Proton Persona 2016 Baru Harga Dan Spesifikasi

Panduan terkini dikemaskini pada 24 Mei 2019 jam 11:51 PM

Harga Dan Spesifikasi Proton Persona 2016 Baru. Anda sedang menunggu pelancaran kereta Proton yang baru? Berita baik apabila Proton akan melancarkan Proton Persona 2016 baru pada 23 Ogos ini. Selepas melancarkan Proton Perdana baru pada 14 Jun yang lalu, kereta sedan Proton Persona 2016 kini sudah dibuka untuk tempahan kepada peminat kereta ini. Apakah spesifikasi dan harga Proton Persona 2016 ini?

persona6

Proton Persona 2016 Baru Harga Dan Spesifikasi

Proton Persona 2016 baru yang dikategorikan dalam segmen B ini akan didatangkan dengan 5 varian dengan kapasiti enjin 1.6 liter VVT yang mampu menghasilkan 107 kuasa kuda dan tork sehingga 150 Nm.

Varian

  1. 1.6 MT Standard
  2. 1.6 CVT Standard
  3. 1.6 CVT Executive
  4. 1.6 CVT Premium
  5. 1.6 CVT Premium (bodykit)

Spesifikasi

Berikut diantara ciri-ciri/ spesifikasi yang terdapat pada Proton Persona 2016 yang baru :-

  1. Panjang : 4,387mm
  2. Lebar : 1,722mm
  3. Tinggi 1,554 mm
  4. Jarak roda : 2,555mm
  5. Luas Bonet : 510 liter berbanding 430 liter untuk model sebelumnya
  6. Enam beg udara SRS untuk versi premium CVT dan 2 beg udara untuk versi Standard
  7. Sistem Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC)
  8. Brek Anti-Kunci (ABS)
  9. Ecodrive Assist
  10. Passive Keyless Entry
  11. Push Start Button
  12. Auto ON/OFF Head Lamp
gambarprotonpersonabaru2016

 

Harga Proton Persona 2016

Harga rasmi akan dikongsikan selepas hari pelancaran, namun harganya dijangka di bawah RM65,000. Promosi tawaran pengenalan meliputi tiga tahun waranti (parts & labour) untuk tempahan sebelum 30 September 2016.

Harga Rasmi

PERSONA 1.6 STANDARD MT

  • RM 46,800.00/ Metallic
  • RM 46,350.00/ Solid

PERSONA 1.6 STANDARD CVT

  • RM 49,800.00/ Metallic
  • RM 49,350.00/ Solid

PERSONA 1.6 EXECUTIVE CVT

  • RM 55,800.00/ Metallic
  • RM 55,350.00/ Solid

PERSONA 1.6 PREMIUM CVT

  • RM 59,800.00/ Metallic
  • RM 59,350.00/ Solid

* Harga untuk Semenanjung Malaysia

Berikut diantara sebahagian daripada Gambar Proton Persona 2016 yang baru yang dikongsikan dari Paultan.org.

persona1

 

persona2

 

persona3

 

 

persona4

Apa lagi jom datang ke wakil pengedar Proton untuk membuat tempahan Proton Persona 2016 baru ini.