Panduan terkini dikemaskini pada

Semakan Slip Daftar MUET 2020 Online (Sesi 1, 2, 3)

Cara Semak Slip Daftar Ujian MUET Tahun 2020 Sesi 1, 2 & 3 Secara Online. Cara semak pendaftaran MUET online dan SMS? Dipetik dari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), pelajar kini boleh membuat Semakan Slip Daftar MUET 2020 Sesi Mac, Julai dan November secara online. Untuk makluman, Slip Daftar ini perlu ditunjukkan kepada pengawas peperiksaan untuk kebenaran atau kemasukan menduduki ujian MUET.

Calon perlu Semak Slip Daftar Ujian MUET Online ini dan seterusnya mencetak slip sebelum masuk ke dewan peperiksaan MUET.

semak slip daftar muet

Semakan slip menduduki ujian atau peperiksaan MUET Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) boleh dicetak secara online dengan mengikuti panduan berikut.

Tarikh Semakan Slip Daftar Ujian MUET 2020 Online

Pengesahan butiran pendaftaran calon untuk menduduki MUET akan diberitahu kepada calon dalam Slip Daftar MUET (MUET/D) melalui portal MPM www.mpm.edu.my seperti tarikh berikut :-

  1. SESI 1 : Bermula 14 November 2019 sehingga 9 Januari 2020
  2. SESI 2 : 4 Februari 2020 sehingga 24 Mac 2020
  3. SESI 3 : 21 Mei 2020 sehingga 8 Julai 2020

Jika maklumat calon tiada dalam semakan MUET/D, sila hubungi terus Majlis Peperiksaan Malaysia dengan kadar SEGERA.  Bagi calon sekolah/institusi, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia melalui Pengetua sekolah/institusi masing-masing.

Aplikasi Semakan Slip Daftar Ujian MUET Online

Semakan Secara SMS

Calon boleh menyemak status MUET/D melalui khidmat Sistem Mesej Ringkas (SMS) dengan menaip MUET[jarak]INFO[jarak]nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888.

Semakan pendaftaran MUET sesi 1 mac 2018 Online

SLIP DAFTAR MUET (MUET/D)

  • (a) Pengesahan butiran pendaftaran calon untuk menduduki ujian MUET akan diberitahu kepada calon dalam Slip Daftar MUET (MUET/D) melalui portal MPM atau pautan terus di http://portal.mpm.edu.my/perkhidmatan-online mulai 31 Januari 2020 bagi MUET Sesi 1 Tahun 2020, 8 Mei 2020 bagi MUET Sesi 2 Tahun 2020, dan 20 Ogos 2020 bagi MUET Sesi 3 Tahun 2020.  Jika maklumat calon tiada dalam semakan MUET/D, sila hubungi terus MPM (u.p Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) di talian 03-6126 1661/1662 atau emel ke psm@mpm.edu.my dengan kadar SEGERA. Bagi calon sekolah/ institusi, sila hubungi MPM melalui Pengetua/Ketua Jabatan sekolah/institusi masing-masing.
  • (b) Calon Persendirian Individu perlu menyemak dan mencetak MUET/D sendiri dan membawanya ke pusat ujian pada hari ujian sebagai tiket untuk menduduki ujian, manakala calon sekolah/institusi hanya perlu menyemak MUET/D masing-masing. SUP sekolah/institusi hendaklah menyediakan buku log bagi memastikan semua calon telah menyemak MUET/D masing-masing dengan merekodkan dalam buku log tersebut.
  • (c) Calon hendaklah menyemak butiran yang tercatat pada MUET/D seperti nombor Kad Pengenalan, ejaan nama, angka giliran, pusat untuk menduduki ujian, tarikh, dan waktu ujian.
  • (d) Calon boleh menyemak status MUET/D melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaip MUET<jarak>INFO<jarak>nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888.

PEMBETULAN MAKLUMAT CALON

  • (a) Calon hendaklah menyemak maklumat pendaftaran pada MUET/PP yang boleh dicetak dan disimpan dalam format pdf sebaik sahaja melengkapkan pendaftaran dalam talian bagi memastikan semua maklumat adalah betul. Sekiranya terdapat maklumat yang silap, calon boleh mengemaskinikan maklumat tersebut secara dalam talian sebanyak dua kali sahaja sepanjang tempoh pendaftaran dibuka.
  • (b) Sekiranya calon gagal mengemaskinikan maklumat dalam tempoh pendaftaran dibuka, maka calon hendaklah melengkapkan Borang Pembetulan Maklumat Calon [MUET/C9 (Pindaan 2019)] yang boleh dicetak daripada portal MPM dan menghantarnya dengan kadar segerake MPM (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui Pengetua/Ketua Jabatan sekolah/institusi masing-masing. Permohonan pindaan dalam tempoh ini tidak dikenakan bayaran dan calon juga akan mendapat MUET/D kelak dengan semua maklumat yang telah dipinda.
  • (c) Permohonan pindaan maklumat yang diterima dua minggu selepas MUET/D dimuatnaik di portal MPM akan dikenakan bayaran RM25.00. MUET/D dengan maklumat yang silap, sah digunakan untuk menduduki MUET. Pindaan maklumat juga hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Pengawas di pusat ujian untuk dicatatkan dalam Buku Rekod Pengawasan. Pindaan hanya akan dibuat pada Sijil MUET yang akan dikeluarkan kelak.
  • (d) Calon hendaklah menggunakan nombor kad pengenalan yang sama semasa ujian kelak. Sebarang kesilapan akan menimbulkan salah faham dengan Pengawas ujian dan akan menyusahkan calon sendiri.
  • (e) Bagi permohonan pindaan maklumat selepas keputusan ujian MUET diumumkan/Sijil MUET dicetak, calon perlu memohon Salinan Sijil MUET dengan mengemukakan Borang Permohonan Salinan Sijil STPM/MUET [MPM/S2 (Pindaan 2019)] dengan disertakan bayaran sebanyak RM40.00 serta melengkapkan borang MUET/C9 (Pindaan 2019) (tanpa bayaran).

PERPINDAHAN PUSAT UJIAN MUET

  • (a) Perpindahan dari satu pusat ke satu pusat ujian yang lain hanya akan dibenarkan jika alasan yang dikemukakan oleh calon adalah munasabah dengan disertakanbukti yang berkenaan untuk menyokong permohonan. Permohonan untuk berpindah pusat ujian dalam bandar yang sama tidak dibenarkan. Calon hendaklah melengkapkan borang Permohonan Perpindahan Pusat Ujian [MUET/C2 (Pindaan 2019)] yang dapat diperoleh dan dicetak daripada portal MPM. Permohonan hendaklah dihantar ke MPM (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) dan salinan ke Jabatan Pendidikan Negeri (u.p Ketua Penolong Pengarah, Sektor/Unit Pentaksiran dan Peperiksaan).
  • (b) Bayaran perpindahan pusat ujian MUET ialah RM25.00 dan dibuat dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang atas nama penerima Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. Bayaran akan dikembalikan jika permohonan tidak diluluskan.
  • (c) Tarikh tutup permohonan perpindahan pusat ujian MUET ialah pada 17 Januari 2020 bagi MUET Sesi 1 Tahun 2020, 24 April 2020 bagi MUET Sesi 2 Tahun 2020, dan7 Ogos 2020 bagi MUET Sesi 3 Tahun 2020.

Selamat menduduki peperiksaan MUET. Tahniah kepada yang berjaya dengan cemerlang.