Resepi Mee Kuah Daging Sedap

Panduan terkini dikemaskini pada 27 Mei 2019 jam 09:51 PM

Berikut dikongsikan Resepi Mee Kuah Daging yang Sedap untuk peminat makanan ini. Boleh cuba…

MEE KUAH DAGING

BAHAN-BAHAN :
– 2 peket mee kuning – secukupnya
– 1 kilo daging
– 2.5 liter air rebusan daging
– sos tomato secukupnya
– sos cili secukupnya
– 1 cawan kuah kacang
– 3 biji kiub stock ikan bilis
– 4 biji telur – utk pekatkan kuah
– 3 sudu besar cili kisar – boleh tambah
– Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TAMBAHAN :
– 8 biji telur rebus – dipotong 2
– hirisan cili merah secukupnya
– hirisan daun bawang secukupnya
– Sayur taugeh dan sawi dicelur – secukupnya
– Bawang goreng secukupnya
– BAHAN DIKISAR HALUS :
– 5 biji bawang merah
– 3 biji bawang putih
– 1 inci halia

CARA MEMASAK MEE LUAH DAGING:

1) Rebus daging lembu sampai empuk kemudian daging dipotong kecil dan
simpan semua air rebusan tadi . Panaskan minyak secukupnya dan tumis
semua bahan yang dikisar dan cili kisar sampai timbul bau wangi dan
pecah minyak . Masukkan air rebusan daging serta kacau kuah dan masukkan
kiub stock ikan bilis , kuah kacang secukupnya , sos tomato dan sos
cili secukupnya . Jika suka masam boleh ditambah lagi sos tomato .
2) Kacau semua bahan-bahan dan boleh dimasuk semula daging ke dalam
kuah serta biarkan kuah masak sampai mendidih . Masukkan garam dan gula
secukup rasa kemudian pecahkan 4 biji telur ke dalam mangkuk serta kacau
telur ni sedikit dan masukkan ke dalam kuah tadi . Kacau pelahan-lahan
kuah sampai telur masak . Tujuan telur ni dmasuk ke dalam kuah adalah
untuk pekatkan kuah .
3) Celur mee , taugeh dan sawi kemudian tos serta ketepikan dulu , rebus semua telur .
4) Cara menghidang mee ni , mula-mula masukkan sayur taugeh/sawi dahulu
dalam mangkuk kemudian mee dan tuangkan kuah bersama isi daging , telur
rebus , bawang goreng , cili merah dan daun sup..FB Islam Agamaku

meekuahdaging

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI