SAPS NKRA 2018 Semak Keputusan Peperiksaan Online

Panduan terkini dikemaskini pada 13 Oktober 2018 jam 03:30 PM

SAPS NKRA 2018 Semak Keputusan Peperiksaan Online
Rate this post

SAPS Ibu Bapa NKRA Semakan Keputusan Peperiksaan Online Tahun 2018. SAPS NKRA Semakan Ibu Bapa  atau Sistem Analisis Keputusan Peperiksaan Sekolah adalah satu kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membantu Ibu Bapa untuk memantau perkembangan pelajaran anak mereka.

SAPS Ibu Bapa akan memaparkan slip keputusan dan markah peperiksaan pelajar di mana semakan hanya boleh dibuat untuk semakan keputusan peperiksaan bagi sekolah rendah (Darjah 1 hingga 6) serta sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga 5).

Selain Semakan Ibu Bapa, sistem ini ada menyediakan informasi tentang panduan pengguna, muat turun gred pemarkahan peperiksaan terkini serta takwim peperiksan dalaman sekolah meliputi tarikh kemasukan data peperiksaan. Keputusan peperiksaan awam seperti keputusan SPM, PT3 dan UPSR tidak boleh disemak menggunakan sistem SAPS.

saps ibu bapa

Cara Buat Semakan SAPS Ibu Bapa 2018 Online

Berikut dikongsikan langkah-langkah mudah dan cepat yang perlu diikuti oleh Ibu Bapa dalam membuat Semakan Keputusan Peperiksaan Online (SAPS NKRA) anak mereka. Untuk memastikan keputusan terkini dipaparkan, sila semak selepas markah keputusan peperiksaan terkini/ semasa habis dikemaskini.

  1. Layari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
  2. Terdapat beberapa Menu seperti Muat Turun, Uji Kelajuan, FAQ dan Semakan Ibu Bapa
  3. Klik Semakan Ibu Bapa

Langkah-Langkah Semak Slip Peperiksaan Pelajar SAPS Ibubapa

Selepas Klik Semakan Ibu Bapa, berikut adalah langkah-langkah seterusnya untuk membuat semakan SAPS.

  1. Carian Murid

    • Sila masukkan Nombor Sijil Lahir atau Kad Pengenalan Pelajar (Tanpa “-” atau “SPACE”)
  2. Carian Sekolah

    • Pilih Negeri
    • Pilih Daerah
    • Pilih Sekolah

Nota

Sistem SAPs bagi Sekolah Rendah hanya menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6, manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Di antara Jenis Keputusan Peperiksaan yang boleh disemak pula adalah:

  • Ujian 1
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Ujian 2
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Trial Exams (Peperiksaan Percubaan UPSR, PT3 dan SPM)

Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan Dalaman Sekolah 2018

Untuk kemudahan ibu bapa, berikut adalah Takwim/ Jadual Peperiksaan Sekolah untuk tahun 2018 mengandungi tarikh dan tarikh key-in markah ke sistem SAPS:-

1. Ujian Awal Tahun

  • Tahun 6/ Tingkatan 5 : Terkini : Pengisian markah bagi Ujian Awal tahun adalah dari 26 Mac 2018 sehingga 16 April 2018

2. Peperiksaan Pertengahan Tahun

  • Tahun 6/ Tingkatan 5 : Pengisian markah bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018 akan dibuka mulai 17 Mei 2018 sehingga 14 Jun 2018

3. Peperiksaan Percubaan

  • Tahun 6 : 19 Julai 2018 (Tarikh Mula) dan 16 Ogos 2018 (Tarikh akhir)
  • Tingkatan 5 : 13 September 2018 (Tarikh Mula) dan 4 Oktober 2018 (Tarikh akhir)

4. Peperiksaan Akhir Tahun

  • Tahun 5/ Tingkatan 4 : 1 November 2018 (Tarikh Mula) hingga 22 November 2018 (Tarikh akhir)

tarikh kemasukan markah saps 2018

Sumber Sistem SAPS

Tarikh yang sama boleh digunapakai bagi tahun 1 – 5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing

Cara Hubungi

TALIAN SEMENTARA : 012-6497579
Waktu operasi helpdesk SAPS
Isnin – Jumaat 8:30 pg – 5:00 ptg
(kecuali cuti umum)
Rehat 1:00 ptg – 2:00 ptg
(kecuali hari jumaat 12:15 t/hari – 2:45 ptg)

Semoga kemudahan yang disediakan oleh KPM ini iaitu SAPS Ibu Bapa 2018 Semakan Keputusan Peperiksaan Online bermanfaat buat semua. Ianya dapat membantu Ibu Bapa dalam meningkatkan lagi tahap pembelajaran anak-anak mereka.