Semakan Keputusan IKBN 2019 Online (ILKBS)

Panduan terkini dikemaskini pada 24 September 2019 jam 10:30 PM

Semakan Keputusan ILKBS Ambilan Januari 2019 Online. Perhatian buat pemohon yang telah membuat Permohonan kemasukan ke ILKBS sesi Januari 2019. Semakan keputusan Kemasukan ke ILKBS (Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan) Sesi Pengajian Januari dijangka akan diumumkan pada bulan November 2018.

ILKBS meliputi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG).

Semakan Keputusan IKBN

Semakan Keputusan ILKBS Januari 2019 Online : IKBN/ IKTBN Dan AKBG

Tarikh semakan keputusan ke ILKBS sesi Januari 2019 adalah pada bulan Noember 2018 (Sebarang perubahan tarikh akan dikemaskini dari masa kesemasa).

Untuk membuat semakan keputusan, sila

Semakan TEMUDUGA Kemasukan Institut Kemahiran Belia dan Negara (IKBN) Sesi Pengajian Julai/ Januari 2019 boleh disemak di

  • LINK APPLIKASI

Tarikh Penting Permohonan Dan Semakan Keputusan ILKBS Januari 2019

Berikut adalah tarikh penting permohonan kemasukan ke ILKBS sesi Januari 2019 :-

  1. Sistem Permohonan ke ILKBS dibuka dan ditutup : 8 Oktober hingga 9 November 2018
  2. Panggilan Temuduga : 15 November 2018 (Bagi pemohon yang memohon program bertemuduga sahaja)
  3. Semakan keputusan kemasukan ke ILKBS sesi Januari 2019 : 29 November 2018
  4. Pengesahan Terima atau tolak tawaran ke ILKBS : 29 November hingga 12 Disember 2018
  5. Permohonan rayuan : 29 November hingga 12 Disember 2018
  6. Semakan keputusan rayuan : Minggu ketiga Disember 2018
  7. Pendaftaran pelajar baharu sesi Januari 2019 : 7 Januari 2019
  8. Tarikh yang TEPAT akan dikemaskini dari masa kesemasa

Kepada mereka yang terlepas memohon, anda boleh membuat permohonan sesi Julai 2019. Untuk makluman, terdapat 22 buah IKBN/IKTBN/ AKBG yang dikendalikan oleh KBS. Latihan kemahiran sepenuh masa latihan dijalankan di antara 18 bulan hingga 36 bulan mengikut bidang kemahiran yang diambil.

Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke ILKBS sesi Januari 2019.