Darul Ridzuan termasuk maskot, moto, logo rasmi dan jenis acara sukan yang dipertandingkan.

Maskot Rasmi SUKMA XIX

“Chor” telah dipilih sebagai Maskot SUKMA 2018 Perak. Ianya adalah ikon haiwan Negeri Perak iaitu Seladang. Nama diberi bersempena dengan panggilan sulung dalam keluarga mengikut dialek Negeri Perak.

Direka memakai baju sukan berwarna putih manakala pipi seladang berwarna kuning sekaligus melambangkan warna-warna yang terdapat di dalam bendera Negeri Perak.

Seladang mengambarkan kekuatan dan semangat. Sukan bukan sahaj menguji kekuatan mental dan fizikal atlet tetapi melangkaui batas keupayaan berdasarkan kepada semangat jiwa yang membara.

chor

Logo SUKMA 2018 Perak

Logo memaparkan elemen manusia dan gelombang air.

Simbol manusia mewakili semangat juang para atlet di tahap tertinggi bagi mencapai kejayaan serta mampu memberikan impak positif bagi seseorang yang bergelar atlet

Elemen gelombang air pula melambangkan Sungai Perak sebagai sungai kedua terpanjang di Semenanjung Malaysia yang menjadi sumber keperluan asas kepada berjuta orng penduduk di Negeri Perak.

logo sukma 2018 perak

Slogan Rasmi SUKMA 2018

Wow! telah diplih sebagai slogan rasmi SUKMA 2018. Ianya merujuk kepada World of Wonders iaitu pengiktirafan daripada pihak Lonely Planet kepada Negeri Perak bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2017.

Senarai Acara Sukan Yang Dipertandingkan

Berikut adalah senarai acara sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia 2018 di Perak :-

  1. Akuatik>Angkat Berat>Badminton>Bola Baling>Bole Keranjang
  2. Bola Sepak dan Futsal>Boling Padang>Bola Jaring>Gimrama>Golf
  3. Gimnastik>Hoki>Judo>Karate>Kriket>Memanah
  4. Menembak>Muay>Olahraga (Balapan)>Olahraga (Padang)>Pencak Silat
  5. Petanque>Ragbi>Sepak Takraw>Skuasy>Tenpin Boling
  6. Tinju>Wushu>Berbasikal>Taekwondo>Pelayaran

Kedudukan Pungutan Pingat SUKMA 2018

Berikut dikongsikan senarai pungutan pingat untuk SUKMA 2018 di Perak melibatkan keseluruhan negeri yang berjaya mengutip pingat samada emas, perak atau gangsa.

KEDUDUKAN KESELURUHAN PINGAT SUKMA 2018 (SEMUA NEGERI)
NoNegeri EmasPerak GangsaJumlah
1
Terengganu
56
51
53
160
2W Persekutuan523850140
3
Selangor
47
68
67
182
4Sarawak423660138
5
Perak
37
50
55
142
6Pahang33203083
7
Pulau Pinang
32
30
31
93
8Sabah322846106
9
Johor
29
34
37
100
10Kedah19202968
11
Melaka
18
18
18
54
12N Sembilan13184374
13
Perlis
12
7
13
32
14Kelantan671326
15
Brunei
0
1
3
4
JUMLAH4284265481402
  • Kedudukan pungutan pingat SUKMA 2018 RASMI

Selamat berjuang buat semua barisan atlet semua negeri di Malaysia dalam mencapai target pungutan pingat yang telah ditetapkan oleh kontijen negeri masing-masing.