• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Panduanmalaysia.com

Panduanmalaysia. Portal rangkuman maklumat tepat meliputi Informasi, Semakan, Pendidikan, Sukan, Agama, Penjawat Awam dan Resepi.

  • Home
  • Pendidikan
  • Informasi
  • Agama
  • Sukan
  • Resepi
  • Penjawat Awam
  • Penafian
  • Privacy Policy
  • Contact Us

Resepi Aiskrim Pasu Yang Sedap Dan Mudah Dibuat

ShareTweet

Fenomena aiskrim pasu bermula sejak akhir tahun lalu, namun ianya menjadi kegilaan ramai masyarakat sejak awal tahun ini di seluruh negara. Mungkin kerana rupanya atau juga mungkin kerana rasanya, aiskrim pasu bunga atau aiskrim pasu menjadi trend dan viral di kalangan pengguna di laman-laman sosial seperti Instagram mahupun Facebook.

Resepi Aiskrim Pasu Yang Sedap Dan Mudah Dibuat

Siapa sangka pasu yang sinonim sebagai bekas bunga dijadikan bekas untuk makanan seperti aiskrim, ditambah lagi dengan inovasi dan kreativiti si penjual menjadikan ia popular di kalangan pelanggan di seluruh negara. Sekali pandang, ada yang seakan-akan bunga, cacing dan pelbagai lagi dekorasi unik untuk dipersembahkan bagi menarik pelanggan.

Menurut sejarahnya, aiskrim pasu berasal daripada Jepun dan telah dikenali sejak beberapa tahun lamanya di negara berkenaan sebelum menular di negara kita.

Bagi yang pernah mencubanya, mereka mendapati tiada rahsia dalam resipi pembikinan aiskrim pasu. Tetapi tarikan utama adalah pada saiz pasu dan kreativiti dekorasinya.

Aiskrim1

Oleh kerana aiskrim pasu mulai popular, timbul isu tentang kebersihan bekas pasu yang digunakan oleh para peniaga. Bagi memastikan produk aiskrim pasu bersih & selamat, peniaga digalakkan menggunakan bekas jenis bebas BPA bagi mengelakkan sebarang bentuk pencemaran makanan.

Harga pencuci mulut itu biasanya dijual bermula RM5 bergantung kepada hiasan dan coklat yang ditambah pada aiskrim pasu.

Selepas aiskrim pasu, timbul pula inovasi lain dengan menukar bekas pasu kepada buluh, lesung batu serta paling terbaharu, congkak yang juga nampak kreatif dan menarik.

aiskrim2

RESEPI CARA 1 BUAT AISKRIM PASU

Bahan-bahan:

  • Beberapa biji pasu kecil – saya guna mangkuk tembikar
  • Aiskrim secukupnya – perisa ikut citarasa sendiri
  • kek cawan atau kek span biasa yang di potong mengikut saiz dasar pasu
  • 1 bungkus kecil biskut oreo – di buang inti dan hancurkan
  • straw minuman secukupnya
  • Daun pudina – boleh gantikan dengan bunga plastik (steril terlebih dahulu)

Cara membuat:

1. Masukkan kek cawan kedalam pasu dan tekan ke dasarnya.
2. Cucuk straw di tengah-tengah kek sebagai tempat untuk meletak bunga nanti.
3. Sudukan aiskrim perisa kegemaran keatas kek.
4. Taburkan pula serbuk oreo ke atas aiskrim dan ratakan.
5. Seterusnya letakkan daun pudina atau bunga (saya gunakan bunga plastik) ke dalam lubang straw dan hidangkan.

Kredit Sumber Resipi

CARA 2 BUAT AISKRIM PASU

 

BAHAN -BAHAN :

  •     pasu kecil
  •     aiskrim-sukahati perisa apa
  •     biskut oreo
  •     biskut oreo yg dah dikisar

CARA-CARANYA :

  •     Letak biskut oreo pda dasar pasu.
  •     Isikan aiskrim hingga penuh.
  •     Taburkan biskut oreo kisar.
  •     Hiasan diatas tu terpulang kretiviti sendiri.

Selamat mencuba….

Artikel Berkaitan:

  • Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9 Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa
  • Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 Peningkatan Tamadun
  • Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 5 Bab 8 SPM
  • Resepi Kuih Berbuka Puasa Mudah Dan Sedap
  • Resepi Kek Kukus Yang Sedap Dan Mudah
  • Resepi Kuih Raya Sedap Dan Mudah

Filed Under: Resepi

Reader Interactions

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Artikel

  • Keputusan PRK Semenyih Selangor 2019 (N24)
  • Senarai Pemain Pahang FA 2019 Skuad Tok Gajah
  • Senarai Pemain Selangor 2019 Skuad The Red Giants
  • Senarai Pemain Melaka United 2019 Liga Super Malaysia
  • Senarai Pemain Perak 2019 Skuad The Bos Gaurus
  • Keputusan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2019
  • Permohonan UPU Ke IPTA Sesi 2019/ 2020 Online
  • Senarai Pemain JDT 2019 Johor Darul Ta’zim
Copyright © 2018 panduanmalaysia.com