Semakan BR1M 2018 Keputusan Permohonan Dan Rayuan

Panduan terkini dikemaskini pada 7 Januari 2019 jam 07:56 PM

Panduan Cara Buat Semakan Status Permohonan Dan Rayuan BR1M 2018. Hendak tahu status permohonan dan rayuan BR1M 2018 anda samada berjaya atau tidak? Jawapannya semak BR1M 2018 secara online dan juga melalui kaedah semakan yang lain termasuk manual dan applikasi telefon. Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk menyemak status permohonan BR1M seperti dinyatakan di bawah ini. Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018/7.0 akan dinaikkan untuk semua kategori penerima. Maklumat semakan BR1M 2018 akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Terkini : Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa tempoh pendaftaran BR1M 2018 akan dilanjutkan sehingga 25 Januari 2018 (Khamis)

 

PermohonanBR1M2018DanKemaskiniOnline

Semakan Keputusan Status Permohonan BR1M 2018 Online

Semakan status kelulusan permohonan BR1M 2018 boleh disemak bermula dari 19 Februari 2018 (Isnin), jam 1200 tengahari. Semakan status BR1M 2018 boleh disemak menggunakan kaedah berikut :-

1. Semak Online

Sila layari Menu MyBR1M di Portal Rasmi e-BR1M. Pemohon boleh membuat Semakan Status, Kemas Kini Permohonan, Cetakan Borang Permohonan, Peti Mel dan Maklum Balas di Laman MyBR1M.

  • 1. Pilih menu MyBR1M
  • 2. Masukkan No. Kad Pengenalan – hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja. Contoh: 860424035123
  • 3. Klik butang Log Masuk
  • 4. Soalan Keselamatan akan dipaparkan jika data telah wujud.
  • 5. Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan masuk ke Laman MyBR1M.
  • 6. Soalan dan jawapan bagi Soalan Keselamatan adalah berdasarkan maklumat permohonan terkini yang diisi oleh pemohon.
  • 7. Setiap soalan hanya dibenarkan 3 kali percubaan menjawab sahaja.

Semakan Status MyBR1M

  1. Setelah berjaya mengkases MyBR1M
  2. Klik pada menu Semakan Status
  3. Tekan butang Cetak Status Semakan untuk cetak semakan.
  4. Klik butang Keluar untuk kembali ke Laman MyBR1M

Status Permohonan Yang Terpapar

Berikut adalah diantara status yang terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online:-

  1. Didaftarkan : Permohonan berdasarkan data BR1M 2017 yang belum dikemaskini
  2. Diterima : Permohonan telah dikemaskini berdasarkan borang yang diterima
  3. Dalam Proses : Permohonan dalam proses semakan dan verifikasi kelayakan
  4. Ditangguhkan : Pemohon perlu membuatkemaskini maklumat permohonan semasa tempoh rayuan
  5. Lulus : Permohonan telah diluluskan/ Berjaya
  6. Tidak Lulus : Permohonan Tidak diluluskan/ Tidak berjaya
  7. Status Kredit Tidak Berjaya : Surat makluman lulus gagal kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja

Untuk maklumat lanjut berkaitan soalan lazim yang ditanya, sila layari MyBR1M Panduan.

Status Permohonan 2017

Berikut diantara status yang terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online:-

  1. Diterima : Permohonan telah didaftarkan bagi BR1M 2017 dan belum melalui proses semakan dan verifikasi kelayakan
  2. Dalam Proses : Permohonan sedang dalam tindakan proses semakan dan verifikasi kelayakan. Kelulusan permohonan hanya akan diketahui bermula pada awal Mac 2017
  3. Ditangguhkan : Permohonan yang belum didaftarkan bagi BR1M 2017 kerana pemohon tidak mengemas kini maklumat BR1M dari BR1M  2014 hingga BR1M 2016. Surat makluman akan dikeluarkan agar pemohon mengemaskini maklumat permohonan dengan menggunakan Borang  Rayuan/ Kemas Kini BR1M 2017 (BK-07) di LHDNM dalam tempoh rayuan BR1M 2017 bermula dari 3 April sehingga 31 Mei 2017. Kegagalan pemohon untuk membuat permohonan BR1M 2017 akan menyebabkan permohonan TIDAK LAYAK
  4. Lulus :  Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya
  5. Tidak Lulus :  Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya. Permohonan yang berstatus Tidak Lulus (Maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan), pemohon TIDAK perlu hadir ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk sebarang pengesahan. Pemohon boleh hadir ke Cawangan LHDNM semasa tempoh rayuan (3 April 2017 sehingga 31 Mei 2017) untuk permohonan rayuan BR1M 2017.
  6. Status Kredit Tidak Berjaya : Untuk permohonan yang berstatus lulus tetapi proses pengkreditan Fasa 1 ke akaun bank adalah tidak berjaya (gagal kredit). Penerima yang berkenaan akan menerima surat makluman gagal kredit bertarikh 10 Mac 2017 [BK-02A(2)(i) / BK-02B(2)(i) / BK-02C(2)(ibt) / BK-02C(2)] iaitu surat makluman bersama baucar yang berwarna kelabu (cetakan hitam putih). Penerima perlu hadir ke mana-mana cawangan bank BSN dengan membawa surat makluman berkenaan untuk penunaian baucar mulai 20 Mac 2017.

2. Semakan Melalui e-Mail

  • Hantar
    email anda ke alamat br1m@treasury.gov.my mengenai status permohonan
    atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam email.

3. Semakan Melalui Telefon

  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716

4. Applikasi Mobile Semakan BR1M

Penerima BR1M kini boleh membuat semakan BR1M menggunakan Applikasi Mobile Semakan BR1M. Terdapat 2 jenis platform yang telah dibangunkan iaitu Android dan iOS. Diantara semakan yang boleh dibuat melalui applikasi semakan ini adalah :-

  1. Status penghantaran borang
  2. Semakan status permohonan
  3. Status rayuan
  4. Semakan status bayaran

Applikasi boleh dimuat turun di Play Store (Android) dan App Store (iOS).

Langkah Buat Semakan Appplikasi Mobile

  1. Pilih Play Store atau App Store dan cari Semakan BR1M’.  Kemudian muat turunaplikasi tersebut
  2. Buka aplikasi semakan yang telah berjaya dimuat turun, paparan Laman Utama akan dipaparkan
  3. Untuk membuat semakan permohonan, sila pilih tab Semakan. Masukkan  nombor pengenalan di ruangan yang disediakan dan pilih Semakan Status
  4. Jawab 2 soalan keselamatan dengan betul. Pemohon diberikan sebanyak 3 kali cubaan untuk menjawab setiap soalan. Selepas 3 kali gagal menjawab, semakan tidak dapat dilakukan bagi nombor pengenalan tersebut.
  5. Sila  hubungi  Cawangan  LHDNM  berdekatan untuk semakan lanjut. Pemohon boleh menukar soalan dengan pilih butang Tukar Soalan. Paparan keputusan akan dikeluarkan sekiranya pemohon  berjaya menjawab dua  soalan keselamatan
  6. Pemohon boleh pilih pada tab Hubungi untuk membuat panggilan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.

Tarikh Pembayaran BR1M 2018 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Berikut dikongsikan tarikh bayaran BR1M 2018 mengikut kategori penerima bantuan.

1. Kategori 1 : Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k

Jumlah Bantuan RM450

  • Februari 2018 : RM450 (Mulai 26 Februari 2018 secara berperingkat)

2. Kategori 2 : Isi rumah (Pendapatan Bulanan di antara RM3,001 hingga RM4,000 sebulan)

Jumlah Bantuan RM900

  • Ansuran Pertama : RM300 : Februari 2018 (Mulai 26 Februari 2018 secara berperingkat)
  • Kedua : RM300 : Jun 2018 (Akan dikemaskini)
  • Ansuran Ketiga : RM300 : Ogos 2018 (Akan dikemaskini)

3. Kategori 3 : Isi rumah Pendapatan Bawah RM3k

Jumlah Bantuan RM1,200

  • Ansuran Pertama : RM400 : Februari 2018 (Mulai 26 Februari 2018 secara berperingkat)
  • Kedua : RM400 : Jun 2018 (Akan dikemaskini)
  • Ansuran Ketiga : RM400 :Ogos 2018 (Akan dikemaskini)

Borang Rayuan BR1M

Menurut Laman Web e-BR1M, Permohonan Rayuan BR1M 2017 boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM bermula dari 3 April sehingga 31 Mei 2017.

Maklumat berkaitan permohonan rayuan BR1M 2017 yang lain akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Borang Rayuan BR1M 2017 beserta panduan membuat rayuan bagi mereka yang gagal sila klik Rayuan BR1M 2017. Jumlah bayaran BR1M 2017 dinaikkan.

brimrayuan

 

Semakan status Kelulusan Rayuan BR1M 2017 secara online atau manual boleh dibuat pada (akan dikemaskini). Tahun 2017 semakan pada minggu ketiga Jun 2016.

Pembayaran BR1M 2017 peringkat kedua akan diawalkan mulai 5 Jun 2017 (Isnin) kepada penerima yang telah menerima BR1M semasa peringkat pertama tempoh hari. Bagi permohonan rayuan, pembayaran dijangka akan dibuat pada 17 Jun.

br1m2016

Tarikh Pembayaran pula akan dibuat secara ansuran 3 kali kecuali kategori Individu bujang yang dibuat sekali.

Semakan Rayuan Tahun 2016

Tahun 2017 akan dikemaskini dari masa kesemasa
Berikut disertakan cara-cara membuat semakan status permohonan BR1M 2016 :-

Berikut adalah status jawapan dari LHDN mengenai pembayaran BR1M 2016 yang masih belum dijelaskan.

Harap maklum, pemprosesan atau pembayaran adalah secara berperingkat.

br1mlhdn

Pemohon boleh melayari Facebook LHDN di LHDN Malaysia.

Nota

Dikongsikan dari FB LHDN, semakan status kelulusan BR1M 2016 secara online boleh dibuat mulai 28 Januari 2016. Difahamkan penerima BR1M tahun ini telah menerima pembayaran seawal 26 Januari 2016.

semakanbrim

Borang Permohonan BR1M 2017 Online

Permohonan baru Online dan kemaskini BRIM tahun 2017 akan dibuka pada  5 Disember hingga 31 Disember 2016 di https://ebr1m.hasil.gov.my/
* Tarikh permohonan baru dan kemaskini telah dilanjutkan dari 1 Januari sehingga 13 Januari 2017

*
Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar tetapi perlu mengemas
kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan
akaun bank.
*
Bagi pemohon baru, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian
(Online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2015
secara percuma di link download di bawah ini

Sebagai makluman, senarai bank yang terlibat dalam pembayaran BR1M 2016 adalah disertakan di bawah ini.

Berikut pula adalah syarat kelayakan permohonan BR1M 2017 yang dikongsikan dari Laman Web Rasmi eBR1M.

SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  5. Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar

 

br1m20165

 

Kemukakan Salinan:

  1. MyKad bagi pemohon
  2. MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  3. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda

Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2017.

SENARAI BANK YANG TERLIBAT BAGI PEMBAYARAN BR1M 2017

table.tableizer-table {
border: 1px solid #CCC; font-family: Verdana, Verdana, Geneva, sans-serif;
font-size: 12px;
}
.tableizer-table td {
padding: 4px;
margin: 3px;
border: 1px solid #ccc;
}
.tableizer-table th {
background-color: #E91717;
color: #FFF;
font-weight: bold;
}

BILNAMA BANK
1AFFIN BANK
2AGRO BANK
3ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
4AM BANK BERHAD
5AL RAJHI BANK
6BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
7BANK RAKYAT
8MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
9BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
10CIMB BANK BERHAD
11CITIBANK BERHAD
12HONG LEONG BANK
13HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
14MAYBANK
15OCBC BANK
16PUBLIC BANK BERHAD
17RHB BANK BERHAD
18STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
19UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

Semoga semua pemohon BR1M 2018 yang layak berjaya dalam permohonan dan rayuan anda.Kepada yang berjaya, sila gunakan wang bantuan yang diberikan secara berhemah.