Panduan terkini dikemaskini pada

Semakan ASB Online Dan Cara Daftar MyASNB

Cara Semak ASB Online Dengan Mudah. Bagaimana cara daftar MyASNB? Untuk makluman, pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menikmati kemudahan baru yang lebih baik apabila sistem unit amanah akan dinaik taraf pada 28 Jun 2017.

ASNB telah memperkenalkan pilihan buat pelabur untuk berurusniaga tanpa buku pelaburan dalam usaha menambahbaik perkhidmatan. Pelabur hanya perlu membawa kad pengenalan sebagai dokumen pengenalan diri untuk berurusan dengan ASNB, sama ada di cawangan atau ejen ASNB yang dilantik.

Panduan Cara mudah semak baki ASB

Tanpa buku pelaburan, pelabur kini mempunyai pilihan untuk membuat semakan baki termasuk kemaskini dan menambah pelaburan di kaunter ataupun menggunakan transaksi ASB secara online dengan mendaftar di Portal MyASNB.

semakan asn online

Cara Daftar MyASNB Online

Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran bagi menggunakan perkhidmatan online. Diantara kelebihan mendaftar dengan My ASNB adalah seperti berikut :-

  1. Anda boleh membuat pelaburan secara online untuk mana-mana unit amanah ASNB
  2. Semakan baki pelaburan
  3. Urusniaga secara percuma

Sebelum mendaftar, sila hadir ke cawangan atau ejen ASNB untuk perkara berikut :-

  1. Mendapatkan no akaun 12 digit
  2. Kemaskini no telefon bimbit untuk penghantaran TAC

Pelabur ASB akan diberi satu nombor akaun unik yang mempunyai 12 digit untuk pelaburan mereka dalam mana-mana unit amanah ASNB. Nombor akaun 12 digit ini akan menjadi rujukan apabila pelabur berurusniaga dengan ASNB tidak kiralah samada untuk pelaburan dalam ASB, ASB2, ASM, ASN, ASN 2 atau unit amanah ASNB yang lain.

Untuk pelabur yang hanya mempunyai pelaburan dalam ASB, anda perlu mendapatkan nombor 12 digit berkenaan di Cawangan atau ejen ASNB. Bagi pelabur yang mempunyai pelaburan dalam unit amanah selain ASB, tetapi belum mendapatkan nombor akaun 12 digit, anda juga perlu berbuat demikian di Cawangan atau ejen ASNB.

Sekiranya anda sudah mempunyai nombor akaun 12 digit berkenaan untuk pelaburan dalam unit amanah ASNB selain ASB, anda boleh menggunakan nombor berkenaan untuk mendaftar di Portal. Jangan lupa, kemaskini maklumat peribadi anda apabila anda berada di Cawangan/ejen ASNB.

Langkah Mendaftar MyASNB

Lengkapkan Pendaftaran Portal anda dengan hanya mengikuti langkah-langkah di bawah untuk mula melanggani perkhidmatan kami.

Selepas mendapat nombor akaun 12 digit dan mengemaskini maklumat peribadi, anda bolehlah ke portal untuk mendaftar.

  1. Sila klik : https://www.myasnb.com.my/
  2. Klik pada pautan Mari Daftar Portal Sekarang
  3. Isikan maklumat seperti yang dikehendaki
  4. Langkah 1  – Maklumat Pemegang Unit
  5. Langkah 2 – Pengesahan melalui pesanan ringkas/SMS
  6. Langkah 3 – Hantar maklumat dan butiran peribadi pemegang unit
  7. Langkah 4 – Mencipta ID Pengguna portal, frasa rahsia dan soalan keselamatan
  8. Setelah selesai pendaftaran, kata laluan sementara akan dipaparkan . Sila cetak / simpan laporan pendaftaran untuk rujukan masa depan.
  9. Sila pastikan kata laluan sementara anda di simpan dengan selamat untuk melakukan log masuk kali pertama selepas proses pengaktifan

Untuk maklumat lanjut sila hubungi, Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03 8026 8101. Selain MyASNB, anda boleh melabur dengan seperti biasa menerusi:-i

  • 30 Cawangan ASNB di seluruh negara;
  • Ejen ASNB seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank, Pos Malaysia, BSN, Ambank dan Affinbank; dan
  • Perbankan Internet – Maybank2u, CIMBClicks, AffinOnLine dan RHBNow.

Selamat membuat pendaftaran MyASNB. Moga dengan wujudnya perkhidmatan ini akan memudahkan urusan anda secara online.

Related : kemudahan pengeluaran isnin ahad 20 april 2020 akaun bank mengeluarkan wang mobile app pengeluaran pelaburan rm500 sebulan harga tetap 7 00 unit amanah harga secara dalam talian aplikasi mudah alih myasnb amanah saham nasional berhad amanah harga tetap 7, pelaburan tambahan laman web nombor telefon bimbit anda aplikasi myasnb klik log masuk