Program My Lesen JPJ Bantu Penunggang Motorsikal Memiliki Lesen

Panduan terkini dikemaskini pada 19 Oktober 2018 jam 03:35 PM

Program My Lesen JPJ Dengan Diskaun 50 Peratus Mulai Mei 2014. Program My Lesen yang memberi peluang kepada 3.5 juta penunggang motosikal memiliki lesen bakal dilancarkan Mei ini.
Program
My Lesen
yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu memberi potongan
harga 50 peratus bagi setiap permohonan dan ujian mendapatkan lesen
motosikal.
Timbalan
Ketua Pengarahnya Datuk Yusoff Ayob berkata, harga yang ditawarkan
hanya RM198 berbanding RM350 hingga RM450 yang dikenakan institut
memandu ketika ini.
my lesen
Menurutnya, pihaknya mendapati kebanyakan penunggang motosikal tidak mempunyai lesen adalah golongan belia yang berusia antara 16 hingga 30 tahun.
Katanya, My Lesen adalah antara pendekatan JPJ untuk mengurangkan kadar kemalangan kerana penunggang motosikal akan diajar mengenai kaedah pemanduan selamat dan undang-undang jalan raya sebelum diberi lesen –¬† myMetro

Terkini 2015 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan Program myLesen bagi memberi peluang kepada kira-kira 3.6 juta penunggang motosikal memiliki lesen terutama golongan belia dan remaja. Inisiatif ini diilhamkan JPJ bagi membantu orang ramai yang berusia 16 tahun ke atas untuk memiliki lesen menunggang motosikal sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan membabitkan penunggang dan pembonceng kenderaan terbabit.

Ketua Pengarah, Datuk Seri Ismail Ahmad, berkata program itu akan dilancarkan pada bulan September ini dan kawasan Lembah Klang dipilih sebagai projek perintis kepada program terbabit.

“Menerusi operasi yang kita jalankan banyak kesalahan yang dikesan dan antaranya tidak memiliki lesen dan kebanyakannya penunggang motosikal tidak mempunyai lesen adalah golongan remaja dan belia yang berusia antara 16 ke atas,” – BH online

Follow @rossacalla